December 1, 2005

Mlm td tgk cerita senget dan cuci mata dgn air ujan je la

Rasanya bbrp hari ni entry blog aku cam melalut terlebih la plak. haha.. itu tandanya org tamak. Teringin nak buat entry baru, tapi byk sgt curik masa bekerja. Itu la padahnya. hehe.. blasah la. Nih, harini baik la aku cerita sket pasal apa yg aku buat mlm tadi.

Alkisahnya mlm tadi aku dgn makwe ku.. pegi melepak kat umah is&anne. Sesambil tu kami pun mencuci
mata kat paso malam yg sepatutnya ramai la manusia yg bergelar pelajar perempuan. Tapi disebabkan kehujanan yg boleh tahan banyak, maka tak ramai le insan2 yg boleh diushar. Tak kisah la, aku pun dah berkurun tak pegi paso malam (kwsn aku tinggal ni takde paso malam, koman tak?), so dpt la jugak membeli2 barang utk makan.

Lepas tu, kami pun memulun la tgk dvd cerita senget kat umah diorg, yg takde lagi dlm koleksi aku. Memula tgk cerita Lost & Delirious. Aku la yg nak tgk pasal ada Piper Perabo dgn Mischa Barton (yg sungguh kiutttnyer!). Tapi makwe aku plak laaa taknak tgk sampai habis. Kenapa? tu kena tanya dgn dia la. So, lepas tu kitorg pun tgk la plak satu cerita senget berbangsa dan berbahasa cina yg bertajuk 'Butterfly'.

Dulu aku pernah jumpa DVD ni kat times square, tapi sbb dgn ngengadanya, perempuan bermata sepet, berkulit putih dan berbadan sering bukan taste aku, taknak la aku beli. Kengkonon cam takbest la gitu. Tapi ternyata aku terlalu men'stereotaip'kan bangsa cina tu (my mistake la..sori ye). Sbb watak utama cerita tu tidak bermata sepet dan muka mmg lah aku boleh kata cam ala2.. cun! gitu.. Selain dr watak utama yg aku mmg seronok gak tgk, jalan cerita tu sendiri mmg ada memberi kesan kepada aku la. Ye la, kalau tak berkesan, takde maknanya la aku nak tulis kat sini kan?

Secara keseluruhannya cerita tu mengisahkan.. eh jap... sesapa taknak baca spoiler, takyah la baca terus, karang dah tau cerita, tak thrill plak. OK sambung, secara keseluruhannya, cerita itu mengisahkan seorang che'egu perempuan yang telah berumahtangga dan juga ada sorg anak perempuan. Suami dia pula digambarkan sebagai seorang manusia yg boleh dikatakan baik hati. Pada awal cerita ditunjukkan dia terjumpa dgn seorang budak perempuan yg tgh makan beskot curi kat dalam supermereket. Sbb kesian, dia bayokan la beskot tu. Kenapa dia sanggup tolong camtu sekali? Aku saspek sbb ada aura2 kesengetan yg mengaburi pemikiran diorg ler.

Hasil pertemuan tu, dia mula terimbas kenangan lampau. Rupanya che'egu ni mmg ada history senget. Bukan setakat senget sesikit, ni kes mmg dah sesenget sehidup semati setido setaktido nih!! Dan seterusnya cerita ni byk tunjukkan flashback dia dgn gelpren pertama dia, family dia dan jugak budak perempuan baru tu. Di samping tu ditempel2kan jugak la konflik2 tempelan yg berlaku pada watak2 tempelan.

Overall, setiap kali flashback dan portrayal tu, mmg sarat dgn emosi si che'egu nih. Kiranya sambil tgk cerita ni, kita cam boleh terbayang2 aura yg menyelubungi dua insan senget bercinta. Sampai kita pun rasa cam, nak bercinta jugak lah... Cuma bila lovemaking scene tu, mmg la tak sehebat Jenny+Marina. Ada masanya aku rasa nak sepuk2 je pelakon tu. Cium la bebetul sket... susah2 sgt amik aku je jadik stand in, habis cerita.. muahaha.. (macam la aku tau nak bercium tu camna..)

Ending cerita ni, akhirnya che'egu tu mengambil keputusan untuk meninggalkan suami dan juga anaknya, dan tinggal bersama kekasih baru tu. Mmg boleh tgk ekspresi sang pelakon utama yg dia mmg nampak sungguhhhhh ceria bila bersama dgn org perempuan. habis cerita..

Kalau nak aku bagi tagline utk cerita ni, aku boleh katakan yg ini adalah cerita yg diberi tajuk.. 'So Gay!'. Sbb watak utama tu mmg bebetul sukakan perempuan. W/pun hidup dah ok, dah berkeluarga, dapat suami baik, dapat anak, tapi hidup dia tetap tak ceria. Senang kata 'she's not herself' lah!

Abih tu kalau dah tau so gay kenapa kawin plak? Berdasarkan pemerhatian aku, dia kawin sbb nak mencuba menafikan kesengetan diri sendiri, dan jugak atas rasa nak jadik normat macam org lain. Tapi gagal jugak perkahwinan tu. Dan sbb dia berani mencuba utk berkahwin (w/pun tau diri itu senget), dia dah menghancurkan hati seorang suami yg sgt mencintainya, memjadikan seorang anak kehilangan kasih sayang ibu, dan membocorkan rahsia orientasi sendiri kepada kaum keluarga. Lobang telah terlalu besar utk ditutup.

Kalau camtu, rasanya jika kemungkinan berlakunya kehancuran ikatan perkahwinan dan mengakibatkan org lain hampa, adakah patut jika org2 yg so gay ni toksah cuba2 utk kawin langsung? W/pun atas alasan lepas kawin boleh jadik stret. Persoalannya... boleh ke jadik stret dan tak carik ikan lain? Kalau boleh, alhamdulillah... Dlm dunia ni ada berjenis2 kategori perempuan senget, mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yg 'so gay'. Kalau tak boleh jadik stret selepas kawin?? Hm.. tak reti den nak jawab.