Harini kemain sedap lagi pi keja. Jalan langsung tak jem. Ini lah kelebihan org yg dok di Selangor tapi keja di KL. Semua org yg kat keliling umah tu tak pegi keja dan jugak tak pegi sekolah. Dan harini takde la keta aku meraung naik bukit yg poyo tu dgn gear satu. Kalau tidak.. mmg terseksa enjin keta tu, dgn kaki2 aku sekali merana mengejas klac. Boleh bocor mambang. Dan sbb harini ramai yg bercuti kat opis aku ni, tghari td lengang la jugak opis nih. Dapat makcik menerawang kat YM yg telah berkurun lama aku tak jengok.
Mmg sebenarnya dah berkurun lama aku tak masuk berYM dgn manusia lain. Ini la padahnya bekerja di kompeni IT yg tidak memberikan kemudahan berinternet yg berterusan. Mmg poyo. Baik takyah mengaku kompeni IT. Mengaku je la kompeni sokkabo ke, buat kopok lekor ke.. lagi best. Dapat kopok lekor free...
er.. balik semula cerita YM tadi. hehehe. Aku masa memula dulu tak berapa suka Yahoo messenger ni. Aku lebih suka MSN lagi. Sebabnya ialah lebih laju bila berborak guna MSN messenger bbdg guna Yahoo. Sokmo DC. Cuma masalah MSN ialah, emoticon yg tak cumil dan jugak senang diblok di memana opis. heh heh heh. Aku pernah jugak ada ICQ dulu. Tapi masalah ICQ ialah dia guna nombor kemain banyak lagi... dan aku yg ala2 lembeb nih mmg tak pernah hapal nombor tu. Tapi skrg ni sbb ramai yg menyampah nak guna hotmail, dan lebih seronot guna yahoo... rasanya YM ada pilihan utama la kot.
Dan disebabkan YM memerlukan Yahoo ID, aku boleh agak la, ada di antara korang2 ni yg ada menimbun email yahoo. Semata2 utk digunakan utk mengorat. Eh, apa? takde ke? Takkan aku sorg je yg ada byk email kot??
Dulu aku suka pakai bbnyk ID sbb aku kuat menyamo. Dgn pompuan ni aku kata lain, dgn yg ni aku mengaku jadik lain. Dan kengkadang sesaja seronok2 nak menyakat kengkawan yg dah kenal. Main surprise2 la konon. Poyo je. Tapi kengkadang tu dgn bangganya terkantoi jugak. Padan la dgn muka i ni comel ni.. Cuma ni cerita dulu la, skrg ni aku dah takde bakat nak mengayat menggunakan jari lagi. Semua jari dah contot cenontot belaka. Pasal apa? ChefD dah kerat. mueheheh.
Tapi sebenonya banyak2 email ni susah. Sbb lama2 boleh jadik kompius nak maintain. Cam aku la, email "onlymichiru' ni hanya diberikan kepada kengkawan yg tau aku senget sahaja. Yg tak senget karang.. kalau tak.. kantoi la kesengetan aku. So aku ada la bbrp email lain yg digunakan utk kegunaan ofisyel, kegunaan tak ofisyel tetapi tegak dan jugak utk kegunaan register kat website2 yg hanya percuma dalam masa yg terhad sahaja. Hakikatnya, aku mmg selalu akan check e mail yg tersenget je. Yg lain tu aku check setakat sebulan/dua bulan sekali. Watpe nak check selalu kan...Tapi ini boleh menyebabkan berlaku banyak masalah. Tak caya? Baca situasi2 kat bawah ni...
Situasi 1:
Tgh laju berYM dgn kengkawan senget, tetiba opismate pun dtg menjengok. dan mintak Yahoo ID. Dgn poyonya aku bagi la ID yg lain. Tup2 tiga minit lepas tu, dia pun online dan jerit dr jauh... "Kapal.. apsal kau tak online?" Apa patut aku jawab??
A. Saya invisible
B. Mana ada, PC akak tu yg problem
C. Haha.. itu ID yg saya jarang guna. Padan muka, tak malu mintak ID org.. huhu
Situasi 2:
Ada kawan stret yg selalulaaa suka forward email2 dan jugak gegambo dia berjalan merata Indonesia. Sbb aku jarang check email yg stret tu, maka aku mmg ketinggalan zamanlah. Selalu tak sempat tgk gegambo dia. Pastu bila dia tanya jawapan aku selalulah takde masa nak check email. Kata lah ada satu hari aku bercerita kat dia
yg aku dok terima email2 menarik... dia pun tanya.. "Ha.. kau check email tu, tgk tak gambo aku?" Sekali lagi aku akan kompius tak tau nak jawab apa.
A. Ada.. ada.. er.. mmg cantik gambo kat sana tu.
B. Eh, tak dapat pun. Agaknya berat sgt kot. Tak termasuk dlm mail aku.
C. Aku cakap pasal email aku yg lagi satu. Hehe... kau ingat email adress aku satu je ke???
Situasi 3:
Bila boss nak hantar dokumen yg beberat sket. Aku ni takde email opis, so aku bagi je la email address hotmail yg poyo tu. (Aku hanya ada ofisyel email kat hotmail sahaja..). Pastu bila mail tu bounce. Boss aku pun hangin la.. dia akan tanya.. "Kapal, kau ni, takde yahoo mail ke? Senang sket nak hanto dokumen beberat" Aku nak jawab ada... mmg ada, tapi address poyo ler. Nak jawab takde.. menipu.. apa aku nak jawab??
A. Saya anti yahoo boss. Hidup hotmail!!
B. Alahai.. takkan hotmail ni dah penuh lagi, jap saya cleankan ye boss..
C. Ada email yahoo. Tapi kalau saya bgtau karang, boss tau la saya ni lesbian. Pecah la rahsia saya..
hehehee..kesimpulannya, buat macam partner aku. Email dia yg tu satu lah. Ofisyel, tegak, maupun senget. Aku ni byk sgt yg nak dikaber, taknak yg senget tau nama betul aku, taknak yg stret tau aku senget, taknak campo yg ofisyel dgn yg tidak. Ini lah padahnya..
Hmmm... mmg lah, aku ni suka berahsia rupanya.. keh keh keh