October 27, 2005

Kad Raya Terbukak...(yang takde gambo)

Assalamualaikum/Salam sejahtera semua.

Rasanya lepas ni aku takkan memblog selama seminggu sbb aku nak beraya yea yea. So, ini lah masanya aku nak mengucapkan selamat hari raya serta maaf zahir dan batin (kalau ada la melibatkan hal2 batiniah) kepada semua pembaca blog aku yang setia membaca (w/pun aku suka tulis bebenda sungguh poyo..) dan saban hari meninggalkan komen2 dan respons kat sini, yang dapat membuahkan bibit2 perkenalan gituu...

Kepada partner, gelpren dan dotdotdot ku...
chefD aka Leen..
Maafkan segala salah silap saya. Terkasar bahasa, termengata, terbuat bebenda tak senonoh, tertakbuat bebenda baik, tersinggung hari, terguris perasaan... saya mohon ampun bbnyk. Terimalah saya sebagai pasangan awak dgn ikhlas walaupun sebagai seorang sahabat dan kekasih, saya ni banyak sgt yg kurangnya...

Kepada kengkawan rapatku yg aku selalu/pernah jumpa...
uL, aD, nasik, is, anne...
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik, menyeronokkan dan dependable (ey, apa ommelayu cakap benda ni eh?). Aku mintak ampun dan maaf sekiranya ada penulisan kat blog ni ataupun kat blog korang yg membuatkan korang terasa. Semoga korg semua akan terus menulis demi memartabatkan orang2 yg boleh membaca. hehehe

Kepada kengkawan yg takde blog tapi selalu/pernah jumpa...
yatie, javabeans, lily lotus, hata, along & partner & princess, (kalau la princess ni baca blog kan.. hehe),
ema, icy_hands...
w/pun saya tak dapat memasuki dunia 'terdalam' korang melalui blog, tapi rasanya sepanjang pertemuan perborakan, byk benda yg telah dipelajari dan membuka minda saya dalam mengenali manusia2 yang menarik yg tertabir di muka bumi malaysia. Maafkan segala perbuatan2 yg tak patut yg pernah saya terbuat sepanjang kita dok borak2, berpantun dan bermain daun terup bersama.

Buat semua pembaca blog ni yg ada dan selalu meninggalkan tanda2 (w/pun tak pernah jumpa)...
pelita, lia, ct, aliens, han, rockstar, armie, kuryu, pires, eid, dian, effie, cicak, rozek, manis, MC, misseinz, odbiohazard, nm, aishacomel, intan, ja, elsilver...
Mmg aku tak pernah jumpa korang, dan korang pun ada jugak yg masuk blog sekali je kan kan? Tapi aku nak jugak ucapkan selamat hari raya dan mintak maaf kalau ada penulisan aku kat blog ni yg menyengat korang2 semua. Semoga gumbira di hari raya ini.

Last sekali, kepada sesapa yg aku tak teringat dan tak tahu nama nak ditulis kat sini, tapi setia membaca blog aku ni, dan jugak kawan2 aku yg aku tak mampu nak tulis nama kat sini... Aku pun nak mintak ampun bebanyak kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terlibatkan buruk sangka, terlebih2 dan terover2 buat bebenda tah pape tah. Harap maaf. Semoga akhirnya Ramadhan tahun ini memberikan satu sinar baru yang lebih bererti dalam kehidupan kita. Dan marilah kita hidup dan bersahabat dengan rasa keikhlasan yg terdalam.

Wassalam...

October 26, 2005

Aku yang mabuk hindustan lagi??!! ish ish ish...

Tujhe dekha to yeh jaana saanammm,
Pyaar hota hai deewana saanamm..

haha.. aku nyanyi lagu hindustan. Kalau sesapa yg pernah minat hindustan, takpun minat shahrukh khan atau kajol, sure la tau lagu tu. Tapi kalau sesapa yg mmg tak pernah tgk pilim hindi, kompom la tak tau lagu tu kan. Dan kalau sesapa yg rasa anti-hindustan giler2 punya, baik takyah baca blog aku utk harini, sbb nnt korang kutuk aku.. tak best aah cenggitu kan. heheheh

Nih aku nak bekabo sket yg semalam aku baca sokkabo yg tak baru dan jugak tak lama sangat. Dalam sokkabo tu bgtau yg pilim Dilwale Dulhania Le Jayenge tu telah ditayangkan di satu pawagam kat India nun selama 500 minggu. Giler babas betul. Cuba korang kira2 balik, setahun ada dlm lebih kurang 50 minggu. 500 minggu??? Tak ke dalam 10 tahun gitu. Kiranya pilim ni telah ditayangkan kat pawagam sejak tahun 1995. Tahun aku baru2 berkapel dgn ChefD lagi. Menurut berita tu, average pawagam tu boleh dapat dalam 60% penuh. Ganas betul org India ni tgk movie. hehehe....

Tapi aku mmg masa2 awal2 kerja dulu sungguh suka tgk hindustan. Kiranya semua cerita yg ala2 best dan pernah best aku sapu beli vcd. Tak kira la, ori ke... pirate ke... aku tak berkira pun. Sbb nak tgk punya pasal. Pada pendapat aku masa tu heroinnya cun melecun belaka dan rupa mereka macam org hindi dan bukannya macam minah saleha. Pastu lelagu diorg pun mmg menyentap jiwa raga lah.

Masa is dgn anne dtg umah aku haritu, kitorg berborak la jugak pasal lelagu hindustan yg mmg best2. Tak sangka aku diorg pun gemo cerita hindustan ropanya. Bagi aku, kalau pilim tu musik nya disusun oleh Jatin Lalit mmg best2 la. Contoh pilim2 yg diorg buat lagu cam cerita Dilwale Dulhania, Kuch2HotaHai, Mohabbattein, Kabhi Khushi, Dil Kya Kare, dan jugak Yes Boss. heh heh.. kalu kaki hindustan zaman2 tu sure tau kot lelagu dari dlm filem2 yg aku senaraikan tu.

Tapi skrg ni entah ler.. Adakah pilim2 hindustan skrg ni dah makin takbest. Ataupun aku yg dah tua dan tak larat nak tgk. Tapi rasanya mungkin sebab heroin2 hindustan yg aku minat sume dah tarak. Ye la, aku suka Madhuri, Tabu, Kajol,Karisma dan jugak Aishwarya Rai. Tapi rasanya makcik Rai tu je yg ada berlakon sampai la ni. Org lelain dah kawin mawin gamaknya takleh la nak berlakon. Tapi kalau heroin lama yg baru cam Rani Mukherjee, Kareena dgn Preity Zinta tu ok la jugak.

Kalau sesapa ada cadangan cerita apa yg sesuai aku tgk di zaman2 ini, tolong la bgtau. Sbb rasanya pilim last yg aku dok beli vcd ialah Mujhe Dosti Karoge yg pelakonnya hritik roshan, rani dgn kareena. Tu pun sbb ada lagu cecampo yg lelama. Kalau tak entah ler...

Sebelum aku memperabih entry ni, kasik aku nyanyi sket bleh.. hehehe. Sapa tau lagu ni mari menyanyi bersama2 saya!!

