Hujung minggu haritu aku ni kengkononnya nak gi tgk wayang cerita Narnia. Dan sbb tiket kat kl susah giler nak dpt, ingatkan boleh la gi kat mana2 panggung wayang kat mana2 kampung. Sekali tu, dah beratur sampai 45 minit (sbb kaunter tiket lambat bukak.. beruang sungguh!), aku baru la tau yg Narnia cuma ada ditayangkan time malam sahaja. Makin beruang. Last2 sbb taknak rasa bengkek dan beratur lama, aku pun mengambil keputusan utk tgk cerita King Kong, w/pun dlm hati meronta2 mengamuk taknak tgk cerita tu. Sbb aku ni peminat kucing, dan bukannya peminat beruk dan keluarga beruk. Tapi alang2 dah tertengok tu kan, baik la aku tulih je pasal cerita tu, sbb sebenarnya lepas tgk cerita tu ada jugak benda yg best. Nak tau apa yg best? hahaha... baca je ler.
Aku mmg tak pernah tgk cerita King Kong yg zaman dedolu. Atas sebab yg sama kenapa aku taknak tgk cerita ni on the first place. Maka aku bukanlah manusia yg boleh bercerita pasal kebezaan teknik penggambaran dan kecanggihan filem yg baru nih.
Filem King Kong yg aku tgk ni secara keseluruhannya berkisar pasal seorang pengarah yg nak buat filem kat satu pulau yg belum pernah dijumpai. Dia pergi ke sana dgn satu krew anak kapal, hero, heroin, penulis skrip dan krew penggambaran. Sampai ke sana diorg terjumpa dgn tribe org asli yg memerlukan ompompuan yg kena diberi kat sang king kong. Dan dgn bangganya si heroin filem tu plak yg terpilih. Mmg mulanya pompuan ni takut rabak la kena tinggal dgn king kong. Tapi lepas King kong jaga dan lindungi dia dr ancaman puak dinosaur, akhirnya diorg ni jadik baik la jugak.
Manusia2 lain yg turut serta dlm penggambaran filem tu plak tu cuba nak selamatkan sang heroin utk dibawa balik. Nasib baik la heroin ni ada affair ala2 chenta dgn sang penulis skrip. At least ada la jugak yg beria2 nak menyelamatkan dia. Pastu debak debuk, heroin tu dapat diselamatkan dan king kong di tangkap utk dijadikan tarikan kat teater broadway.
Pastu... kingkong pun berlakon panjat2 bangunan dgn heroin tu, yg ala2 dah tersayang kat king kong. Pastu... king kong pun mati. haha. Blasah la, kalau korg nak tau cerita yg sebenarnya sure korg gi tgk kan. Aku mmg terkenal dgn ketidakpandaian mengomen pasal filim...
Yg aku rasa aku boleh buat ialah mengomen pasal heroin filim tu. Fehlemekkkk.. Naomi Watts mmg gemparkz gilerz. Aku mmg dah lama minat dia punya lakonan. Bagi aku Naomi Watts mmg salah seorang pelakon pompuan yg mmg cun gaban dan jugak sungguh terrer berlakon. Contohnya masa tahun Charlize Theron menang Academy Award (Monster) dia mmg sokmo turut tercalon melalui filem 21 grams. Tapi akak Charlize lg mengancam... takde rezeki Naomi ler.
Dalam cerita tu aku pun tak tau kenapa dia kelihatan sungguh sedap mata memandang. Adakah sebab kakinya kah, ataupun giginya yg cumil itu, ataupun baju yg dipakai, ataupun rambut ala2 rintin'2, ataupun pada awal cerita selama lebih kurang 5 saat dia keluar dgn keadaan bermisai dan berpakaian seperti Kitty Butler (watak cerita Tipping The Velvet)? Mmg sesungguhnya ada sesuatu pada Naomi Watts dlm cerita itu yg membuatkan aku tak berkelip2 mata tgk dia. Heish... apa ilmu tuan hamba pakai?
Jadi aku cadangkan kepada sesapa yg nak menonton pompuan chantek (terutamanya yg boleh menganggap Naomi Watts tu chun!) aku cadangkan tgk la cerita ini. Tiga jam cuci mata u!! Dan sesungguhnya selepas menonton cerita King Kong aku sungguh terpanggil utk membeli dan mencari DVD Mulholland Drive. Sapa ada DVD tu? Jual kat aku bleh? haha..