Seperti biasa bila hari Isnin ni entry aku akan bertajuk "Apa yg aku buat di hujung minggu haritu" hehe. Huarghhhh.. Rasanya ramai jugak la yg dah tau aku dok buat makan2 utk memanaskan rumah hari Sabtu haritu.
malam dan siang Sabtu
Bermula dr malam sabtu tu, dah ada empat org geng2 yg dah sesama dok melepak kat umah. Dan mika2 berempat ni jugak la yg bertungkus lumus masak memasak, potong memotong dan bantu membantu menyediakan mknn yg tidak seberapanya itu.. ececehhh.
"Korang berempat, aku dgn chefD nak ucapkan jutaan terimakasih sebab tolongjadik sous-tuan-umah dan sesama melayan tetamu yg dtg. Budi baik kalian (eceh, guna pktn kalian tuuu) hanya Tuhan je yg dapat membalasnya. Len kali jgn serik utk tolong lagi ye."
Keja aku di hari sabtu tu ialah menjadik mandur tidur. hehe.. takde la, kalu aku jadik mandur maunya chefD semelih aku..kiok! kok! kok! hehe, so utk mengelakkan aku dr tido tak tentu arah, chefD suruh aku jadik runner. Aku kena pi putar memutar di sekeliling kampung utk mencari gula merah. mmg seronok memusing2 dlm keta di tgh panas... poyo!
Tetamu yg memula sekali dtg ialah opismate ChefD seramai 5 org yg comei2 belaka. eheheh.
"If any of you guys are reading this, thank you for coming (especially) and the gifts (definitely). Next time you will see the dining set and please expect my partner (insert name here) to smell better.. hehehe.."
eh, cakap omputeh plak aku
Lopeh tu dtg plak dua org insan yg regular kat blog aku ni. Sempat jugak la diorg ni dtg w/pun memasing nak keluar dr kelumpo ptg tu jugak. Sesi perborakan dgn korg berdua mmg sungguh menyegarkan. heheh.
"Korang berdua, timakasih sbb sudi meluangkan masa utk hadir. Timakasih jugak segala buah tangan dan jugak pokok bunga tangan yg diberikan. Next time kita wat majlis buka2 poser plak ye.. *hint... hint...*"
Ini diikuti plak dgn kedatangan tiga orang tetamu yg menggelarkan diri mereka "The Kelisa Putih" yang tak lama lagi akan menghasilkan album baru yang memuatkan lagu2 seperti "Jln Belakang ke Rumahmu", "Seliparku Kaler Merah" dan jugak "Kami pun bela Kucing.. jeng jeng jeng". hehehe (jgn marah aaa, raya dah nak dekat nih..).
"Mmg dah lama aku tak jumpa mika2, lagi la sejak pindah dr Ampang nih. Timacih dan tahniah diucapkan sbb berjaya sampai tanpa sesat barat w/pun korg tak dpt peta aku yg cun melecun tuh.."
Hala ke malam pun ada jugak yg dtg pasal masing2 tu dok sibuk dgn bekerja mencari rezeki dan juga sibuk melayan kaum keluarga di sianghari. Dan ada yg dtg mlm tu siap bawak anak lagi. Bukan anak kucing aaa, anak dia ler. Terhibur la jugak dgn gelak tawa budak kecik. Hai la.. ini yg membuatkan aku rasa nak amik anak nih. ish.. Apa2pun, mlm tu mmg menggumbirakan.
Tapi ucapan terima kasih yg tak terhingga dr aku adalah utk kekasih hatiku Markonah (bukan nama sebenar ChefD) yang bertungkus lumus memasak sampai berlemoih2. Kalau awak takde la sayang, takkan semua ini menjadi kenyataan.. Kita berikan tepukan buat ChefDiva...! haha (aku mmg poyo)
Siang ahad (jgn lupa buang sisik ye...)
Ahad tu memasing melingkar atas toto sampai tghari. Sbb tu la w/pun baru beberapa round main gin rummy je, hari dah mencicah kol 3 ptg. Tapi sbb hari tu ada operasi, proses main daun terup terpaksa dihentikan selepas asar. Ini sebab anggota2 'edisi siasat versi senget' ada operasi mengushar kehadiran DVD2 senget di pasaran tanahair.
Empat org anggota je yg mengambil bahagian utk melaksanakan operasi kat Sg Wang Plaza. Sblm meneruskan cerita ni, aku nak mintak tolong sket. Tolonglah bayangkan kitorg berempat berjln dgn gaya slow-motion menuju ke kedai2 DVD. (Kalau korg tgk cerita DEBS sure boleh bayangkan punya.. cuma kitorg takde le pakai skirt cam diorg..). Dan lepas tu tolonglah bayangkan (dgn gaya slow motion jugak la) kitorg berempat mencangak2 tak jumpa jalan keluar dr Sg Wang Plaza.. mmg poyo!
Hasil siasatan?? mmg menarik... hehehe
Ish, sudah cukup panjang entry aku nih. Dah la. Karang ada yg pening2 mata plak dok baca. Er, kepada sesapa yg tak dpt dtg (ala...), ataupun takleh dtg (sob..sob..), ada serangkap pantun.... baca yea.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa nanti,
Kalau rasa2 nak datang,
Janganlah lupa mandi...
Sekian, tima kasih lagi sekali. Mari kita pegi mandi.