OK, haritu uL ada cerita pasal koleksi DVD yg dia ada. Mmg banyak giler..! Itu lah kelebihannya bila dok di area yg byk mensupply dvd. Idop JB! muahaha.. Aku plak takde la nak cerita pasal koleksi DVD yg aku ada. Sbb buat malu saje. Tak banyak kemana. Aku nak tulis pasal koleksi novel2 senget yg aku ada kat umah. Sebenarnya takde la byk sgt tapi sesaja gatai nak tulih.
Novel2 senget aku banyak dijumpai di Kinokuniya KLCC. Kat rak mana nak cari? Tu korg kena la pusing2 keliling. Kalau rasa2 berani, tanya je kat adik2 yg jaga kaunter maklumat tu. Nescaya diorg sudi menolong. Satu lagi kedai yg membantu menambahkan koleksi aku ialah satu kedai buku sekenhen yg menjual buku terpakai. Aku boleh dapatkan buku2 senget pada harga kurang drpd saploh hengget. Menarik? Mmg menarik. Lebih2 lagi usaha utk menggeledah kesemua buku2 yg ada kat kedai tu. Menarik dan mencabar. Sama letihnya cam main futsal. huahaha..
OK, ini antara buku2 yg aku ada.
Kelas 1 - Buku teks klasik/musti ada
- Curious Wine (Katherine V Forrest)
Cerita chenta yg sesuai utk org yg baru berjinak2 nak jadik senget. - Rubyfruit Jungle (Rita Mae Brown)
Kisah hidup seorang perempuan senget yg memang menyentap tangkai jantung. Sedey! - Carol (Patricia Highsmith)
Cerita lesbian di zaman dahulu yg happy ending. Tak sesuai utk yg mementingkan adegan 'gitu2'. Jugak bertajuk The Price of Salt. - Desert of the Heart (Jane Rule)
Pun cerita zaman dedolu yg sungguh lembab jalan ceritanya (sampai la ni aku tak abih baca lagi). Merupakan buku yg dijadikan basis utk filim 'Desert Hearts'.
Kelas 2, merupakan buku2 yg main plotnya sesungguhnya pasal lesbian tapi aku taknak kelaskan sebagai buku teks. Sbb apa? Sukati aku lerrr...
- Wild Thing (Karin Kallmaker)
Kisah cinta yg mmg cambest belaka. Byk adegan gitu2. Melibatkan tunang org dgn akak tunang dia. haha - One Degree of Separation (Karin Kallmaker)
Cerita yg menunjukkan betapa keciknya dunia ini dan jugak librarian tu hot jugak ropanya. Mari kita jadik librarian. - Daughters of the Coral Dawn (Katherine V Forrest)
Cerita fantasi pasal planet Maternas yg semuanya org pompuan, semua boleh kawin sama dan dapat anak sama2. yeay yeay!! - Tipping the Velvet (Sarah Waters)
sapa tak tau cerita ni, musti tak pernah baca blog aku ataupun blog uL. kan kan? - Sudden Death (Rita Mae Brown)
Cerita pasal pemain tennis yg senget tapi takleh keluar. Takkk.. bukan Dana Fairbanks yea. Abeh tu sapa?? - Venus Envy (Rita Mae Brown)
Ni cerita berangan2 sampai jatuh pengsan. - Heavy Gilt (Dolores Klaich)
Dlm cerita ni satu kampung senget. Cam tak logik, tapi kelako. - Horizon of the Heart (Shelley Smith)
Cerita chenta2 muah muah *aku tak baca lagi, tapi partner aku dah baca abisss. Dia kata best* - Am i Blue?
Antologi cerpen cerita2 gay+lesbian.
Kelas 3 , cerita yg wataknya adalah lesbian, tapi jalan ceritanya utamanya takde la pasal hubungan senget sesangat.
- Fingersmith (Sarah Waters)
Dia belit tang sana, dia belit tang sini.. last2 leher jugak yg terbelit, dan kaki/jari pun berbelit sesama sendiri. huh.. - The Beverly Malibu (Katherine V Forrest)
Pasal polis yg senget. Byknya cerita pasal polis2 siasat sana sini. - Slick (Camarin Grae)
Pasal sekumpulan lesbian yg nak mempamerkan satu statue. Tapi statue tu ilang la plakkk.. - Bayou City Secrets (Deborah Powell)
Pasal sorg wartawan jenayah yg senget. Scene jatuh chenta tu tetap ada laa.. - Death Understood (Claire McNab)
Cerita pasal detektif yang bernama Denise Cleever yg senget. Dia menyamo2, nasib baik tak mati. hehe - The Hours (Michael Cunningham)
Ini buku yg diadaptasi ke filem The Hours, yg Nicole Kidman menang best actress tuu. Pasal tiga wanita, tiga zaman...
Kelas 4. Buku2 yg aku belum sempat baca lagi. Tak sempat maa
*Affinity
*We Walk the Back of Tiger
*As You Desire
*Silverlake Heat
*+ 3 lagi buku yg masih kat sydney dgn partner aku...
Kelas 5.. buku2 hasil tulisan Jeanette Winterson. Segala kesengetannya tersirat, hanya partner aku je yg paham. Aku selalunya blurr bila baca buku dia (gamaknya IQ aku belum cukup tinggi lagi la)
* The Passion
* Around the World in 80 days
* Gut Symmetry
Abih dahhh... kiranya itu2 je la koleksi buku yg aku ada. Nnt aku pegi kedai buku sekenhen tu aku godeh lagi. Tapi aku ada wish list. Sesapa yg ada buku ni tolong la bgtau aku. Wish list aku ialah..
"Komik Sailormoon (bahasa Melayu) dr volume 1-18."
Sesapa nak jual dgn aku, aku sanggup beli.. uwaaaa. Kat kedai dah tak jual lagi. :"(