Setelah berhari2 aku kena perap dlm treneng room, hari ni aku keluar jugak. Kiranya dah jadik rerama la ni kot. mueheheheh. Cheh! tak gerek langsung jadik rerama. Baik jadik pisang montel ke, cempedak ke, takpun sotong. Boleh gak digoreng2 dan di makan. Kalau setakat rerama tu.. bukannya ada rerama goreng cicah sambal kicap. Kalau ada mesti rangup kot. hehe. Dah la, sudah2 la aku merapu.
Nih, hari ni aku nak cakap pasal makanan dan makan dan makan lagi. Kenapa aku pilih topik makan? Ini sbb hari sabtu mlm ahad hrtu, aku kuar la pi makan2 dgn dua org pembaca blog aku ni ha. Mmg sebenarnya kalau nak dikirakan byk benda mlm tu yg boleh aku tulis dan kupas. Tapi ntah la, dah mmg aku suka makan, tetiba harini aku teringat la plak pasal cerita2 nak masak asam pedas. So, topik hari ni, asam pedas.
Suka asam pedas?
Aku mmg suka mkn asam pedas, walaupun itu bukan lauk feveret aku, tapi tetap aku suka. Tapi asam pedas utama yg paling aku suka ialah asam pedas ikan duri, makan sambil cicah dgn kicap, bawang beso potong, dan sedikit perahan limau. haiyoh, mak mentua lalu pun tak nampak. (Tapi kalau angelina jolie lalu, nampak la kot..).
Dan nasib badan aku alhamdulillah baik pasal aku dapat partner yg pernah berkampung di negeri asam pedas. Takyah la aku cakap negeri mana, korang main la teka teki sendiri. Dan kalau diikutkan org negeri tu, lain ikan lain kuah asam pedasnya. Kengkadang kalau aku ikut dia balik kg, sampai rambang mata aku nengok asam pedas. Tapi mknnya takde la byk jugak. Setakat ala s-kadarisman sahaja jumlahnya. *malu ler, kena la kontrol dpn famili dia..*
Tapi partner aku ni sungguh baik hati. Sbb aku ni org jawa, suka mkn kuah asam pedas lawan dgn ikan goreng, dia akan sediakan paling kurang pun seko ikan yg digoreng utk aku. hehehe.. ailabyu la chefD.
Sebenarnya bukan setakat ikan sahaja yg boleh dibuat asam pedas. Ayam, daging, dan sayur2an pun boleh dibuat asam pedas. Kalau tak caya, tanya ChefD. Sapa dah tau... jgn tanya dia. Tapi mak aku dok kata, kalau asam pedas tu istilah yg digunakan utk masakan yg ditumis. Kalau asam pedas tu tak ditumis, mak aku panggil asam rebus. So, biasanya sayur2an dibuat asam rebus la.
Itu kata2 org johor la. Org negeri lain aku tak tau. Kot2 ada yg menggelarkan asam pedas sebagai asam tumis ke, gulai asam ke, lauk kuah merah, dan apa2 lagi la. Janji bendanya sama, w/pun rasanya tak tentu sama.
Memori Asam Pedas
Kalau KFC ada buat memori KFC, asam pedas pun kengkadang nak gak ada memori kan? hehe. memori asam pedas aku ialah sewaktu aku dgn chefD sesama praktikal kat salah sebuah pusat org sakit kat johor. Kat situ makcik jual asam pedas dia punya la sedapppp. Sampai menjilat jari. Tapi biasa la, masa tu, praktikal pun takde gaji. Pastu takkan la asyik nak mintak mak duit je kan. Pepandai la berjimat. Sbb sangkeng seronoknya nak mkn tu, kitorg selalunya akan beli sebungkus sahaja dan kongsi berdua. Kira cam ala2 romantik la jugak kongsi nasik bungkus yg setoet tu berdua semata2 nak merasa asam pedas. Hai lah asam pedas. Dah la sedap. ish ish!
Yang.. balik ni kita masak la asam pedas ikan yg kat dlm esbok tuh.