Mcm byk sgt benda yg aku nak tulis kat blog nih. Almaklumlah, org kena paksa bercuti. Maka aku cuti la. Dan disebabkan cuti paksa2 nih, terpaksa la aku melangut tanpa berbuat apa2 kat umah tu. Tapi sbb langut pandang siling adalah amat membosankan, aku pun langut la sambil pandang pompuan cun yg bergayut2 kat skrin TV. Best, mmg best bila kita boleh seorang diri bermarathon cerita2 senget di waktu2 cuti nih. muahaha..
Seorang diri? Mana pigi partner aku? heh heh.. Bersempena hari kawin adik dia kat kg, makcik tu kena la balik kg awal sket. Meninggalkan aku ketiduran keseorangan kemimpian siti nurhaliza (huhaha.. macam poyo!). Dan aku menyusul ke kg dia pada hari jumaat petang selepas zuhur bersama2 dgn cik X.
Sebagaimana yg korang semua dah tau, mmg perkara terbaik yg aku boleh lakukan di waktu kenduri ialah memberi sokongan moral di tepi padang sahaja. Ditambah pula dgn kebangkuan tangan dan kaki aku, maka tugas aku adalah yg bercirikan mengangkat bangku sahaja. heh..OK la, sampai je kat sana partner aku bising dia tak puas hati dgn salah satu hasil keja mak andam, di haruknya kami berdua ke bandar M utk membeli kain2 tambahan bagi mengindahkan suasana. Nasib baik la cik X yg memiliki ciri2 kebungaan pada tangan dan kakinya dapat memberikan buah fikiran yg bernas. Nak harapkan aku.. jawabnya berbuah la pokok rambutan belakang rumah tu menunggu aku.
Apabila tiba waktu malam, selepas makan dan menyireh, kitorg bertiga kemudiannya pegi plak sekali lagi ke bandar M utk menunjuk jalan kepada dua org lagi kawan kami yg nak dtg ke majlis tu, Y & Z. So, bila dah kumpul reramai tu biasak la, sebelum tido kami berkongsi pendapat dan bercerita mengenai hal karier, pelajaran, suami-isteri & anak2, dan jugak cara bagaimana hendak menjadi lemonade tycoon.
Hari tu majlis mmg berjalan dgn lancar. w/pun aku hanya sempat menghadirkan diri dlm suku je drpd majlis tu.. (selebihnya aku pi duduk bawah ketiak mak aku), tapi alhamdulillah, adik chefD telah selamat diijabkabulkan w/pun dgn keadaan pengantin lelaki yg menggigil. Dlm masa majlis tu aku ada la dok terperhati partner aku, dan jugak adik2 dia. Mmg boleh dikatakan adik2 dia lagi voggedevas berbanding dia. Dgn rupa dan jugak penampilan diri yg bisa membawa ramai mata memandang, tapi mmg sah dan terbukti body yg tercun dan memiliki isi yg bersesuaian dgn citarasa org cam aku ialah body partner aku. Yeay utk aku..
hahaha.... kalau sesapa nak kata aku perasan, kata lah.. gue nggak kisahin..
Kiranya dua mlm la jugak kitorg berlima bertidor2 kat umah mak ayah chefD. Dan sbb harini dah kena keja, kena la aku balik semalam. Dan hasilnya, aku kena ketiduran keseorangan lagi la mlm tadi. Nasib baik laaa makcik tu balik hari ni. Kalau tidak, sunyi mambang! Dah la bermula minggu depan aku akan tido sensorang selama 3 minggu. Adeh.. pahit rasanya.
OK la... lastly mmg takde moral pun dlm entry ni (bersesuaian dgn tajuk blog di atas), cuma aku nak mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada kengkawan kami cik X,Y & Z kerana sudi meluangkan masa utk menghadiri majlis kenduri kat umah partner aku dan jugak membantu memeriahkan lagi majlis tu. Thank you very much! I know that this really really means a lot to her and to me. Hope we'll stay close dan mari kita jumpa lagi di minggu ini. Harap2 boleh la berjumpa dgn jemputan khas yg diterbangkan dr bandar K.
p/s: segala watak2 dan nama bandar yang dinyatakan di atas adalah benar2 wujud. Namun nama2 sebenar diorg terpaksa dirahsiakan atas alasan sesaja mengada2 dan gatal gelenyor..