Huargh... dr tghari tadi aku dah ada tulih update. Tapi tah kenapa lembaga penapisan blog persendirian aku tidak membenarkan entry tu dikeluarkan, kerana ia boleh menyebabkan kanak2 yg membaca blog ini (er.. yg berumur 18 tahun ke bawah tu aku kategorikan kekanak le ye..) akan terpengaruh untuk menjadi ahli sihir dan tukang buat sampan. haha.. Tapi sesapa nak baca jugak entry yg takleh disiarkan tu, email la kat aku, nnt aku buleh tampal dalam email (poyo.. macam ada yg teringin nak baca..)
Makanya aku terpaksa la mengira2 idea lain utk menulis. Pikir punya pikir tetiba aku terpikir la nak tulis pasal tak lain dan tak bukan... jeng jeng jeng.. AKU! muahaha.. macam la selama ni tak tulis pasal aku.. kan kan?
Aku ni adalah seorang pompuan senget yang langsung tak macho . Kiranya aku bukan hensem cam Haruka. Dan aku jugak takde la chantek macam Bette Porter. Tapi sekali pandang mmg boleh tau la aku ni pompuan.
Oleh sebab itu jugak la aku mmg takde ciri2 kemachoan org yg layak memiliki gelpren. Yang paling utama sekali ialah aku ni langsung tak sporty. Segala mala permainan, game, sport mmg takde satu pun yg aku tau main. Mmg aku ni indoor person.
Tapi nak kata aku terrer main indoor game takde jugak. Main chess, dam ular, dam-dam-dum, scrabble mmg foul. Sokmo kalah. Apatah lagi main game2 cam Plestesen, esbok, eslilin.. hancus. Cuma aku tau main game Bomber Man je. Tu pun selalu melotop kena bom.. tebabooommm!! heh heh. Cuma yg aku rasa ada sedikit flair main daun terup je. Itu pun sebab abah dah ajar dr kecik. Tapi ada bakat pun setakat tak selalu kalah la. Takde la jugak aku selalu menang. Mmg agaknya otak aku mmg setakat tu je la pemikirannya kot. hehehe.. tak kisah la tu.
Mmg masa memula aku menggatal nak mengorat dulu mmg terasa cam tak best la tak macho. Pompuan mana nak kat org yg tak macho. Maka aku pun ada la buat bebenda yg pepoyo yg malu aku nak bgtau kat sini. La ni bila dah makin tua nih, aku baru terasa yg sebenarnya ada jugak pompuan yg suka kat org pompuan yg tak macho cam aku. Pompuan yg tau melangut depan TV tgk katun, rather than pompuan yg hensem dan cempiang sukan kat sekolah. Aku berani cakap camtu sbb pernah ada pompuan yg suka kat aku walaupun jumlahnya tidak mencecah angka 2. Kira ok la tu kan.. muehehe..
Kesimpulannya... kita tak perlu berlakon, ikut cara org lain ataupun cuba nak mengada2kan bakat yg takde utk membolehkan org pompuan tersangkut hati. Mungkin cukup dgn hati yg ikhlas dan juga rasa kasih sayang yg tak berbelah bahagi. Agaknya la kot. Cuma nesiyat aku, jgn 100% bulat2 terima pendapat aku ni. Aku tak ramai gelpren, ada satu sahaja... :p