Kisi roz tumse, mulaakat hogi
Meri jaan us din, mere saath hogi
Magar kab na jaane, ye barsaat hogi
Mera dil hai pyaasa, mera dil akela
Zara tasveer se tu, nikalke saamne aa
Meri Mehbooba...

trenslesyen, jgn tanya aku yea.. yg aku tau maksud meri mehbooba tu je.. :B

October 25, 2005

Hikayat Malim 'sekapal' Deman 'memblog'

Hari ni tetiba aku ditanya pasal blog. Ada yg nak tau adakah aku salah seorang daripada gengjurnal punya worang. Jawapannya, tidak. Aku ni golongan minoriti. Dan aku banyak baca blog org2 yg sekapal dgn aku. Tapi taklah la plak aku menjawab camtu kat budak yg bertanya tu. Karang.. pecah lobang di aidilfitri la jawabnya. haru.. haru.

Tapi biasak la..bila kena tanya camni, aku pun start la. terpanggil la utk membukak surah 'mengapa aku memblog' Seperti biasa (rasanya ramai dah tau) aku memblog sbb aku nak menulis apa2 yg aku rasa takleh diluahkan di medan realiti yang bertemu muka. Sbb aku ni closeted sengetian, paham2 je la. Ni cerita history sket... Alkisah aku ni mmg suka merapu. Dan aku suka jugak orang memberi komen dan membaca apa yg aku tulis. Dulu aku selalu lepak kat satu msn groups nih. Mmg kat situ jugak la aku menapakkan diri ke dunia sosialinternet. kat situ aku suka la tulis bebenda yg kengkononnya ada isi. Bukan la setakat tulis..'Hi, i baru kat sini, boleh berkenalan??' Itu semua old feshen.. tak koser. Tapi sebab komuniti tu cam ala2 poyo kan.. maka penulisan yg ada isi2 kandungan ni tidak dilayan, tapi org nak berkenalan tu plak laaah yg mendapat ramai komen.

Bertitik tolak dari situ aku rasa cam.. ini tak boleh jadik. Aku nak jugak menulis bebenda berisi. Nak jugak org baca, dan nak jugak orang komen. Maka aku pun mula lah menulis blog. Blog yg pertama aku tulis dalam bahasa omputeh. Kengkonon terer la, tapi ayat tunggang tonggeng tak hengat. Sebenarnya aku mmg foul sket skiping London nih, makan beskot almond london buleh ler.. Dan blog ni ada lah jugak dibaca oleh org lain.
W/pun satu hari dua tiga hit je. Jadik la, janji aku ada ruang utk aku mengarau dan ada insan2 yg sudi nak baca. Tapi yg takbestnya kat blog ni aku menulis dgn harapan boleh mengeluarkan kesengetan aku. Tapi tak mampu pasal aku guna nama glamer time sekolah. Karang ada yg kenal, tak ke kantoi.

Sambil2 memaintain blog omputeh tu, aku kemudian rasa teringin la plak menulis dalam bahasa ibunda (w/pun hakikatnya dah ku kitai bahasa ibunda nih!). So, aku berpindah la ke satu blog yg dihoskan oleh MBC@ (Malaysia Blog Central). Tapi jangkahayat blog tu tak lama, pasal server diorg sokmo kiok. Harini aku update, esok ilang. Pastu ilang lagi. Sampai satu masa diorg delete semua akaun dan mintak dibuat baru. tak koser la plak aku nak membuat layout baru. So aku berhambus je la. Karang gaduh dengan server lagi. Dan baru2 ni aku tgk cam dah takde je site tu. Kong lagi kot. mueheheh

Lepas MBC aku pegi kat blurty utk menghoskan blog aku. Kat situ la bermulanya pengembaraan seorang kapal. Mmg niat asalnya aku hanya nak mengaku kesengetan aku. Takde la plak teringin untuk mendedahkan identiti sebenar. Tapi akhirnya bila ada jumpa org2 yg sama sesenget, pastu terkeluar la jugak rasa nak berkawan2. Aku akhirnya kensel segala niat nak menjadi 'Kapal Misteri'. La ni, tak misteri lagi la, pasal kebanyakan korang2 dah pernah nampak muka hampir-melotup aku ni kan? Dan aku rasa gumbira teramat sangat sebab ada jugak org nak baca blog aku. Selama ni aku je dok baca blog orang. Timakasih bbnyk kepada yg sudi membaca. Membaca amalan mulia.. heheh.

La ni aku dah melangut kat blogspot. Ini semua gara2 server kat opis ni blok apa2 updating ke blurty server. Mmg poyo. Byk entry aku hilang di tengah jalan. Mmg stress sungguh laaa rasanya. Last2 aku ke blogspot. W/pun partner aku kata layout kat blogspot ni tak se'best' cam kat blurty dulu, takpe la, aku minta dia pasrah je. Takde masa sgt aku nak membelek layout2 nih. Baik aku belek dia je, lagi best!

Aku harap, aku akan terus dikurniakan idea2 yg menarik untuk menulis blog. Pasal aku juga merupakan pembaca setia blog aku sendiri (sungguh self centered!). Dan aku harap korang jgn la serik utk terus membaca dan mengomen apa yg aku tulis. Dan dgn timbulnya byk2 blog sesenget, sesama la kita saling sokong menyokong dan kalau ada sikit tak puas hati tu, jgn la sampai kutuk mengutuk. Simpan sendiri sudah la.
InsyaAllah lelama ilang la rasa sakit hati tu.

Soalan terkumpul... ada tak sesapa yg baca blog sekapal.blogspot.com sewaktu aku aktif mengupdate di blurty?? heheheh...
Dah la.. mari kita tuko duit raya.

October 24, 2005

Berbicara pasal menguap. Ngantuk? Bosan? atau Hobi?

Hari ni aku dibelenggu kengantukan yang melampaui batas kemanusiaan waras. Kepala aku sampai naik pening2 dibuatnya. Nak bukak mata, tak lalu... tapi kalau ditutup mata ni, jawabnya time buka nnt la baru boleh tersedar. Sungguh kurang sopan aku ini. hehe.. Ngantuk ni sebenarnya tidak membawa masalah kat opis kalau takde sebarang tanda2 kengantukan. Setakat melangut takbuat apa2 depan PC, masih boleh diterima la..

Tapi masalahnya ialah, mengantuk ni membuatkan kita menguap, ataupun aku lebih suka guna perkataan sangap. Fuhhh... sedapnyaaa sangap... huarghhhhhhhh!! Kenapakah, apabila kita ngantuk, kita akan menguap? Mari sesama baca apa aku nak tulis pasal sangap menguap. huarghhh...

Sebelum kita pergi kepada isu, kenapa menguap, aku ada jumpa beberapa fakta menarik pasal menguap nih. Kalau korang kira2 balik, sekali uwapan itu mengambil masa (purata) lebih kurang selama enam saat. heish, lama tu. Kalau sepuluh kali menguap, dah selamat seminit dalam hidup kita diperabih utk menguap sahaja. Mmg dasat. Satu lagi perkara pasal menguap yang menarik ialah... ia boleh berjangkit. Kalau tak caya, cuma perati org yg sedang menguap. Nescaya lepas beberapa saat, korang plak yang start menguap. Hah, cepat, cuit org sebelah suruh menguap. Test betul tak fakta yg aku tulih nih.

