Dialah yang menyebabkan aku memiliki email address sebagaimana yang ada sekarang ini.
Dialah yang membuka minda aku untuk tiba2 ada minat melampau2 kat bebenda yg berkaitan dgn Jepun ni. Walaupun pada hakikatnya aku mmg tak pernah nampak sorang pun manusia jepun yg bebetul berkenan kat mata aku. Selepas mengenali dia, baru minda aku lebih terbukak untuk mengetahui anime2 yang berunsurkan kesengetan. Rupanya mmg banyak!! Bukan setakat cerita Jepun je, bertitik tolak dari itu jugak lah aku mula pandai explore segala mala siri TV/movie lain yg jugak senget. Dia yg menggalakkan aku untuk terus membuat research lagi dan lagi.
Dialah yang menemani aku dalam lena diwaktu aku rasa sungguh berada di bahagian bawah tayar kehidupan. Sbb aku rasa memikirkan satu yang tidak wujud adalah lebih menenangkan berbanding memikirkan bebenda yg wujud, hidup dan bernyawa tapi menyakitkan hati.
Melalui dia jugalah aku mula mengenali komuniti2 senget yang ada berlambak2 kat dalam internet. Secara tidak langsung, aku mula bebetul menerima kesengetan diri sendiri. Sebenarnya hanya selepas aku menerima dan pasrah akan kesengetan diri ini, barulah aku rasa dunia boleh menerima aku sebagai manusia... walaupun senget.
Dialah yang menyebabkan aku terinspirasi untuk menulis fanfic. Walaupun byk cerita yg aku tulis tak abis. Tapi at least untuk mendapat satu tolakan menulis tu sudah cukup bagus ler. Sebab suka menulis fanfic, akujadik gian menulis. Dan sbb tulis fanfic takde idea, aku lebih berkenan plak untuk menulis mengenai aku, dan aku, dan aku. Maka jadiklah aku seorang blogger poyo.
Bagi aku dialah icon femme yang utama.. 'The Ultimate Femme Icon'. Dan sebab dia bukan manusia, segala2nya adalah terlalu sempurna untuk seorang watak buatan manusia yang dikenali sebagai...
'Michiru Kaiou'.
Whatever sadness may come,
I will not be hurt again,
If I have you with me...