December 16, 2005

Nak tunggu ke... taknak tunggu? Ke.. nak carik part time??

Semalam aku sakit perut. Jadi aku malas nak dtg keja.. (helooo... itu pun nak bgtau ker?? haha.. blasah). Hari ni niat nak bercuti pun terpaksa di kensel la pasal semalam dah monteng. Aku sebenarnya ada byk rasa bercampo baur skrg ni. Ada rasa gembira sbb nak jumpa kengkawan esok dan lusa dan tulat. Tapi dalam masa yg sama aku ni tgh cedey jugak. Pasal apa? Kalau korg kenal aku dan dok baca blog ni cam sokkabo sure korg tau. Kalau tak, takyah tau la ek... heheheh (aku mmg poyosss!).

Dulu aku mmg merasakan bahawa long distance relationship boleh berjaya asalkan org2 yg terlibat di dalam relationship itu setia.. (demi negara... yg tercinta.. dicurahkan, bakti penuh, setiaaaaaaaa...) dan jugak memiliki ketahanan fizikal dan mental yg tinggi. Tapi skrg ni, ntah ler... cam payah la plak.

Aku ni pun sebenarnya pernah jugak menceburi bidang hubungan jarak jauh ni. Cuma jaraknya takde la jauh ke mana... setakat Siam sahaja. Dan sangkeng tak tahannya menanggung rindu, kitorg akan mencuba sedaya upaya ahli silap mata terkemuka utk berjumpa dan bertemu mata paling poyo pun dua minggu sekali. Kengkadang tu tetiap minggu kitorg akan mencari jalan utk berjumpa. Masa tu perut pun toksah kata la... Nipisss je. Takde la mcm skrg ni, makin membuak2 (ye la.. ada geng makan!). Itu kat sempadan Siam tu! Sanggup aku meredah askar2 kat sempadan, kena bukak bonet keta, kena ketuk ketampi (hahahah) asalkan dapat berjumpa dgn dia.

Haritu partner aku aka ChefD aka Leen pakai toncet ada cakap yg dia dapat peluang sambung belajar kat benua lain (yg mengambil masa setengah hari naik kapalterobang utk sampai) selama empat tahun. Aku rasa mmg jodoh kami panjang lagi sbb dia tak accept tawaran tu. Kalau lah dia terima... mungkin hubungan kami sampai di sini sahaja. Sbb aku rasa perpisahan selama empat tahun di jarak yg sungguh jauh (ditambah pula keadaan poket aku yg mmg tak berapa kembung utk terbang selalu selalu), adalah satu penyeksaan bagi kami berdua.

Kot2 ada yg mengendeng kat dia, nnt dia terpaksa tahan, disbbkan aku yg jauh di mata. Aku pun camtu jugak la.. kot2 aku ada terjumpa yg berkenan di mata, bertahta di hati, menyerah diri, takkan nak biarkan je kan? Musti la tak berapa buleh sabar. huhuhu...

Tapi apa salahnya menunggu selama 4 tahun. Bukannya lama. Pejam celik, pejam celik dah berlalu. Lepas tu sambung la balik apa yg ditinggalkan tu. Kan? Susah ke? Menyambung tu tak susah... menahan diri tu yg payah! Arghh!! Komplikated. Silap2 rujuk semula, tinggalkan yg baru tu.. adil kah? Ntah ler..

Tapi tak kisah ler, setakat ni... kitorg takde la apa2 plan nak berjauhan sampai 4 tahun. hehehe.. gempak je entry nih. hehehe. Yang aku pasti... 'dia' adalah insan yg sangat2 aku chenta'i dan sayangi.... Takde dia, takde selera wooo..


aku...
takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu
ku bersumpah.