Satu punca menguap yang diketahui umum ialah sbb otak kita kurang oksigen dan nak buang segala mala karbon dioksida yang terlebih2. Menurut cerita saintifiknya, bila kita rasa letih, mengantuk dan jugak bosan, kita akan bernapas dgn lebih perlahan. Maka, kureng oksigen akan sampai ke peparu, dan jugak kureng karbon dioksida yg boleh dikeluarkan dari darah. Jadi badan kita pun tak tahan la... mana tahan byk sgt karbon dioksida, so otak pun kata.."Cepattt!! tarik napassss!!", kita yg manot dengar apa otak cakap ni pun terus ngangaaaaa bebeso, amik masuk oksigen dan buang karbon dioksida. Itu la menguapnya... tapi kan... kalau kita bersenam, pun memerlukan banyak oksigen. tapi takde plak otak suruh kita menguap. Kalau bersenam, otak akan suruh kita bernapas dgn laju. Pulak.. betul ke kita menguap sbb kurang oksigen??? hmmm.. kompius makcik.

Ada jugak teori yang menyatakan menguap adalah sbb badan kita nak stretch, ataupun nak mengeliat. Sbb bila menguap, semua otot2 cam diregangkan dgn berleluasa terutamanya otot rahang. Hmmm.. apa kata korang try mengeliat kejap. Tgk, menguap ke tidak... Satu, dua, mula..! hehe...

Ntahlah.. nampaknya sains masih jugak tak jumpa satu kata putus yg jitu kenapa manusia menguap. tapi rasanya, misteri tu boleh diungkaikan jugak kot. Ini aku bagi sebab2 kenapa kita menguap, hasil aku memandai sorang2:
  1. Hint kat partner kita supaya dia tau kita nak masuk bilik dah.. ehem ehem..
  2. Supaya org yg bagi ceramah/cikgu tau yg kita dah ngantuk, so, buat la aktiviti yg menarik sket.
  3. Menunjukkan waktu dah malam. Kengkadang org dok opis gelap, pastu tak bawak jam, tak tau hari dah malam. So, kalau menguap tu sah la hari dah malam.
  4. Tetiba rasa bosan tak tau nak buat apa. Kalau kacau org sebelah karang kena baling dgn pensil, baik la menguap.
  5. Dah mmg hobi menguap. Kalau tak menguap rasa tak ceria dunia ini.
  6. Sehari suntuk tak bukak mulut pasal asyik berkomunikasi dgn jari, so bila menguap paling2 ada la jugak pergerakan mulut tuh...
  7. Sbb dok baca entry blog aku ni yg sokmo ada perkataan menguap (dan jugak sedikit membosankan)...

bluek.. :p

pi la tido...! hehehe..

October 21, 2005

Aku yg cepat kompius dan suka berahsia (kononnya...)

Harini kemain sedap lagi pi keja. Jalan langsung tak jem. Ini lah kelebihan org yg dok di Selangor tapi keja di KL. Semua org yg kat keliling umah tu tak pegi keja dan jugak tak pegi sekolah. Dan harini takde la keta aku meraung naik bukit yg poyo tu dgn gear satu. Kalau tidak.. mmg terseksa enjin keta tu, dgn kaki2 aku sekali merana mengejas klac. Boleh bocor mambang. Dan sbb harini ramai yg bercuti kat opis aku ni, tghari td lengang la jugak opis nih. Dapat makcik menerawang kat YM yg telah berkurun lama aku tak jengok.

Mmg sebenarnya dah berkurun lama aku tak masuk berYM dgn manusia lain. Ini la padahnya bekerja di kompeni IT yg tidak memberikan kemudahan berinternet yg berterusan. Mmg poyo. Baik takyah mengaku kompeni IT. Mengaku je la kompeni sokkabo ke, buat kopok lekor ke.. lagi best. Dapat kopok lekor free...

er.. balik semula cerita YM tadi. hehehe. Aku masa memula dulu tak berapa suka Yahoo messenger ni. Aku lebih suka MSN lagi. Sebabnya ialah lebih laju bila berborak guna MSN messenger bbdg guna Yahoo. Sokmo DC. Cuma masalah MSN ialah, emoticon yg tak cumil dan jugak senang diblok di memana opis. heh heh heh. Aku pernah jugak ada ICQ dulu. Tapi masalah ICQ ialah dia guna nombor kemain banyak lagi... dan aku yg ala2 lembeb nih mmg tak pernah hapal nombor tu. Tapi skrg ni sbb ramai yg menyampah nak guna hotmail, dan lebih seronot guna yahoo... rasanya YM ada pilihan utama la kot.

Dan disebabkan YM memerlukan Yahoo ID, aku boleh agak la, ada di antara korang2 ni yg ada menimbun email yahoo. Semata2 utk digunakan utk mengorat. Eh, apa? takde ke? Takkan aku sorg je yg ada byk email kot??

Dulu aku suka pakai bbnyk ID sbb aku kuat menyamo. Dgn pompuan ni aku kata lain, dgn yg ni aku mengaku jadik lain. Dan kengkadang sesaja seronok2 nak menyakat kengkawan yg dah kenal. Main surprise2 la konon. Poyo je. Tapi kengkadang tu dgn bangganya terkantoi jugak. Padan la dgn muka i ni comel ni.. Cuma ni cerita dulu la, skrg ni aku dah takde bakat nak mengayat menggunakan jari lagi. Semua jari dah contot cenontot belaka. Pasal apa? ChefD dah kerat. mueheheh.

Tapi sebenonya banyak2 email ni susah. Sbb lama2 boleh jadik kompius nak maintain. Cam aku la, email "onlymichiru' ni hanya diberikan kepada kengkawan yg tau aku senget sahaja. Yg tak senget karang.. kalau tak.. kantoi la kesengetan aku. So aku ada la bbrp email lain yg digunakan utk kegunaan ofisyel, kegunaan tak ofisyel tetapi tegak dan jugak utk kegunaan register kat website2 yg hanya percuma dalam masa yg terhad sahaja. Hakikatnya, aku mmg selalu akan check e mail yg tersenget je. Yg lain tu aku check setakat sebulan/dua bulan sekali. Watpe nak check selalu kan...Tapi ini boleh menyebabkan berlaku banyak masalah. Tak caya? Baca situasi2 kat bawah ni...

Situasi 1:
Tgh laju berYM dgn kengkawan senget, tetiba opismate pun dtg menjengok. dan mintak Yahoo ID. Dgn poyonya aku bagi la ID yg lain. Tup2 tiga minit lepas tu, dia pun online dan jerit dr jauh... "Kapal.. apsal kau tak online?" Apa patut aku jawab??
A. Saya invisible
B. Mana ada, PC akak tu yg problem
C. Haha.. itu ID yg saya jarang guna. Padan muka, tak malu mintak ID org.. huhu

Situasi 2:
Ada kawan stret yg selalulaaa suka forward email2 dan jugak gegambo dia berjalan merata Indonesia. Sbb aku jarang check email yg stret tu, maka aku mmg ketinggalan zamanlah. Selalu tak sempat tgk gegambo dia. Pastu bila dia tanya jawapan aku selalulah takde masa nak check email. Kata lah ada satu hari aku bercerita kat dia
yg aku dok terima email2 menarik... dia pun tanya.. "Ha.. kau check email tu, tgk tak gambo aku?" Sekali lagi aku akan kompius tak tau nak jawab apa.
A. Ada.. ada.. er.. mmg cantik gambo kat sana tu.
B. Eh, tak dapat pun. Agaknya berat sgt kot. Tak termasuk dlm mail aku.
C. Aku cakap pasal email aku yg lagi satu. Hehe... kau ingat email adress aku satu je ke???

