Hari ni tetiba aku ditanya pasal blog. Ada yg nak tau adakah aku salah seorang daripada gengjurnal punya worang. Jawapannya, tidak. Aku ni golongan minoriti. Dan aku banyak baca blog org2 yg sekapal dgn aku. Tapi taklah la plak aku menjawab camtu kat budak yg bertanya tu. Karang.. pecah lobang di aidilfitri la jawabnya. haru.. haru.
Tapi biasak la..bila kena tanya camni, aku pun start la. terpanggil la utk membukak surah 'mengapa aku memblog' Seperti biasa (rasanya ramai dah tau) aku memblog sbb aku nak menulis apa2 yg aku rasa takleh diluahkan di medan realiti yang bertemu muka. Sbb aku ni closeted sengetian, paham2 je la. Ni cerita history sket... Alkisah aku ni mmg suka merapu. Dan aku suka jugak orang memberi komen dan membaca apa yg aku tulis. Dulu aku selalu lepak kat satu msn groups nih. Mmg kat situ jugak la aku menapakkan diri ke dunia sosialinternet. kat situ aku suka la tulis bebenda yg kengkononnya ada isi. Bukan la setakat tulis..'Hi, i baru kat sini, boleh berkenalan??' Itu semua old feshen.. tak koser. Tapi sebab komuniti tu cam ala2 poyo kan.. maka penulisan yg ada isi2 kandungan ni tidak dilayan, tapi org nak berkenalan tu plak laaah yg mendapat ramai komen.
Bertitik tolak dari situ aku rasa cam.. ini tak boleh jadik. Aku nak jugak menulis bebenda berisi. Nak jugak org baca, dan nak jugak orang komen. Maka aku pun mula lah menulis blog. Blog yg pertama aku tulis dalam bahasa omputeh. Kengkonon terer la, tapi ayat tunggang tonggeng tak hengat. Sebenarnya aku mmg foul sket skiping London nih, makan beskot almond london buleh ler.. Dan blog ni ada lah jugak dibaca oleh org lain.
W/pun satu hari dua tiga hit je. Jadik la, janji aku ada ruang utk aku mengarau dan ada insan2 yg sudi nak baca. Tapi yg takbestnya kat blog ni aku menulis dgn harapan boleh mengeluarkan kesengetan aku. Tapi tak mampu pasal aku guna nama glamer time sekolah. Karang ada yg kenal, tak ke kantoi.
Sambil2 memaintain blog omputeh tu, aku kemudian rasa teringin la plak menulis dalam bahasa ibunda (w/pun hakikatnya dah ku kitai bahasa ibunda nih!). So, aku berpindah la ke satu blog yg dihoskan oleh MBC@ (Malaysia Blog Central). Tapi jangkahayat blog tu tak lama, pasal server diorg sokmo kiok. Harini aku update, esok ilang. Pastu ilang lagi. Sampai satu masa diorg delete semua akaun dan mintak dibuat baru. tak koser la plak aku nak membuat layout baru. So aku berhambus je la. Karang gaduh dengan server lagi. Dan baru2 ni aku tgk cam dah takde je site tu. Kong lagi kot. mueheheh
Lepas MBC aku pegi kat blurty utk menghoskan blog aku. Kat situ la bermulanya pengembaraan seorang kapal. Mmg niat asalnya aku hanya nak mengaku kesengetan aku. Takde la plak teringin untuk mendedahkan identiti sebenar. Tapi akhirnya bila ada jumpa org2 yg sama sesenget, pastu terkeluar la jugak rasa nak berkawan2. Aku akhirnya kensel segala niat nak menjadi 'Kapal Misteri'. La ni, tak misteri lagi la, pasal kebanyakan korang2 dah pernah nampak muka hampir-melotup aku ni kan? Dan aku rasa gumbira teramat sangat sebab ada jugak org nak baca blog aku. Selama ni aku je dok baca blog orang. Timakasih bbnyk kepada yg sudi membaca. Membaca amalan mulia.. heheh.
La ni aku dah melangut kat blogspot. Ini semua gara2 server kat opis ni blok apa2 updating ke blurty server. Mmg poyo. Byk entry aku hilang di tengah jalan. Mmg stress sungguh laaa rasanya. Last2 aku ke blogspot. W/pun partner aku kata layout kat blogspot ni tak se'best' cam kat blurty dulu, takpe la, aku minta dia pasrah je. Takde masa sgt aku nak membelek layout2 nih. Baik aku belek dia je, lagi best!
Aku harap, aku akan terus dikurniakan idea2 yg menarik untuk menulis blog. Pasal aku juga merupakan pembaca setia blog aku sendiri (sungguh self centered!). Dan aku harap korang jgn la serik utk terus membaca dan mengomen apa yg aku tulis. Dan dgn timbulnya byk2 blog sesenget, sesama la kita saling sokong menyokong dan kalau ada sikit tak puas hati tu, jgn la sampai kutuk mengutuk. Simpan sendiri sudah la.
InsyaAllah lelama ilang la rasa sakit hati tu.
Soalan terkumpul... ada tak sesapa yg baca blog sekapal.blogspot.com sewaktu aku aktif mengupdate di blurty?? heheheh...
Dah la.. mari kita tuko duit raya.