Tapi di samping barang2 tu, manusia ni sebenarnya masih lagi tak cukup seronok. Maka ada la jugak bebenda abstrak yg dicipta sendiri semata2 untuk menhangatkan lagi kehidupan di persada dunia nih (warghahahah... persada dunia kunun...). Aku dapat tau salah satu benda yg membolehkan manusia rasa seronok ialah apabila dia mendapat layanan yg super-baik dr manusia lain. Senang kata, ada manusia yg seronok 'flirt' dgn org lain. Objektif flirt/orat tu adalah atas dasar keseronokan semata2.
Dan sebenarnya, ni nak cakap terang2 la ni yea.. org yg dah ada steady akan lebih boleh flirt dgn lebih steady lagi. Lagi laju ayat2 yg kononnya power meluncur laju dari lidah/jarijemari. Sbbnya, org yg dah ada steady ni dia takde rasa desperate mencari cinta. So diorg ni main tekan je la ayat. Kalau dulu nasik pernah tulis acamna nak detect kalau partner anda main kayu tiga.. harini aku nak tulis plak pasal, acamna nak detect org yg mengorat anda gila2 tu sebenarnya melabel anda sebagai kayu yang ketiga.
- kalau dia call, cuba tanya kat mana. Sure jawapan dia kat opis, atau dlm keta, atau dlm lrt, takpun kat bazaar ramadhan tgh beli lauk buka. (kengkonon nak tunjuk la yg dia ni buka pose sorg2). Dan kalau call plak selalu di waktu2 pelik seperti awal pagi atau tetengah malam.
- Bila ditanya 'U ni, betul ke sayang i sorang?' dia akan menjawab sepantas kilat dgn tanpa waswas... 'U sorang je. Percaya lah.'
- Kalau anda mengajak dia untuk mengambil langkah seterusnya seperti tinggal bersama ataupun bertunang, dia akan cecepat melatah. Cemacam alasan boleh diberikan, tak ready la, duit tak cukup, mak tak kasi kawen lagi, nak berkawan lelama lagi la.. ada je...
- Sentiasa akan mengelak kalau anda offer diri nak jumpa dia di rumah dia. Sokmo dia je yg nak dtg.
- Terer mengayat tak tentu arah, cam org dah pro je gayanya.
- Ada byk masa yg dia takleh angkat tipon. Alasan... tak dengo. Padahal bini/laki ada kat sebelah.
- Selalu sahaja menyengih kalau ada soklan2 yg berbaur main kayu tiga dikeluarkan.
Dan ada sesetengah org yg steady tu, dia akan flirt dgn org lain yg juga dah ada steady. Cam kengkononnya masing2 boleh flirt, dan dalam masa yg sama, menyelamatkan hubungan yg sedia ada.
Ye la.. kalau org dah kawin berkawan dgn yg belum kawin, ada kemungkinan akan tertarik ke sebelah sana. Tapi kalau yg dah kawin flirt dgn yg dah kawin, sure masing2 kureng senang nak koling2 memalam, tak sesenang nak jumpa... jimat la sket belanja.
Ini boleh lah dikatakan sebagai org main kayu tiga... dok berjiwang dgn org yg mainkayu tiga jugak. Pendek cerita.. diorg ni main kayu enam. muahaha. Tapi percaya atau tidak, cuba korg pikir2 balik... betapa thrillnya kehidupan main kayu enam... Dan betapa sedapnya kepala kalau kena hempuk dgn kayu2 yang enam batang itu. muahaha