Berlalu lah sudah Ramadhan... sebulan berpuaaasaaaaaaaaaaaa
Tiba syawal kitaaaaa rayakan... dengan rasa gembiraaaaaaaa
hehe.. aku rasalah, akan ada dua tiga org pembaca yg akan bercakap dalam hati. "Apa hal laaa sekapal nih. Baru hari ke tujuh pose dah nyanyi lagu raya." kan kan? Takpe ah, walaupun aku nyanyi lagu raya, aku setakat ni tak ponteng pose lagi.
Sebenarnya lelagu kat atas tu hanyalah satu daripada bertimbun2 lagu raya yang selalu berkumandang di hujung2 bulan Ramadhan. Kalau sesapa yg dok minat Anuar Zain sure tau sedutan lagu yg aku tulis tu adalah nyanyian dia dgn Elena masa suara dia masih belum pecah lagi. Jadik rasanya peminat2 Anuar Zain paling suka lagu raya yg ni kot... hehehe. Pada aku lagu ni adalah lagu raya yang bertemakan kegembiraan dan kemeriahan. Sbb bebudak yg nyanyi... time raya ni, sapa lagi yg gembira kalu bukan budak2. Aku masa budak2 dulu pun suka raya.. (hmmm.. tapi rasanya sampai sekarang aku suka raya. huhu).
Ada jugak lagu raya yang bertemakan kesedihan. Sedih terkenangkan org tersayang yang dah takde, sedih tak dapat balik raya, sedih gelpren kat kg dah jadik lesbian.. eheh.. silap... dah kawin lain... dan memacam jenis kesedihan lagi lah. Tapi sebenarnya lagu kesedihan ni akan dibiarkan berlalu seperti angin je la bagi org2 yg mmg sakan nak raya dan tak rasa sedih pun di hari raya. Contohnya cam kengkazen aku yg beru berumur 5 tahun tu. Tau nak duit rayaaaa je. Mana ada sedihnya...
Pastu satu lagi trend lagu raya ialah yg bertemakan perkataan 'Hari Raya'. Kiranya mula2 lagu ni je dah diucapkan selamat beraya. Contohnya macam lagu 'mintak mak kuih sepotong' tu. Start2 je dah ucap selamat raya. Sama jugak dgn lagu 'selamat hari raya aidilfitri mulia' dan jugak lagu 'aidilfitri hari bahgia hari yang mulia'. Dan kes hari raya ni tak abis di situ sbb ada jugak lagu yang menceritakan apa yg dibuat di hari raya cam lagu 'satu hari di hari raya'.
Ni tak masuk lagi lagu yg mengungkit2 kehadiran juadah raya tanpa henti. Contoh kuih raya yg selalu glamer dlm lagu raya ialah ketupat, rendang, lemang, dodol, nasik impit, lontong, kuih bangkit dan jugak kuih kek coklat. Takde plak yg nak menyanyikan lagu rempeyek, kepek ubi pedas, kepek bawang dan beskot almond london.
Dan skrg ni tetiap tahun akan ada ke artis baru yg dok buat lagu raya. Ada tu sedap jugak la didengar. Ada tu plak, cam merosakkan kehijauan lagu2 raya je. Lagi rosak lagu kalau artis baru yg sore cam tah pape tah menyanyikan lagu2 lama. Heishhh.. boleh terkeluar lilin telinga dibuatnya. Pulak tu dilenggoknya stail baru. Mmg hancussss jadiknya.
Tapi cemana buruk pun lagu raya yg dinyanyikan oleh artis bersuara buruk, kita semua sedia maklum bahawa lagu raya memainkan peranan penting dalam menghangatkan suasana raya. Kalau takde lagu raya, soon nak raya tu ada kureng sket la. Dan aku jugak berani kerat pensil yg kebanyakan ringtone atau caller ringtone akan bertukar kepada lagu raya dalam dua tiga minggu lagi (ini mungkin jugak termasuk henpon aku sendiri).. Kita tunggu dan lihat je la yea.. hehehe.
Aku pernah bubuh lagu siti 'Sesuci Lebaran' kat henpon time nak raya. Masa tu lah jugak gelpren aku akan jadik grumpy2 bila dgr bunyik tipon. Hah... korang dah ada idea ke nak bubuh lagu apa sebagai ringtone? huhuhu... Selamat mendengar lagu raya. yeay!!