“Dia I punya, yg you sibuk nak rampas hak orang tu apasal?” Adakah seperti biasa terdengar kata kata itu? Iyer …ini cerita pasal berebut. Normal lah sekiranyer 2 atau lebih orang berebut pada seseorang. Contohnyer, adalah lumrah bagi dua org manusia berebut satu perempuan. Katalah perempuan itu tersangatlah cantik. Jadi, mmg mudah org jatuh hati kepadanya dan akan berlakulah keadaan “the best man win” atau jika berebut jejaka pula, “the best woman win”. Apo-apo je lah. Tapi adakah perebutan itu akan menjadi satu perebutan yg berbaloi? Adakah dua manusia yg berebut itu akan berpuas hati jika dia dapat apa yg direbutkan? Kebanyakkan org yg menjadi rebutan akan berasa sungguh best (walaupun ada juga yg rasa sick).
Memang pada mulanyer perasaan puas hati itu mmg tidak dpat dinafikan sungguh rasa berbaloi. Seperti dunia ini aku yg punya. Mcm org dapat award… “I am the best, therefore I deserve the best”. Daripada pemerhatian aku yg tak byk mana memerhati ni, perkara yg direbutkan tu pun bukanlah best sgt. Unless jika hanya berebut utk “one nite stand” atau seperti kata Tammy Lee dlm L word, “find, flirt, fuck and forget”. Kalau setakat 4 Fs, mmg tak jadi apa la. Alah, tak dpt mlm ni mlm lain pun nnt dapat jugak. But how about something long term? Bak kata seorang kawan aku tu… memula nak kentut, lari. Sekarang, nak kentut PPOOOTT… itu baru satu part. Byk lagi part lain yg lebih pivotal, jgn marah.
Yg penting ialah adakah org itu ‘baik’? Bukan baik mcm malaikat, tetapi adakah org itu sesuai utk dijadikan pasangan hidup yg mampu bersama susah senang utk bertahun lamanyer? Dlm erti kata lain, adakah dia ikhlas dgn kita. Adakah dia mampu menerima kita ini seadanya? Sbb kita sendiri bukanlah manusia yg perfect yg bangun tido selalu wangi dan cantik dan kite juga ada kalanya “down” atau tertekan dgn keadaan hidup seharian.
So, kalau kite bebetul yakin yg she or he is the “one” (eventhough mmg la tak 100% sure), go for it. Kalau rasa mcm “hanya sekadar nak menang sbb rasa diri best” atau dia tu mmg dah tunjukkan awal awal ciri ciri ketakbest-annyer, pikir lah semula. Mmg relationship is similar to gambling but apa guna proceed main gin rummy kalau memula lagi tak ada the 3 sequence utk rumah. Tak ada joker tak per lagi. Tapi kalau dah ada 2-3 joker, tak yah risau lah … kalau tak menjadi pemenang utama pun, at least tak de la kalah teruk giler.
Geng ... Gin rummy sampai pengsan? ... ini bukan galakkan berjudi tau, kami tak main duit mahupun anak kucing. Shark loan tidak terlibat.
-chefD-