Situasi 3:
Bila boss nak hantar dokumen yg beberat sket. Aku ni takde email opis, so aku bagi je la email address hotmail yg poyo tu. (Aku hanya ada ofisyel email kat hotmail sahaja..). Pastu bila mail tu bounce. Boss aku pun hangin la.. dia akan tanya.. "Kapal, kau ni, takde yahoo mail ke? Senang sket nak hanto dokumen beberat" Aku nak jawab ada... mmg ada, tapi address poyo ler. Nak jawab takde.. menipu.. apa aku nak jawab??
A. Saya anti yahoo boss. Hidup hotmail!!
B. Alahai.. takkan hotmail ni dah penuh lagi, jap saya cleankan ye boss..
C. Ada email yahoo. Tapi kalau saya bgtau karang, boss tau la saya ni lesbian. Pecah la rahsia saya..

hehehee..kesimpulannya, buat macam partner aku. Email dia yg tu satu lah. Ofisyel, tegak, maupun senget. Aku ni byk sgt yg nak dikaber, taknak yg senget tau nama betul aku, taknak yg stret tau aku senget, taknak campo yg ofisyel dgn yg tidak. Ini lah padahnya..

Hmmm... mmg lah, aku ni suka berahsia rupanya.. keh keh keh

October 20, 2005

Aku yg tak tau nak tulis apa, tapi nak tulis jugak...

Hari ini dengan bangganya aku nak bgtau yg aku bangun awal. Muahaha... Walaupun tido lewat mlm tadi, tapi aku masih berjaya bangun awal. Buat kali keduanya dlm bulan Ramadhan ini aku dapat masuk opis tanpa terlewat. Tahniah kepada aku. hehe*iklan promo diri tamat di sini*

Hari ni sebenarnya cam takde benda menarik yg boleh aku tulis. Sbb yg menarik dah tertulis semalam kan.. heheh. Eh jap.. ada, ada. Mlm tadi ada benda menarik berlaku. Sbb mlm tadi ada org bawak aku (dan bbrp prg lagi pegi melawat ke satu tempat yg menarik. Aku tak tau pun ada nama tempat tu. Tapi kalau tak salah dengo dgn teliga comel aku nih, org tu kata Bukit Percintaan. ye ke? Bila aku kata tempat tu cam Lurah Percintaan.. gelpren aku marah plak.. Kenapa dia marah, aku pun tak tau.

Tapi tempat tu mmg menarik sebab dia kat kawasan yg tinggi, ada byk rumah beso2 yg takde org duduk.. (jengjengjeng...!) Dan dapat memandang dengan panjang lebarnya kawasan yg ada byk2 lampu. (Aku ni sungguh tak pandai nak describe la plak). Apa2pun, tpt tu mmg menarik gilos utk org yg tgh hangat berchenta utk merendek2 (ish ish ish, bulan Ramadhan kapalllllll..).

Aku ni.. mula2 berchenta masa zaman sekolah. Balik2 merendek bawah ampai, blkg blok, kat bawah pokok, dalam kelas... Takde tpt yg menarik langsung. At least kalau memula berchenta time dah berduit sket, pastu dah ada kenderaan, boleh gak pegi taman boye ke, taman tasik, pastu dating2 kat tpt keles2 sket. Ni tidak, balik2 pi mkn KFC. Itu je la yg termampu. Kalau nak dikirakan memori KFC aku mmg menarik. Nnt la bila ada masa aku tulis lelebih sket.

Kesimpulan drpd entry yg berterabur ni (maklumla.. org dah nak balik nih!!) korg2 yg mula berchenta di waktu dah stabil ni tak rugi. Sbb boleh pergi berdating ke merata alam buana, mkn benda yg best2, jenjalan naik keta sendiri, takyahhhhhh terkeseng2 dalam bas (sesiapa yg ada pengalaman bercinta dlm bas sure leh bayangkan camna gayanya terkeseng2 tuh). Eh, dah dah.. aku nak balik, esok la kot baru aku tulis blog ni bebetul eh.. eheh babai..

October 19, 2005

Kehidupan aku yg dipengaruhi oleh objek yg tidak bernyawa...

Dialah sebab aku suka warna hijau. Keta kaler ijau, baju raya kaler ijau, blog kaler ijau, nasib baik rambut aku tak kaler ijau.

Dialah yang menyebabkan aku memiliki email address sebagaimana yang ada sekarang ini.

Dialah yang membuka minda aku untuk tiba2 ada minat melampau2 kat bebenda yg berkaitan dgn Jepun ni. Walaupun pada hakikatnya aku mmg tak pernah nampak sorang pun manusia jepun yg bebetul berkenan kat mata aku. Selepas mengenali dia, baru minda aku lebih terbukak untuk mengetahui anime2 yang berunsurkan kesengetan. Rupanya mmg banyak!! Bukan setakat cerita Jepun je, bertitik tolak dari itu jugak lah aku mula pandai explore segala mala siri TV/movie lain yg jugak senget. Dia yg menggalakkan aku untuk terus membuat research lagi dan lagi.

Dialah yang menemani aku dalam lena diwaktu aku rasa sungguh berada di bahagian bawah tayar kehidupan. Sbb aku rasa memikirkan satu yang tidak wujud adalah lebih menenangkan berbanding memikirkan bebenda yg wujud, hidup dan bernyawa tapi menyakitkan hati.

Melalui dia jugalah aku mula mengenali komuniti2 senget yang ada berlambak2 kat dalam internet. Secara tidak langsung, aku mula bebetul menerima kesengetan diri sendiri. Sebenarnya hanya selepas aku menerima dan pasrah akan kesengetan diri ini, barulah aku rasa dunia boleh menerima aku sebagai manusia... walaupun senget.

Dialah yang menyebabkan aku terinspirasi untuk menulis fanfic. Walaupun byk cerita yg aku tulis tak abis. Tapi at least untuk mendapat satu tolakan menulis tu sudah cukup bagus ler. Sebab suka menulis fanfic, akujadik gian menulis. Dan sbb tulis fanfic takde idea, aku lebih berkenan plak untuk menulis mengenai aku, dan aku, dan aku. Maka jadiklah aku seorang blogger poyo.

Bagi aku dialah icon femme yang utama.. 'The Ultimate Femme Icon'. Dan sebab dia bukan manusia, segala2nya adalah terlalu sempurna untuk seorang watak buatan manusia yang dikenali sebagai...
'Michiru Kaiou'.



Whatever sadness may come,
I will not be hurt again,
If I have you with me...

October 18, 2005

Pemilihan nickname dalam chatroom. Boleh pecah kepala jugak ler..

