Fuh! Hari ni aku terasa bengong2 dtg opis. Tak tau apa nak buat. Cam takde tenaga nak buat keja. Pendek kata, selama2 ni aku poyo, hari ni lah aku terasa paling poyo sekali, eh.. bukan sekali.. tapi poyo banyak kali. Ini semua gara kena tinggal dek gelpren... uwaaaaaaaaaa... gelpren aku kena anto gi pulau!! (tapi aku takde la 'tuar tair tata') heheheheh.. sesikit tu ada la kot. huhu..
Anyway, aku cuma nak menguar2kan disini bahawa kami berdua (aku tolong cakap bagi pihak leen sekali la nih..) berasa sungguh berbesar hati, dan beruntung dan terharu kerana memiliki kengkawan yg sudi bersama2 menghabiskan hari2 cuti kami dlm keadaan ceria tak hengat.
Kisah bermula dr kes menonton bola free kat Stadium Nasional. Nasib baik aku kenangkan partner aku tu gegendang telinga dia nipis, kalau tak, mmg kompom sore aku ilang sbb byk sgt melaung. heh heh. Keesokan harinya plak ada perjumpaan makan2 beger kat tetengah lembah. Sampai kematu2 punggung masing2 makan beger sehingga akhirnya semua tak tahan dan mengambil keputusan utk pergi beli baju, cuci mata, potong rambut dan jugak melawat ke toilet.
Pastu sesi melawat kapal yg aku sewa dgn partner aku. Mmg kapal tu tak hebat langsung (ditambah pulak dgn habuk2 yg bleh dijumpai selang dua sentimeter persegi) tapi at least boleh la duduk dan tgk cerita senget sambil main gin rummy. Boleh la...
Tapi sebenarnya scene yg paling ceria sekali ialah masa dinner reramai kat Lake Club Putrajaya. Gila gaban betul masa tu. Korang semua agak2 perasan tak bahawa volume sore dr meja kita telah membuatkan seperti tpt tu dipenuhi org, w/pun cuma dua tiga meja je yg berpenghuni? hehehehe.. Mmg best masa tu. Mknn pun sodap2 belaka, tomyam, telo, sotong dan tidak ketinggalan ayor temikai..Aku rasa semua org seronok kot. Kalau tak seronok tu, boleh la salahkan air pancut yea. heheh. But the best thing is, buahati aku masih ada disebelah ku...
Pepagi buta Ahad kami reramai dah bergerak ke KLIA. Dan sememangnya rombongan kita lebih kurang la macam rombongan cik kiah... cuma cik kiah takde la, yg ada cik leen je. hehe. Jam 9 dia masuk departure hall, dan aku tak lihat muka dia lagi sampai la skrg... sampai la tahun depan.. tapi takpe, lagi cepat dia pegi lagi cepat la dia balik...
Anyway, aku sekali lagi nak kata terima kasih kepada semua kengkawan aku sudi berjumpa dgn kami kat midvalley dan singgah ke rumah. Dan terima kasih yg tak terhingga kepada kengkawan yg lagi 5 org tu, mmg lah aku akui, kita semua cam dah sampai tahap saling berkasih2 sayang gamaknya ek? hehehe.. (ish, cam bercinta beramai2 la plak..). Apa2pun, aku gembira sbb ada korg.. kalau tak meraung jugak la aku sensorang kat KLIA tu.. hehehe
Sampai di sini sahaja.. aku akan memblog lagi lepas Leen balik..
iye ke??? ehehehe... acah je tu! Mana tahan tak memblog lelama. huhuuuu