November 30, 2005

An interview with a Harry Potter fan la plak...

Hari ini aku dgn poyonya menginterview diri sendiri di mana aku adalah wartawan baru daily prophet yg menggunakan nama Rita Skeepalter dan menginterview diri aku sendiri jugak yang menggunakan mana Sekapal-minat-Delacour... muahahah. Sesapa yg terasa entry ini akan jadik begitu tak masuk akal, dinasihatkan jgn baca, ataupun, bacalah dgn pemantauan ibu bapa anda. Sekian intro..

nota selepas intro; sesiapa yg tak minat Harry Potter mungkin tak berapa paham maksud tersirat dan tersurat dalam interbiu ini, maka adalah dinasihatkan supaya toksah baca kalau taknak panik

Rita Skeepalter:
Kenapa kau mengaku minat harry potter? gila glamer ke, ataupun saja taknak tertinggal kapalterbang?

Sekapal-minat-Delacour:
Sbb aku mmg suka magic2 nih. Lagipun aku dah tolong bagi duit kat akak JK Rowling tu, salah ke kalau nak minat?

Rita Skeepalter:
Semua2 buku harry potter dah abih baca la ni?

Sekapal-minat-Delacour:
yg last tu tak baca lagi la, pasal takde duit lagi nak beli. Sbb kena bagi duit raya, beli pintu keta, beli ubat sakit mata, bayo duit parking, balik kg...

Rita Skeepalter:
Sapa plak tanya duit kau pegi mana... Nih, cerita Goblet of Fire dah gi tgk ke belum?

Sekapal-minat-Delacour:
Sudahhhhhhh... pegi tgk kat pawagam yg langsung tak glamer. Kalau tgk kat tpt yg glamer2 tu, haus tapak kaki nak beratur beli tiket.

Rita Skeepalter:
Heish.. bagi pendapat keseluruhan pasal movie ni dan cuba bandingkan dgn movie2 yg lepas2. Ringkaskan pendapat anda tidak lebih dari lima ratus patah perkataan.

Sekapal-minat-Delacour:
Wah... macam soklan nak dapat hadiah MyVi la plak. Pada aku movie kali ni gempak gaban sbb set2 yg dibina dan digunakan mmg giler best. Tgk je la masa Quidditch world cup tu. Stadium dia.. felemek... mmg terasa cam real. Mengalahkan sukan olimpik gayanya. Pastu tpt Harry lawan dgn Hungarian Horntail tu pun cam real2 je.

Lagi satu saya suka cara diorg tunjukkan durmstrang dgn beauxbaton dtg ke hogwarts. Tetiba rasa cam... waaahhhh, selama ni cuma boleh imagine je, tapi kali ni boleh tgk real2 punya! gempak, mmg gempak.

Kalau nak dibandingkan dgn movie2 yg sebelum ni, aku tak rasa aku boleh bagi jawapan la. Sbb Goblet of Fire adalah cerita Harry Potter yg mmg menjadi feveret aku. Dulu kini dan selamanya. So, kompom la aku kata Goblet of Fire ni yg terbest sekali, dua kali dan berkali2. Sebabnya ialah kerana keseluruhan jalan ceritanya penuh dgn suspens dan mendebarkan.

Rita Skeepalter:
Ke... kau berdebar sbb benda lain nih??

Sekapal-minat-Delacour:
haha... tu tak dapek nak nolong ah. Masa aku dok baca buku , mmg aku berdebar2 bila baca nama Fleur Delacour. Aku dok bayangkan musti dia ni cun tahap langit ke tujuh.

Rita Skeepalter:
Abih tu bila dah tgk pelakon yg bawak watak Fleur ko berdebar lagi tak?

Sekapal-minat-Delacour:
Kureng dedebo sebenarnya. Sbb dia yg aku bayangkan lebih cun dan lebih mengancam hubungan dua org kekasih. Takpe le.. biarlah aku gunakan bayangan aku sahaja utk membayangkan fleur yg mengancam itu... awwwwwww *starry eyed la plak*

Rita Skeepalter:
Selain dr kekurang-ancaman Fleur apa lagi yg kau tak berapa puas hati pasal filem tu kalau dibandingkan dgn buku?

Sekapal-minat-Delacour:
Aku tak puas hati sbb diorg letak Padma Patil kat gryffindor. Mana ada!! Padma budak Ravenclaw. Parvati je yg Gryffindor dan selalu berdua2an dgn Lavender Brown *ehem ehem*
Lagi satu aku tak puas hati pasal engkau tak jadik kumbang.

Rita Skeepalter:
Leceh ah kau ni. Camna nak bagi kau puashati?

Sekapal-minat-Delacour:
Aku bleh puas hati kalau kau jadik kumbang! Nah! hamik kau. 'Avra kakumbang'!
*blingggg.. kuar cahaya dr wand aku*

Rita Skeepalter:
bztttt bzzzttt

Sekapal-minat-Delacour:
Muahahahaha! Sekian interbiu oleh aku, dgn aku. Kalau sesapa nak tgk Goblet of Fire tapi taknak beratur pjg, sila lah ke warta bangi ataupun galaxy ampang ataupun ke amcorp mall. Kalau tak larat nak tgk movie, pegi baca buku yg sebanyak 734 mukasurat tu. Kalau malas jugak, lawatlah laman web ofisyel Harry Potter: www.gobletoffire.com
Kalau malas jugak, meh teman aku tido..