Rasanya semua org yg pernah/sedang/akan baca blog aku ni musti pernah menjerumuskan diri dalam dunia online chat. Tak kira la chat kat memana bilik-borak, ataupun kat memana messenger yg melambak2 kat dalam dunia nih. Aku mmg dulu pernah regular kat chatroom MSN Opis beberapa tahun lepas. Tu je la pengalaman aku berborak kat bilik2. Pastu bila msn suruh pemborak2 ni bayo utk berborak, malas la nak layan lagi. Dan lepas tu aku konsentret guna messenger je la. Percaya atau tidak aku mmg tak pernah chat kat IRC.. bukan sahaja tak pernah, malahan tak reti. Mmg sampai skrg aku tak goti nak connect ke IRC tu.. Buta IT sungguh laa. Dan hasilnya, mmg sampai la ni aku tak pernah masuk chatroom senget. Rugi betul! Hilang satu peluang nak mengorat.. mueheheh

OK, abih la dgn kebengkakan aku tak reti berIRC, nih aku nak tulis sket pasal meletakkan tapak di dalam chatroom. Sebenarnya bukannya senang nak dapat kawan dlm chatroom. Macam aku dulu, masa memula masuk mmg ala2 budak poyo masuk chatroom. Semua org cam dah kenal antara satu sama lain, tapi kita ni.. dok terpinga2 je sensorang. Cuma satu perkara yg aku boleh pasti la... kalau nickname kita menarik, selalunya akan laju je org nak menegur dan menyapa. Kesimpulannya mmg pemilihan nickname yg bijak adalah satu cara untuk menaikkan saham kat dalam chatroom. Kalau kita perati bebaik ada memacam style nickname yg digunakan oleh org2 ni.. (termasuklah akorang dan jugak korang2 semua).

Ada tu suka menggunakan nama betul. Kengkadang dicontotkan, kengkadang tu guna nama dalam surat beranak lagi! Kemain kompiden lagi mereka itu. Contohnya diorg ni gunakan nama cam Jee, Melur, Farah, Eton, Leha dan cemacam lagi la.
Ada jugak yg lebih kreatip sket, ditambahnya satu pktn kat blkg nama diorg tu. Contohnya cam Jijah_anggun, Tipah_duku, Mona_money dan byk lagi la nama yg aku kompom takleh tulis semua.
Aku mmg sori la nak guna nama surat banak, sbb nnt aku takkan dapat mencapai target audience yg aku nak. Kalau aku nak guna nama betul utk chat la, nescaya aku berpotensi utk diayat oleh jejantans ataupun yg seganas dengannya.. sungguh tak seswai!

Ada jugak yg suka menggunakan cilok nama betul org lain utk dibuat nickname. Yg biasa kena cilok ni macam nama2 artis/watak katun/anime dan kengkadang nama kawan baik punnn boleh dicilok. Diorg ni kengkadang rasa nak jadik cam glamer2 gitu, tapi sebenarnya... macam boleh. huahuahua.
Contohnya cam chatters yg dok guna nama cam Nobita, Britney_malaya, Haruka_tenou, powerpuffgrrrls, maupun Maya_Karin_tiputipu.
Aku??? hehehe.. mmg gemo guna nama org lain ni. Maklumlah, berahsia kunun. mueheheh.

Ada jugak chatters yg suka menggunakan kata sifat. Kiranya nickname yg dipilih tu melambangkan diri mereka sebenar la kot. Kot kot kot...
Ini cam org yg guna nama gua_hensem, chantek_jelita, sukamakanasampodeh, gadis_andro, ataupun tinggi_camodel.

Kalau kita tgk lagi ada jugak yg suka pakai nickname guna nama ntah apa2 barang tah. Ada tu guna nama barang yg diorg suka. Contohnya kalau org tu suka henpon nokia, nickname dia henpon_nokia. kalau yg suka sport rim, dia letak la nama sport_rim. Kalau org tu suka pakai perfume dolce vita.. dia letak la nama dolce_vita. Ramai jugak yg suka letak nombor plet keta buat nickname. Aku time chat dulu takde keta. Letak no plet bas metro boleh la kot..

Ada tu suka letak nama barang2 jugak, tapi main boh je barang2 tu. Kes takde idea la ni. Ni cam org yg guna nickname baldi_biru, suarkecik, kibod_rosak, beruangkutub, pen_merah, epal_ijau.. dan cemacam lagi la nama yg mengarut. Tapi aku mmg sungguh tertarik dgn org yg guna nama mengarut2 ni. Kreatip sungguh laaaaa hai!

Agak2 korg boleh tak list balik nama2 yg pernah korg guna masa dlm chatroom? hehehe.. Kalau yg guna setakat dua tiga nama tu ok la kot. Cam aku yg suka mengayat dlm chatroom ni, mmg byk nickname. Sampai dah terlupa2 dibuatnya. Tapi kan, nickname yg korang pilih secara tidak langsung melambangkan keperibadian korang. Dan sebenarnya, kita jugak memilih jenis2 nickname yg tertentu utk diajak berborak.
Soalannya.. betul atau tidak? huhuhu

Macam aku... aku lebih suka borak dgn nama2 yg mencerminkan kelembutan + keayuan ataupun nama2 yg poyo. Kalau nama cam sportrim, abang_hensem tu.. sori la. I tak taste lerr...

October 17, 2005

yg tbaik utk kita mungkin dtg dlm beg plestik bising kaler merah yg x menarik

Fuh, ujung minggu haritu aku dapat jugak balik kg sesama dgn gelpren aku. heheh.. mmg dah lama sungguh dia tak ikut aku balik. Takpe le, sbb ikut balik kg aku, dpt la jugak minah tu berehat dan menjadik gombal sepanjang hari.. (hehe, jgn marah ye yang..)

Masa kat sana tu ntah apa tah angin dia, tetiba sibuk plak nak menengok cerita hindustan. Er.. bukan nengok cerita, tapi dok nengok Aishwarya Rai menari dgn Madhuri dalam cerita Devdas. heheh.. mmg la seronok tgk, pasal diorg duorang mmg terrer menari tarian tradisional india. Pada pendapat aku, cuma Aishwarya, Madhuri dgn Tabu je yg boleh menari tarian tradisional tu dgn pergerakan yg best gaban. Kepada sesapa yg tak tgk hindustan dan tak pernah tau heroin2 hindustan tu, setuju je la dgn aku ye.

OK, bab tgk hindustan tu tak abih kat situ, sampai balik ke kl pun masih lagi angin hindustan bertiup. Kemain rajin lagi la dia menyelongkar balik cd2 lama sbb nak tgk video clip yg ada aishwarya rai. Mmg bagus la gelpren aku. Suka tgk tv jugak rupanya. Tapi rasanya bukan TV yg dia suka, Aishwarya Rai yg dia suka.. blasah la.

Aishwarya Rai & Hum Dil De Chuke Sanam
Nih, cerita pasal Aishwarya Rai nih, aku paling suka sekali masa dia berlakon cerita 'Hum Dil De Chuke Sanam' sesama dgn Ajay Devgan dan Salman Khan. Melalui cerita ni jugak la dia menang Pelakon Wanita Terbaik dalam tahun 2000 dlm pelbagai award kat India termasuklah Filmfare dan jugak IIFA. Tapi mmg tgk cerita ni sungguh puas hati betul la. Sesapa yg tak pernah tgk, baik la cari cd cerita ni.. memang berbaloi!! (dah la ada pompuan cun!)

