Fuh, ujung minggu haritu aku dapat jugak balik kg sesama dgn gelpren aku. heheh.. mmg dah lama sungguh dia tak ikut aku balik. Takpe le, sbb ikut balik kg aku, dpt la jugak minah tu berehat dan menjadik gombal sepanjang hari.. (hehe, jgn marah ye yang..)
Masa kat sana tu ntah apa tah angin dia, tetiba sibuk plak nak menengok cerita hindustan. Er.. bukan nengok cerita, tapi dok nengok Aishwarya Rai menari dgn Madhuri dalam cerita Devdas. heheh.. mmg la seronok tgk, pasal diorg duorang mmg terrer menari tarian tradisional india. Pada pendapat aku, cuma Aishwarya, Madhuri dgn Tabu je yg boleh menari tarian tradisional tu dgn pergerakan yg best gaban. Kepada sesapa yg tak tgk hindustan dan tak pernah tau heroin2 hindustan tu, setuju je la dgn aku ye.
OK, bab tgk hindustan tu tak abih kat situ, sampai balik ke kl pun masih lagi angin hindustan bertiup. Kemain rajin lagi la dia menyelongkar balik cd2 lama sbb nak tgk video clip yg ada aishwarya rai. Mmg bagus la gelpren aku. Suka tgk tv jugak rupanya. Tapi rasanya bukan TV yg dia suka, Aishwarya Rai yg dia suka.. blasah la.
Aishwarya Rai & Hum Dil De Chuke Sanam
Nih, cerita pasal Aishwarya Rai nih, aku paling suka sekali masa dia berlakon cerita 'Hum Dil De Chuke Sanam' sesama dgn Ajay Devgan dan Salman Khan. Melalui cerita ni jugak la dia menang Pelakon Wanita Terbaik dalam tahun 2000 dlm pelbagai award kat India termasuklah Filmfare dan jugak IIFA. Tapi mmg tgk cerita ni sungguh puas hati betul la. Sesapa yg tak pernah tgk, baik la cari cd cerita ni.. memang berbaloi!! (dah la ada pompuan cun!)
Meh sini aku cerita sket. Cerita ni mengisahkan pompuan yg bernama Nandini yg dok cintan maut la dgn sorg lelaki (Sameer) yg boleh tahan hensem, romantik, menarik, pandai menyanyi.. pendek kata, mmg best la utk dijadikan cinta sejati. Tapi pastu ada la plak sorang mamat skema (Vanraj) dan tak ensem ni plak suka kat Nandini.
Vanraj ni mamat skema, sah2 la bila minat kat pompuan, pegi la meminang kan, buatpe nak dok cintan-cintun cam poyo. Sekali tu mak bapak Nandini pun setuju ler dan kawinkan Nandini dgn Vanraj. Si Sameer plak meraung2 bawak diri balik ke kg halamannya. Tapi w/pun dah kawin, si Nandini masih giler kat buiprennya dan malas nak layan laki dia. Dahtu laki dia ni pun kesian, dan dok ajak Nandini sesama carik buiprennya. So, memacam la rintangan yg dihadapi dan mamat Vanraj ni giler sabo la dapat bini cenggitu. kalau aku, aku kawen sama purumpuan lain. huh!
Pastu last2 Nandini dapat jugak jumpa Sameer. Tapi dgn syahdunya, Nandini membuat keputusan utk hidup bersama suaminya yg tak hensem itu...
Moral of the story
Kebanyakan manusia yg normal sentiasa inginkan kekasih yg good-looking, romantis, sungguh gentleman-ly dan ala2 happening dan fofuler gitu. Tapi kenapa plak si Aishwarya Rai yg cun melecun melecet ni terima mamat yg tak berapa hensem, blurr, dan tak happening langsung nih? Rasanya korg yg dah tgk cerita ni mungkin boleh jawab. Bagi aku, aku rasa dia pilih Vanraj sbb mamat ni yang sanggup susah senang bersama dgn dia.
Ini boleh digunapakai jugak utk hubungan korg dgn partner korg yg dah mencapai tahap simbiosis gaban. Kengkadang dan biasanya lah tarikan dari dunia luar terlalu mengghairahkan utk ditolak. Tapi sanggupkah org yg menarik itu bertahan dgn korg sebagaimana pasangan korg? Maka, sebelum menggatal.. pikir lah dulu bbaik.
Siapa je yg sanggup menyintai kita kerana 'diri' kita dan bukannya keta, gaji, henpon, populariti, blog, nickname, bentuk badan maupun rupa...?