Mmg dah lama aku tak menulis. Dah lama jugak aku tak menjengok blog aku sendiri. Sebenonya takde idea. Tak tau nak tulih apa. Karang kalau aku tulis juadah berbuka pose aku sepanjang hari, takut ada yg tersedih plak. Iye la, hidup di perantauan, mak jauh kat kampung, asyik makan lauk kawah je.. Mknn tu plak rasanya aramaktuanaih, macam habuk. Nasib baik aku tak mkn dr pagi. Maka, telan je la macam boye.. sedih sedih..
Ni la.. rasanya ramai yg tau ini tahun pertama aku tidak berpuasa kat Ampang. Bila tiba bulan ramadhan ni mmg giler serius aku rindu kat Ampang. Terutamanya kat Bazaar Ramadhan yg ada di merata tempat di kawasan Ampang tu. Bayangkan la, masa aku kat sana, ada dua bazaar yg walking distance dr umah aku. Pulak tu, pilihan makanannya plak sungguh banyak. Kiranya, ada la dlm sepuluh kedai yg jual kuihmuih. Pastu air minumam toksah cakap la... berlambak2. Air mata kucing apa yg takde, semua ada.. kucing parsi, domestik, siam, kembiri.. pun ada.
Hari pertama pose haritu, aku pegi la ke salah satu bazaar ramadhan yg ala2 dekat dgn umah aku ni. Mmg frustrasi giler dibuatnya! Dah la kedai tak byk. Agaknya cuma tiga pat kedai je yg jual air. Pastu semua mknn macam ropanya cam hidup segan mati tak mau. Aku beli nasik tomato. Macam ciput pun makcik tu tekan empat hengget. Air plak, plestik beso kena tiga hengget. Tak patut betul la. Pastu ada kedai tu, jual ayam percik yg saiznya beso batang pensil sampai dua hengget setengah!!! Mementang lah bulan pose ni nafsu makan meningkat. Ikut suka dia je! Kalau sedap takpe gak. ish ish ish.. *aku mengamuk*
Sabar.. la saje..
Bulan pose ni bulan rezeki. Ramai yg berpeluang merebut 90% rezeki yg ditaburkan di dunia ini dgn berniaga. Tapi yg meniaga ni pun, tolong lah kami2 yg membeli ni. Jgn la amik kesempatan, mementang la aku tak sempat nak masak, sesuka hati je main letak harga. Pastu tolong la ingat, kitorg ni ada tekak jugak. Takkan asyik nak makan gulai-pelbagai-warna(1) kot. Pinsan kebuluran laaa jawabnya nnt.
eh jap, yg aku ni dok buat pesanan kat org yg meniaga ni.... ada ke org meniaga yg baca blog aku nih? muehehehe.. apa2pun, idop Ampang!!
(1) Gulai-pelbagai-warna: ditakrifkan sebagai gulai yg rasanya 100% sama. Warna je berbeza, samada merah, itam, kuning ataupun kuning oren