Meh sini aku cerita sket. Cerita ni mengisahkan pompuan yg bernama Nandini yg dok cintan maut la dgn sorg lelaki (Sameer) yg boleh tahan hensem, romantik, menarik, pandai menyanyi.. pendek kata, mmg best la utk dijadikan cinta sejati. Tapi pastu ada la plak sorang mamat skema (Vanraj) dan tak ensem ni plak suka kat Nandini.

Vanraj ni mamat skema, sah2 la bila minat kat pompuan, pegi la meminang kan, buatpe nak dok cintan-cintun cam poyo. Sekali tu mak bapak Nandini pun setuju ler dan kawinkan Nandini dgn Vanraj. Si Sameer plak meraung2 bawak diri balik ke kg halamannya. Tapi w/pun dah kawin, si Nandini masih giler kat buiprennya dan malas nak layan laki dia. Dahtu laki dia ni pun kesian, dan dok ajak Nandini sesama carik buiprennya. So, memacam la rintangan yg dihadapi dan mamat Vanraj ni giler sabo la dapat bini cenggitu. kalau aku, aku kawen sama purumpuan lain. huh!

Pastu last2 Nandini dapat jugak jumpa Sameer. Tapi dgn syahdunya, Nandini membuat keputusan utk hidup bersama suaminya yg tak hensem itu...

Moral of the story
Kebanyakan manusia yg normal sentiasa inginkan kekasih yg good-looking, romantis, sungguh gentleman-ly dan ala2 happening dan fofuler gitu. Tapi kenapa plak si Aishwarya Rai yg cun melecun melecet ni terima mamat yg tak berapa hensem, blurr, dan tak happening langsung nih? Rasanya korg yg dah tgk cerita ni mungkin boleh jawab. Bagi aku, aku rasa dia pilih Vanraj sbb mamat ni yang sanggup susah senang bersama dgn dia.

Ini boleh digunapakai jugak utk hubungan korg dgn partner korg yg dah mencapai tahap simbiosis gaban. Kengkadang dan biasanya lah tarikan dari dunia luar terlalu mengghairahkan utk ditolak. Tapi sanggupkah org yg menarik itu bertahan dgn korg sebagaimana pasangan korg? Maka, sebelum menggatal.. pikir lah dulu bbaik.
Siapa je yg sanggup menyintai kita kerana 'diri' kita dan bukannya keta, gaji, henpon, populariti, blog, nickname, bentuk badan maupun rupa...?

October 14, 2005

Jangan bermain kayu

Dalam dunia ni, cemacam barang2 dicipta untuk menyeronokkan kaum umat manusia. Kiranya kalau takde la bebenda acamtu adalah berkemungkinan kehidupan kita akan menjadi blurr dan poyo sepoyo poyo nya. Contohnya cam televisyen, roller coaster, microwave dan juga restoran makanan pantas.

Tapi di samping barang2 tu, manusia ni sebenarnya masih lagi tak cukup seronok. Maka ada la jugak bebenda abstrak yg dicipta sendiri semata2 untuk menhangatkan lagi kehidupan di persada dunia nih (warghahahah... persada dunia kunun...). Aku dapat tau salah satu benda yg membolehkan manusia rasa seronok ialah apabila dia mendapat layanan yg super-baik dr manusia lain. Senang kata, ada manusia yg seronok 'flirt' dgn org lain. Objektif flirt/orat tu adalah atas dasar keseronokan semata2.

Dan sebenarnya, ni nak cakap terang2 la ni yea.. org yg dah ada steady akan lebih boleh flirt dgn lebih steady lagi. Lagi laju ayat2 yg kononnya power meluncur laju dari lidah/jarijemari. Sbbnya, org yg dah ada steady ni dia takde rasa desperate mencari cinta. So diorg ni main tekan je la ayat. Kalau dulu nasik pernah tulis acamna nak detect kalau partner anda main kayu tiga.. harini aku nak tulis plak pasal, acamna nak detect org yg mengorat anda gila2 tu sebenarnya melabel anda sebagai kayu yang ketiga.
  • kalau dia call, cuba tanya kat mana. Sure jawapan dia kat opis, atau dlm keta, atau dlm lrt, takpun kat bazaar ramadhan tgh beli lauk buka. (kengkonon nak tunjuk la yg dia ni buka pose sorg2). Dan kalau call plak selalu di waktu2 pelik seperti awal pagi atau tetengah malam.
  • Bila ditanya 'U ni, betul ke sayang i sorang?' dia akan menjawab sepantas kilat dgn tanpa waswas... 'U sorang je. Percaya lah.'
  • Kalau anda mengajak dia untuk mengambil langkah seterusnya seperti tinggal bersama ataupun bertunang, dia akan cecepat melatah. Cemacam alasan boleh diberikan, tak ready la, duit tak cukup, mak tak kasi kawen lagi, nak berkawan lelama lagi la.. ada je...
  • Sentiasa akan mengelak kalau anda offer diri nak jumpa dia di rumah dia. Sokmo dia je yg nak dtg.
  • Terer mengayat tak tentu arah, cam org dah pro je gayanya.
  • Ada byk masa yg dia takleh angkat tipon. Alasan... tak dengo. Padahal bini/laki ada kat sebelah.
  • Selalu sahaja menyengih kalau ada soklan2 yg berbaur main kayu tiga dikeluarkan.

Dan ada sesetengah org yg steady tu, dia akan flirt dgn org lain yg juga dah ada steady. Cam kengkononnya masing2 boleh flirt, dan dalam masa yg sama, menyelamatkan hubungan yg sedia ada.
Ye la.. kalau org dah kawin berkawan dgn yg belum kawin, ada kemungkinan akan tertarik ke sebelah sana. Tapi kalau yg dah kawin flirt dgn yg dah kawin, sure masing2 kureng senang nak koling2 memalam, tak sesenang nak jumpa... jimat la sket belanja.

Ini boleh lah dikatakan sebagai org main kayu tiga... dok berjiwang dgn org yg mainkayu tiga jugak. Pendek cerita.. diorg ni main kayu enam. muahaha. Tapi percaya atau tidak, cuba korg pikir2 balik... betapa thrillnya kehidupan main kayu enam... Dan betapa sedapnya kepala kalau kena hempuk dgn kayu2 yang enam batang itu. muahaha

October 11, 2005

Hari Raya dan Lagu Raya tak dapat dipisahkan

Berlalu lah sudah Ramadhan... sebulan berpuaaasaaaaaaaaaaaa
Tiba syawal kitaaaaa rayakan... dengan rasa gembiraaaaaaaa


hehe.. aku rasalah, akan ada dua tiga org pembaca yg akan bercakap dalam hati. "Apa hal laaa sekapal nih. Baru hari ke tujuh pose dah nyanyi lagu raya." kan kan? Takpe ah, walaupun aku nyanyi lagu raya, aku setakat ni tak ponteng pose lagi.

Sebenarnya lelagu kat atas tu hanyalah satu daripada bertimbun2 lagu raya yang selalu berkumandang di hujung2 bulan Ramadhan. Kalau sesapa yg dok minat Anuar Zain sure tau sedutan lagu yg aku tulis tu adalah nyanyian dia dgn Elena masa suara dia masih belum pecah lagi. Jadik rasanya peminat2 Anuar Zain paling suka lagu raya yg ni kot... hehehe. Pada aku lagu ni adalah lagu raya yang bertemakan kegembiraan dan kemeriahan. Sbb bebudak yg nyanyi... time raya ni, sapa lagi yg gembira kalu bukan budak2. Aku masa budak2 dulu pun suka raya.. (hmmm.. tapi rasanya sampai sekarang aku suka raya. huhu).

