Tapi mmg dah kata aku ni suka bercerita pasal diri sendiri (tu pasal la jugak aku ada blog!!), selalu la jugak terrrrlepas pasal aku minat cerita cerita cenggini, dan juga aku ada kengkawan yg boleh tahan ramei. Cuma kena la selalu beringat supaya memberikan alasan se'tegak' mungkin kalau tetiba soklan 'Kenapa minat?' ataupun 'Camna boleh kawan?' itu keluar dr mulut2 org2 yg tetegak. Nak tau apa alasan yg boleh diberikan? Mari kita..
Soalan: Kenapa suka tgk Buffy?
Sebab Sebenar:
"Kan cerita tu ada satu kapel senget yg sungguh ala2 aku. Pasal tu ler aku suka.."
Alasan tetegak:
"Sbb cerita tu pasal bebenda adventure, ada slayer, ada vampire, witch. Pastu jalan ceritanya menarik, tak macam cerita2 kat Malaysia nih"
Soalan: Kenapa Tara watak feveret kau dlm cerita Buffy?
Sebab sebenar:
"Pasal dia la yg berlakon jadik lesbian... lerrr."
Alasan tetegak:
"Aku sebenarnya bukan minat Tara tu, tapi aku minat Amber Benson. Dia tu cambest dan berbakat. Boleh berlakon, menyanyi dan jugak mengarahkan filim adanya."
Soalan: Ni apsal tetiba dok carik cerita2 yg ada Jennifer Beals berlakon?
Sebab sebenar:
"Selepas aku dok minat dia berlakon sebagai Bette Porter yg anggun, aku nak tgk dia dlm cerita lain."
Alasan tetegak:
"Ntah la, aku rasa sungguh tak patut org mengutuk dia sbb tak menari dlm Flashdance tu . Jadi aku nak gak tgk bakat sebenar dia. So, aku beli la semua cerita dia."
Soalan: Rasanya kau selalu beli DVD, kenapa yg ada kat umah kau takde la byk mana?
Sebab sebenar:
"Byk DVD aku yg disorok kat bawah katil. Rated L maah!"
Alasan tetegak:
"Kawan pinjam. "
Soalan: Apsal kengkawan yg dtg ke umah kau selalunya dua org pompuan?
Sebab sebenar:
"Diorg tu kapel cam aku jugakkk..."
Alasan tetegak:
"eh, iye ke? tak pasan pun...? Acamna kau boleh pasan ek?"
Soalan: Kau kata kau ada blog, apsal taknak bagi URL?
Sebab sebenar:
"Takbleh, nnt kau tau la aku ni senget."
Alasan tetegak:
"Bila plak aku ada blog? Itu blog kawan aku la... "
Tapi kengkadang bila org dah dapat bau, mungkin soklan ini plak akan terkeluar... jeng jeng jeng..
Soalan: Aku rasa.. kau cam lesbian lah. Iye ke?
Jawapan sepatutnya:
"Ah-bud-dennn??!"
Jawapan tutup lubang:
"Huish! Apa la kau nih. Ada ke lesbian kat Malaysia nih?"
muahahahahah