October 5, 2005

Karangan menyamo-cam-benda. 'Aku seorang Kapal'.

heheh... lamo den tak masuk ke blog ni. Salam semua. Ingat kat aku lagi tak? huhu. kalau tak ingat pun takpe, meh sini aku ingatkan. Nama aku sekapal. Aku berasal dari Pura Cendana (fuh, nasib baik bukan berasal dr Isle of Lesbos.. muahahah). Rambutku hampir gugur dan jugak muka ku kian meningkat bagai dipam2 oleh yis. Itu lah aku.

Aku ingat masa kecik2 dulu kita ada tugasan buat karangan pasal menyamo diri sebagai barang2. Contohnya, aku sebatang pensil, aku sepasang kasut dan jugak aku sebuah buku. Aku pun pelik la kenapa che'egu2 ni dok suruh kita buat karangan camtu. Mmg la takde mood nak menulis dgn baik. Cuba la bagi tajuk 'Camna nak mengorat pompuan stret yg dah ada buipren?'. Baru la menarik sket kot. Tapi apa2 pun, kalau skrg ni aku diberi tugasan utk buat karangan menyamo-cam-benda, kompom aku buleh buat. Tajuk karangan aku ialah... "Aku seorang Kapal". Agak2 apa yg aku nak tulis kalau ada karangan camtu ek? Nak tau? ha.. terus lah membaca. Kalau taknak tau, sila tekan butang ctrl seraya dgn butang w. Takleh la baca. huhu..

Aku seorang Kapal
Aku seorang kapal. Kenapa bukan sebuah atau jugak sebijik kapal? Sbb aku bukannya buah, dan bukannya bijik. Aku orang. Sbb tu la penjodoh bilangan yg digunakan adalah orang. Tapi adakah aku ni sebenarnya orang? Ramai di antara korang yg membaca karangan aku ni akan terpanggil untuk mempercayai bahawa aku adalah orang. Cuma, macamana nak pastikan aku ada orang yg ada rambut, mata, hidung, telinga, dan lain2 anggota? Sila lah rujuk kepada gambo muka aku di sebelah kanan tu. Camtu la yg aku angankan rupa aku. Sbb hakikatnya muka yg paling jarang aku tgk ialah muka aku sendiri.

Tapi jangan pelik, sungguhpun aku jarang tgk muka sendiri, tapi aku rasa, aku lah yg paling memahami diri aku. Apa aku nak makan, sapa yg aku sayang, kenapa aku menjadi blogger.. semua jawapan tu ada pada aku. Walaupun aku jarang tgk muka aku sendiri.

Oleh itu, walaupun kita selalu tgk muka orang lain, sesungguhnya bukan kita yang paling faham tentang dirinya. Tapi tak boleh jugak senang2 menyimpulkan bahawa lebih tak nampak lebih memahami. Akhir sekali, mmg takkan ada perkaitan di antara kekerapan melihat dan kebolehan memahami. Kecualilah ada regresi linear yg boleh diplotkan berdasarkan teori ini.

Kesimpulan yg boleh wujud... mata tidak selalu berkata benar. Mata juga tidak begitu bijak menduga dan memahami. Namun jangan selalu salahkan mata. kesian dia. Bahaya jugak kalau takde mata, bak kata iklan kat radio era...
"Saya tau, dunia ini indah, tapi apakan daya, saya hanya mampu mendengar."


Agak2 la, kalau aku hantar karangan ni kat che'egu BM aku dulu, berapa markah dia nak bagi ek? Cuma aku macam 88% pasti yang che'egu akan lebor karangan aku ni dalam tong sampah, atas alasan, penjodoh bilangan tak seswai dan juga, perkataan kapal langsung tak digunakan. huhuhu...