Tapi masalahnya ialah, mengantuk ni membuatkan kita menguap, ataupun aku lebih suka guna perkataan sangap. Fuhhh... sedapnyaaa sangap... huarghhhhhhhh!! Kenapakah, apabila kita ngantuk, kita akan menguap? Mari sesama baca apa aku nak tulis pasal sangap menguap. huarghhh...
Sebelum kita pergi kepada isu, kenapa menguap, aku ada jumpa beberapa fakta menarik pasal menguap nih. Kalau korang kira2 balik, sekali uwapan itu mengambil masa (purata) lebih kurang selama enam saat. heish, lama tu. Kalau sepuluh kali menguap, dah selamat seminit dalam hidup kita diperabih utk menguap sahaja. Mmg dasat. Satu lagi perkara pasal menguap yang menarik ialah... ia boleh berjangkit. Kalau tak caya, cuma perati org yg sedang menguap. Nescaya lepas beberapa saat, korang plak yang start menguap. Hah, cepat, cuit org sebelah suruh menguap. Test betul tak fakta yg aku tulih nih.
Satu punca menguap yang diketahui umum ialah sbb otak kita kurang oksigen dan nak buang segala mala karbon dioksida yang terlebih2. Menurut cerita saintifiknya, bila kita rasa letih, mengantuk dan jugak bosan, kita akan bernapas dgn lebih perlahan. Maka, kureng oksigen akan sampai ke peparu, dan jugak kureng karbon dioksida yg boleh dikeluarkan dari darah. Jadi badan kita pun tak tahan la... mana tahan byk sgt karbon dioksida, so otak pun kata.."Cepattt!! tarik napassss!!", kita yg manot dengar apa otak cakap ni pun terus ngangaaaaa bebeso, amik masuk oksigen dan buang karbon dioksida. Itu la menguapnya... tapi kan... kalau kita bersenam, pun memerlukan banyak oksigen. tapi takde plak otak suruh kita menguap. Kalau bersenam, otak akan suruh kita bernapas dgn laju. Pulak.. betul ke kita menguap sbb kurang oksigen??? hmmm.. kompius makcik.
Ada jugak teori yang menyatakan menguap adalah sbb badan kita nak stretch, ataupun nak mengeliat. Sbb bila menguap, semua otot2 cam diregangkan dgn berleluasa terutamanya otot rahang. Hmmm.. apa kata korang try mengeliat kejap. Tgk, menguap ke tidak... Satu, dua, mula..! hehe...
Ntahlah.. nampaknya sains masih jugak tak jumpa satu kata putus yg jitu kenapa manusia menguap. tapi rasanya, misteri tu boleh diungkaikan jugak kot. Ini aku bagi sebab2 kenapa kita menguap, hasil aku memandai sorang2:
- Hint kat partner kita supaya dia tau kita nak masuk bilik dah.. ehem ehem..
- Supaya org yg bagi ceramah/cikgu tau yg kita dah ngantuk, so, buat la aktiviti yg menarik sket.
- Menunjukkan waktu dah malam. Kengkadang org dok opis gelap, pastu tak bawak jam, tak tau hari dah malam. So, kalau menguap tu sah la hari dah malam.
- Tetiba rasa bosan tak tau nak buat apa. Kalau kacau org sebelah karang kena baling dgn pensil, baik la menguap.
- Dah mmg hobi menguap. Kalau tak menguap rasa tak ceria dunia ini.
- Sehari suntuk tak bukak mulut pasal asyik berkomunikasi dgn jari, so bila menguap paling2 ada la jugak pergerakan mulut tuh...
- Sbb dok baca entry blog aku ni yg sokmo ada perkataan menguap (dan jugak sedikit membosankan)...
bluek.. :p
pi la tido...! hehehe..