Ada jugak lagu raya yang bertemakan kesedihan. Sedih terkenangkan org tersayang yang dah takde, sedih tak dapat balik raya, sedih gelpren kat kg dah jadik lesbian.. eheh.. silap... dah kawin lain... dan memacam jenis kesedihan lagi lah. Tapi sebenarnya lagu kesedihan ni akan dibiarkan berlalu seperti angin je la bagi org2 yg mmg sakan nak raya dan tak rasa sedih pun di hari raya. Contohnya cam kengkazen aku yg beru berumur 5 tahun tu. Tau nak duit rayaaaa je. Mana ada sedihnya...

Pastu satu lagi trend lagu raya ialah yg bertemakan perkataan 'Hari Raya'. Kiranya mula2 lagu ni je dah diucapkan selamat beraya. Contohnya macam lagu 'mintak mak kuih sepotong' tu. Start2 je dah ucap selamat raya. Sama jugak dgn lagu 'selamat hari raya aidilfitri mulia' dan jugak lagu 'aidilfitri hari bahgia hari yang mulia'. Dan kes hari raya ni tak abis di situ sbb ada jugak lagu yang menceritakan apa yg dibuat di hari raya cam lagu 'satu hari di hari raya'.

Ni tak masuk lagi lagu yg mengungkit2 kehadiran juadah raya tanpa henti. Contoh kuih raya yg selalu glamer dlm lagu raya ialah ketupat, rendang, lemang, dodol, nasik impit, lontong, kuih bangkit dan jugak kuih kek coklat. Takde plak yg nak menyanyikan lagu rempeyek, kepek ubi pedas, kepek bawang dan beskot almond london.

Dan skrg ni tetiap tahun akan ada ke artis baru yg dok buat lagu raya. Ada tu sedap jugak la didengar. Ada tu plak, cam merosakkan kehijauan lagu2 raya je. Lagi rosak lagu kalau artis baru yg sore cam tah pape tah menyanyikan lagu2 lama. Heishhh.. boleh terkeluar lilin telinga dibuatnya. Pulak tu dilenggoknya stail baru. Mmg hancussss jadiknya.

Tapi cemana buruk pun lagu raya yg dinyanyikan oleh artis bersuara buruk, kita semua sedia maklum bahawa lagu raya memainkan peranan penting dalam menghangatkan suasana raya. Kalau takde lagu raya, soon nak raya tu ada kureng sket la. Dan aku jugak berani kerat pensil yg kebanyakan ringtone atau caller ringtone akan bertukar kepada lagu raya dalam dua tiga minggu lagi (ini mungkin jugak termasuk henpon aku sendiri).. Kita tunggu dan lihat je la yea.. hehehe.

Aku pernah bubuh lagu siti 'Sesuci Lebaran' kat henpon time nak raya. Masa tu lah jugak gelpren aku akan jadik grumpy2 bila dgr bunyik tipon. Hah... korang dah ada idea ke nak bubuh lagu apa sebagai ringtone? huhuhu... Selamat mendengar lagu raya. yeay!!

October 10, 2005

Aku yg dah tak dok Ampang. Amuk dgn bazaar Ramadhan...

Mmg dah lama aku tak menulis. Dah lama jugak aku tak menjengok blog aku sendiri. Sebenonya takde idea. Tak tau nak tulih apa. Karang kalau aku tulis juadah berbuka pose aku sepanjang hari, takut ada yg tersedih plak. Iye la, hidup di perantauan, mak jauh kat kampung, asyik makan lauk kawah je.. Mknn tu plak rasanya aramaktuanaih, macam habuk. Nasib baik aku tak mkn dr pagi. Maka, telan je la macam boye.. sedih sedih..

Ni la.. rasanya ramai yg tau ini tahun pertama aku tidak berpuasa kat Ampang. Bila tiba bulan ramadhan ni mmg giler serius aku rindu kat Ampang. Terutamanya kat Bazaar Ramadhan yg ada di merata tempat di kawasan Ampang tu. Bayangkan la, masa aku kat sana, ada dua bazaar yg walking distance dr umah aku. Pulak tu, pilihan makanannya plak sungguh banyak. Kiranya, ada la dlm sepuluh kedai yg jual kuihmuih. Pastu air minumam toksah cakap la... berlambak2. Air mata kucing apa yg takde, semua ada.. kucing parsi, domestik, siam, kembiri.. pun ada.

Hari pertama pose haritu, aku pegi la ke salah satu bazaar ramadhan yg ala2 dekat dgn umah aku ni. Mmg frustrasi giler dibuatnya! Dah la kedai tak byk. Agaknya cuma tiga pat kedai je yg jual air. Pastu semua mknn macam ropanya cam hidup segan mati tak mau. Aku beli nasik tomato. Macam ciput pun makcik tu tekan empat hengget. Air plak, plestik beso kena tiga hengget. Tak patut betul la. Pastu ada kedai tu, jual ayam percik yg saiznya beso batang pensil sampai dua hengget setengah!!! Mementang lah bulan pose ni nafsu makan meningkat. Ikut suka dia je! Kalau sedap takpe gak. ish ish ish.. *aku mengamuk*
Sabar.. la saje..

Bulan pose ni bulan rezeki. Ramai yg berpeluang merebut 90% rezeki yg ditaburkan di dunia ini dgn berniaga. Tapi yg meniaga ni pun, tolong lah kami2 yg membeli ni. Jgn la amik kesempatan, mementang la aku tak sempat nak masak, sesuka hati je main letak harga. Pastu tolong la ingat, kitorg ni ada tekak jugak. Takkan asyik nak makan gulai-pelbagai-warna(1) kot. Pinsan kebuluran laaa jawabnya nnt.

eh jap, yg aku ni dok buat pesanan kat org yg meniaga ni.... ada ke org meniaga yg baca blog aku nih? muehehehe.. apa2pun, idop Ampang!!

(1) Gulai-pelbagai-warna: ditakrifkan sebagai gulai yg rasanya 100% sama. Warna je berbeza, samada merah, itam, kuning ataupun kuning oren

October 5, 2005

Karangan menyamo-cam-benda. 'Aku seorang Kapal'.

heheh... lamo den tak masuk ke blog ni. Salam semua. Ingat kat aku lagi tak? huhu. kalau tak ingat pun takpe, meh sini aku ingatkan. Nama aku sekapal. Aku berasal dari Pura Cendana (fuh, nasib baik bukan berasal dr Isle of Lesbos.. muahahah). Rambutku hampir gugur dan jugak muka ku kian meningkat bagai dipam2 oleh yis. Itu lah aku.

