Pekabo semua?!! *melaung sket*
Ini lah kali pertama2nya aku mengapdet blog aku setelah sekian lama aku tak jumpa komputer berinternet. Wahaha.. wendu kat blog aku *muah muah muahhh*.
Ni sempena baru balik raya, meh dengar cerita pasal raya aku tahun nih. Tahun ni aku plan2 nak raya dgn keadaan yg gembira dan poket yg kembung (pasal boss bagi duit raya), sekali tu tak pasal2 lagi beberapa minit nak berbuka di hari terakhir Ramadhan, aku dah termasuk dalam statistik ops sikap. Dan tanpa was2, keta aku (termasuk lah jugak poket aku) kemek di hari lebaran. Tapi tu lah, nasib baik aku tak kemek. Kalau tak, tuko je la nama aku dr Sekapal jadik Sekemek.. huish, tak macho langsung. *hello.. macam macho*.
Tapi walaupun dalam keadaan sedikit berduka, aku beraya sakan jugak la tahun ni. Pergi marhaban di pagi raya sampai 13 buah umah. Pastu sambil2 tu kutip duit raya singgit2, dapat la jugak dalam seploh hinggit. Itu pun sebab aku main selamba je beratur time org bagi duit raya. Almaklumlah, muka aku ni bak kekanak belasan tahun, sure org bagi duit raya punyee!
Seminggu kat kampung, aku terus balik kl. Iye la, org bersemangat nak sambung keja nih. *kononnya la* tapi nak dijadikan cerita, lain plak yg jadik. Yg jadiknya ialah, aku menjadik di antara manusia2 yg bercuti sakan raya tahun ni. Org lain setakat seminggu je, tapi aku... DUA minggu!! Mmg aku berdondang sayang la kat umah. Tetiap hari melingkor dgn kucing aku depan tv. Sepatutnya aku dah naik keja hari isnin haritu, awal minggu ni, tapi disebabkan aku ni dah jadik pembawa penyakit berjangkit, maka aku dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke opis tu. Karang tak pasal2 seluruh operasi menjadi lumpuh.. *ey apada aku membebel nih*. Dan dinasihatkan kepada sesapa yg nak mc sampai empat hari, meh dtg melawat aku. InsyaAllah, empat hari MC dalam tangan.
La ni aku kat opis chefD, dia mintak aku tolong dia buat keja, tapi aku update blog. muahaha.. takpe, kalau dia marah, balik nnt aku pujuk. Apa2pun, kalau aku sihat, hari Isnin nnt aku start la masuk opis balik, dan boleh la aku bebetul membelek blog aku yg dah berabuk sbb lama tak bersapu.
Dan bersempena bulan Syawal yg mulia ini, marilah kita terus bermaaf2an, ziarah menziarahi, makan kuih tat, almond london, rempeyek, asam kelubi dan jugak kepak ayam goreng teriyaki. Harus diingat, jgn lah pulak lupa mengganti poser2 yg tertinggal ataupun seng-tinggal, supaya tidak nanti harubiru di bulan Syaaban tahun depan. Segala yg baik di bulan Ramadhan lepas kita teruskan, dan yg kureng seswai diteruskan tu, silalah buang.
Pesanan khas kepada sesiapa yg eksiden, kita kena redha dan pasrah.. macam aku ni ha.. uh uh uh.. rabak pintu keta aku mambang..! Dah lah, chefD dah jeling aku semacam je, jom kita pi minum.. tey tarik rendek! yeay!!