Assalamualaikum/Salam sejahtera semua.
Rasanya lepas ni aku takkan memblog selama seminggu sbb aku nak beraya yea yea. So, ini lah masanya aku nak mengucapkan selamat hari raya serta maaf zahir dan batin (kalau ada la melibatkan hal2 batiniah) kepada semua pembaca blog aku yang setia membaca (w/pun aku suka tulis bebenda sungguh poyo..) dan saban hari meninggalkan komen2 dan respons kat sini, yang dapat membuahkan bibit2 perkenalan gituu...
Kepada partner, gelpren dan dotdotdot ku...
chefD aka Leen..
Maafkan segala salah silap saya. Terkasar bahasa, termengata, terbuat bebenda tak senonoh, tertakbuat bebenda baik, tersinggung hari, terguris perasaan... saya mohon ampun bbnyk. Terimalah saya sebagai pasangan awak dgn ikhlas walaupun sebagai seorang sahabat dan kekasih, saya ni banyak sgt yg kurangnya...
Kepada kengkawan rapatku yg aku selalu/pernah jumpa...
uL, aD, nasik, is, anne...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik, menyeronokkan dan dependable (ey, apa ommelayu cakap benda ni eh?). Aku mintak ampun dan maaf sekiranya ada penulisan kat blog ni ataupun kat blog korang yg membuatkan korang terasa. Semoga korg semua akan terus menulis demi memartabatkan orang2 yg boleh membaca. hehehe
Kepada kengkawan yg takde blog tapi selalu/pernah jumpa...
yatie, javabeans, lily lotus, hata, along & partner & princess, (kalau la princess ni baca blog kan.. hehe),
ema, icy_hands...
w/pun saya tak dapat memasuki dunia 'terdalam' korang melalui blog, tapi rasanya sepanjang pertemuan perborakan, byk benda yg telah dipelajari dan membuka minda saya dalam mengenali manusia2 yang menarik yg tertabir di muka bumi malaysia. Maafkan segala perbuatan2 yg tak patut yg pernah saya terbuat sepanjang kita dok borak2, berpantun dan bermain daun terup bersama.
Buat semua pembaca blog ni yg ada dan selalu meninggalkan tanda2 (w/pun tak pernah jumpa)...
pelita, lia, ct, aliens, han, rockstar, armie, kuryu, pires, eid, dian, effie, cicak, rozek, manis, MC, misseinz, odbiohazard, nm, aishacomel, intan, ja, elsilver...
Mmg aku tak pernah jumpa korang, dan korang pun ada jugak yg masuk blog sekali je kan kan? Tapi aku nak jugak ucapkan selamat hari raya dan mintak maaf kalau ada penulisan aku kat blog ni yg menyengat korang2 semua. Semoga gumbira di hari raya ini.
Last sekali, kepada sesapa yg aku tak teringat dan tak tahu nama nak ditulis kat sini, tapi setia membaca blog aku ni, dan jugak kawan2 aku yg aku tak mampu nak tulis nama kat sini... Aku pun nak mintak ampun bebanyak kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terlibatkan buruk sangka, terlebih2 dan terover2 buat bebenda tah pape tah. Harap maaf. Semoga akhirnya Ramadhan tahun ini memberikan satu sinar baru yang lebih bererti dalam kehidupan kita. Dan marilah kita hidup dan bersahabat dengan rasa keikhlasan yg terdalam.
Wassalam...