Aku ingat masa kecik2 dulu kita ada tugasan buat karangan pasal menyamo diri sebagai barang2. Contohnya, aku sebatang pensil, aku sepasang kasut dan jugak aku sebuah buku. Aku pun pelik la kenapa che'egu2 ni dok suruh kita buat karangan camtu. Mmg la takde mood nak menulis dgn baik. Cuba la bagi tajuk 'Camna nak mengorat pompuan stret yg dah ada buipren?'. Baru la menarik sket kot. Tapi apa2 pun, kalau skrg ni aku diberi tugasan utk buat karangan menyamo-cam-benda, kompom aku buleh buat. Tajuk karangan aku ialah... "Aku seorang Kapal". Agak2 apa yg aku nak tulis kalau ada karangan camtu ek? Nak tau? ha.. terus lah membaca. Kalau taknak tau, sila tekan butang ctrl seraya dgn butang w. Takleh la baca. huhu..

Aku seorang Kapal
Aku seorang kapal. Kenapa bukan sebuah atau jugak sebijik kapal? Sbb aku bukannya buah, dan bukannya bijik. Aku orang. Sbb tu la penjodoh bilangan yg digunakan adalah orang. Tapi adakah aku ni sebenarnya orang? Ramai di antara korang yg membaca karangan aku ni akan terpanggil untuk mempercayai bahawa aku adalah orang. Cuma, macamana nak pastikan aku ada orang yg ada rambut, mata, hidung, telinga, dan lain2 anggota? Sila lah rujuk kepada gambo muka aku di sebelah kanan tu. Camtu la yg aku angankan rupa aku. Sbb hakikatnya muka yg paling jarang aku tgk ialah muka aku sendiri.

Tapi jangan pelik, sungguhpun aku jarang tgk muka sendiri, tapi aku rasa, aku lah yg paling memahami diri aku. Apa aku nak makan, sapa yg aku sayang, kenapa aku menjadi blogger.. semua jawapan tu ada pada aku. Walaupun aku jarang tgk muka aku sendiri.

Oleh itu, walaupun kita selalu tgk muka orang lain, sesungguhnya bukan kita yang paling faham tentang dirinya. Tapi tak boleh jugak senang2 menyimpulkan bahawa lebih tak nampak lebih memahami. Akhir sekali, mmg takkan ada perkaitan di antara kekerapan melihat dan kebolehan memahami. Kecualilah ada regresi linear yg boleh diplotkan berdasarkan teori ini.

Kesimpulan yg boleh wujud... mata tidak selalu berkata benar. Mata juga tidak begitu bijak menduga dan memahami. Namun jangan selalu salahkan mata. kesian dia. Bahaya jugak kalau takde mata, bak kata iklan kat radio era...
"Saya tau, dunia ini indah, tapi apakan daya, saya hanya mampu mendengar."


Agak2 la, kalau aku hantar karangan ni kat che'egu BM aku dulu, berapa markah dia nak bagi ek? Cuma aku macam 88% pasti yang che'egu akan lebor karangan aku ni dalam tong sampah, atas alasan, penjodoh bilangan tak seswai dan juga, perkataan kapal langsung tak digunakan. huhuhu...

October 4, 2005

Adakah berbaloi berebut?

“Dia I punya, yg you sibuk nak rampas hak orang tu apasal?” Adakah seperti biasa terdengar kata kata itu? Iyer …ini cerita pasal berebut. Normal lah sekiranyer 2 atau lebih orang berebut pada seseorang. Contohnyer, adalah lumrah bagi dua org manusia berebut satu perempuan. Katalah perempuan itu tersangatlah cantik. Jadi, mmg mudah org jatuh hati kepadanya dan akan berlakulah keadaan “the best man win” atau jika berebut jejaka pula, “the best woman win”. Apo-apo je lah. Tapi adakah perebutan itu akan menjadi satu perebutan yg berbaloi? Adakah dua manusia yg berebut itu akan berpuas hati jika dia dapat apa yg direbutkan? Kebanyakkan org yg menjadi rebutan akan berasa sungguh best (walaupun ada juga yg rasa sick).

Memang pada mulanyer perasaan puas hati itu mmg tidak dpat dinafikan sungguh rasa berbaloi. Seperti dunia ini aku yg punya. Mcm org dapat award… “I am the best, therefore I deserve the best”. Daripada pemerhatian aku yg tak byk mana memerhati ni, perkara yg direbutkan tu pun bukanlah best sgt. Unless jika hanya berebut utk “one nite stand” atau seperti kata Tammy Lee dlm L word, “find, flirt, fuck and forget”. Kalau setakat 4 Fs, mmg tak jadi apa la. Alah, tak dpt mlm ni mlm lain pun nnt dapat jugak. But how about something long term? Bak kata seorang kawan aku tu… memula nak kentut, lari. Sekarang, nak kentut PPOOOTT… itu baru satu part. Byk lagi part lain yg lebih pivotal, jgn marah.
Yg penting ialah adakah org itu ‘baik’? Bukan baik mcm malaikat, tetapi adakah org itu sesuai utk dijadikan pasangan hidup yg mampu bersama susah senang utk bertahun lamanyer? Dlm erti kata lain, adakah dia ikhlas dgn kita. Adakah dia mampu menerima kita ini seadanya? Sbb kita sendiri bukanlah manusia yg perfect yg bangun tido selalu wangi dan cantik dan kite juga ada kalanya “down” atau tertekan dgn keadaan hidup seharian.

So, kalau kite bebetul yakin yg she or he is the “one” (eventhough mmg la tak 100% sure), go for it. Kalau rasa mcm “hanya sekadar nak menang sbb rasa diri best” atau dia tu mmg dah tunjukkan awal awal ciri ciri ketakbest-annyer, pikir lah semula. Mmg relationship is similar to gambling but apa guna proceed main gin rummy kalau memula lagi tak ada the 3 sequence utk rumah. Tak ada joker tak per lagi. Tapi kalau dah ada 2-3 joker, tak yah risau lah … kalau tak menjadi pemenang utama pun, at least tak de la kalah teruk giler.

Geng ... Gin rummy sampai pengsan? ... ini bukan galakkan berjudi tau, kami tak main duit mahupun anak kucing. Shark loan tidak terlibat.
-chefD-

October 3, 2005

Apa itu hubungan?

Hubungan or Relationship is a relation between two people. Despite of whatever parameters we use. It needs a lot of things beyond what we can see. Actually I already planned something else to publish, but I dont know, suddenly I was compelled to write about something else. I pre-warn all of you readers, this piece of two cents might not be a perfect composition but I just want to write.

What a person need in a confusing word called relationship? We need trust, understanding and care, believe it or not, much more than what we could ever imagine. I think I am quite pointless here, trying to mention things that cant be perfectly expressed, but as one of my friend said, relationship needs more than what it looks like. A relationship could look so dull and nothing; but the truth is it's far more interesting than what people can see . Sometimes it might look so interesting but no one knows.

I am telling myself here, whatever happen, whatever it takes, relationship is a thing that only those involved could understand. Sweet or bitter, ups or downs, its back to yourself. I am not perfect, I cant ask for perfection. I dont have to let the world know, but as long as we know, its more than enough.

For your love,
I cant say much, but what you did to me is far too good for me. I am so thankful that I have "us". We never perfect, we dont have to be. Let us be as sloppy and eccentric, let us be whatever people might say but let us be cosy to each other. At the end of the day, its us who'll enjoy, and its us who'll suffer. By all mean love, let's choose enjoy.....

The more we go through together, the more I love you, love "us"....
-chefD-