Rasanya semua org yg pernah/sedang/akan baca blog aku ni musti pernah menjerumuskan diri dalam dunia online chat. Tak kira la chat kat memana bilik-borak, ataupun kat memana messenger yg melambak2 kat dalam dunia nih. Aku mmg dulu pernah regular kat chatroom MSN Opis beberapa tahun lepas. Tu je la pengalaman aku berborak kat bilik2. Pastu bila msn suruh pemborak2 ni bayo utk berborak, malas la nak layan lagi. Dan lepas tu aku konsentret guna messenger je la. Percaya atau tidak aku mmg tak pernah chat kat IRC.. bukan sahaja tak pernah, malahan tak reti. Mmg sampai skrg aku tak goti nak connect ke IRC tu.. Buta IT sungguh laa. Dan hasilnya, mmg sampai la ni aku tak pernah masuk chatroom senget. Rugi betul! Hilang satu peluang nak mengorat.. mueheheh
OK, abih la dgn kebengkakan aku tak reti berIRC, nih aku nak tulis sket pasal meletakkan tapak di dalam chatroom. Sebenarnya bukannya senang nak dapat kawan dlm chatroom. Macam aku dulu, masa memula masuk mmg ala2 budak poyo masuk chatroom. Semua org cam dah kenal antara satu sama lain, tapi kita ni.. dok terpinga2 je sensorang. Cuma satu perkara yg aku boleh pasti la... kalau nickname kita menarik, selalunya akan laju je org nak menegur dan menyapa. Kesimpulannya mmg pemilihan nickname yg bijak adalah satu cara untuk menaikkan saham kat dalam chatroom. Kalau kita perati bebaik ada memacam style nickname yg digunakan oleh org2 ni.. (termasuklah akorang dan jugak korang2 semua).
Ada tu suka menggunakan nama betul. Kengkadang dicontotkan, kengkadang tu guna nama dalam surat beranak lagi! Kemain kompiden lagi mereka itu. Contohnya diorg ni gunakan nama cam Jee, Melur, Farah, Eton, Leha dan cemacam lagi la.
Ada jugak yg lebih kreatip sket, ditambahnya satu pktn kat blkg nama diorg tu. Contohnya cam Jijah_anggun, Tipah_duku, Mona_money dan byk lagi la nama yg aku kompom takleh tulis semua.
Aku mmg sori la nak guna nama surat banak, sbb nnt aku takkan dapat mencapai target audience yg aku nak. Kalau aku nak guna nama betul utk chat la, nescaya aku berpotensi utk diayat oleh jejantans ataupun yg seganas dengannya.. sungguh tak seswai!
Ada jugak yg suka menggunakan cilok nama betul org lain utk dibuat nickname. Yg biasa kena cilok ni macam nama2 artis/watak katun/anime dan kengkadang nama kawan baik punnn boleh dicilok. Diorg ni kengkadang rasa nak jadik cam glamer2 gitu, tapi sebenarnya... macam boleh. huahuahua.
Contohnya cam chatters yg dok guna nama cam Nobita, Britney_malaya, Haruka_tenou, powerpuffgrrrls, maupun Maya_Karin_tiputipu.
Aku??? hehehe.. mmg gemo guna nama org lain ni. Maklumlah, berahsia kunun. mueheheh.
Ada jugak chatters yg suka menggunakan kata sifat. Kiranya nickname yg dipilih tu melambangkan diri mereka sebenar la kot. Kot kot kot...
Ini cam org yg guna nama gua_hensem, chantek_jelita, sukamakanasampodeh, gadis_andro, ataupun tinggi_camodel.
Kalau kita tgk lagi ada jugak yg suka pakai nickname guna nama ntah apa2 barang tah. Ada tu guna nama barang yg diorg suka. Contohnya kalau org tu suka henpon nokia, nickname dia henpon_nokia. kalau yg suka sport rim, dia letak la nama sport_rim. Kalau org tu suka pakai perfume dolce vita.. dia letak la nama dolce_vita. Ramai jugak yg suka letak nombor plet keta buat nickname. Aku time chat dulu takde keta. Letak no plet bas metro boleh la kot..
Ada tu suka letak nama barang2 jugak, tapi main boh je barang2 tu. Kes takde idea la ni. Ni cam org yg guna nickname baldi_biru, suarkecik, kibod_rosak, beruangkutub, pen_merah, epal_ijau.. dan cemacam lagi la nama yg mengarut. Tapi aku mmg sungguh tertarik dgn org yg guna nama mengarut2 ni. Kreatip sungguh laaaaa hai!
Agak2 korg boleh tak list balik nama2 yg pernah korg guna masa dlm chatroom? hehehe.. Kalau yg guna setakat dua tiga nama tu ok la kot. Cam aku yg suka mengayat dlm chatroom ni, mmg byk nickname. Sampai dah terlupa2 dibuatnya. Tapi kan, nickname yg korang pilih secara tidak langsung melambangkan keperibadian korang. Dan sebenarnya, kita jugak memilih jenis2 nickname yg tertentu utk diajak berborak.
Soalannya.. betul atau tidak? huhuhu
Macam aku... aku lebih suka borak dgn nama2 yg mencerminkan kelembutan + keayuan ataupun nama2 yg poyo. Kalau nama cam sportrim, abang_hensem tu.. sori la. I tak taste lerr...