September 14, 2005

Aku dan Ramadhan (bulan ramadhan ye.. bukan nama lelaki tau)

haiyoh, dah mlm baru leh update blog. hehehe.. tapi percayalah, aku tulis bebenda ni sejak tghari tadi tapi baru la ni boleh update. mueheheh..

Skrg ni dah bulan Sya'ban. Tak sampai sebulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Sungguh cepat dirasakan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak raya *yeay!! raya lagi*. Kalau sesapa yg sudah mengenali aku sejak tahun2 lepas, sure tau punya yg bulan poser aku mmg sungguh liattt nak kuar rumah. Mmg liat nak gi kuar jenjalan di waktu mlm, dan sungguh liat nak berbuka sambil bersosial di tempat yg tidak boleh dikelaskan sebagai rumah. Kalau buka reramai dlm rumah best la jugak.

Tapi kengkadang aku ok la jugak setakat nak kuar mkn2, ngeteh2 bila dah lewat2 mlm sket. Ada gak yg tanya kat aku..
"Apa kau buat lepas buka posa?"
Aiya.. lepas letih berposer sehari, apa lagi nak buat, tido je la.. kan?
Dah dah.. habis cerita pasal aku, meh kita cerita pasal er... bulan poser, dan aku.
Setiap kali dtgnya Ramadhan, aku akan tetiba jadik terjiwang dan terpanggil untuk mengimbau kenangan lama. Kenangan yg pernah aku lalui menyambut Ramadhan beberapa tahun lepas.

Ramadhan 1421
Ini adalah Ramadhan yang pertama aku sambut setelah aku dan partner aku berhijrah ke kelumpo untuk mencari rezeki (ayat poyo.. jgn marah aa..). Waktu ni aku dgn dia masih lagi membuat tapak kecil2an kat KL nih. Dan dgn tapak tu jugak la kami berebut2 naik bas balik ke rumah dr tpt keja dgn jem rabak jalan Ampang tu, sbb nak jugak buka poser kat umah, atas meja mkn. Di ramadhan ini jugak la aku mula berjinak2 dgn dunia internet. Mula tau amende namanya chatting dan jugak mula pandai mengayat guna jari. mueheheheh

Ramadhan 1422
Tahun kedua menyambut Ramadhan di kelumpo. Tapi tahun ni kami berdua dah tak lagi menapak berebut bas, tapi partner aku la yg kembang tapak kaki menekan pedal minyak ketanya utk balik ke umah dr opis. Alhamdulillah masa ni dapat la buka poser dgn tenang kat umah. Dan raya yang menyusul selepas Ramadhan ini membuatkan mata aku terbukak sket dgn rumah2 yg ada kat kwsn kg aku, pasal tahun ni je lah aku ada
jenjalan keliling kampung untuk meyertai sesi yg dinamakan sebagai 'beraya keliling kampung' hehe..
"Apakan daayaa... masa tak akan kembaliii...."

Ramadhan 1423
Di bulan Ramadhan tahun ni, kegawatan ekonomi aku dan partner aku sedikit meruncing. Ini semua sbb kes pembungkusan beramai2 kompeni IT kat malaysia. W/pun waktu ni kompeni kitorg belum boleh dikatakan bungkus, tapi bahangnya sedikit sebanyak terasa la jugak. Tapi nasib baik kitorg dok berdua, so keperitan tu boleh la jugak dimain kongsi2. w/pun ekonomi tak berapa baik, aku rasa ini ada antara Ramadhan yg paling bahagia pernah aku kongsi bersama dgn partner aku...


Ramadhan 1424
Tahun ni, byk benda yg berlaku di Ramadhan yg aku lalui. Masa ni lah kali pertama aku berposa di umah sewa yg kedua. Dulu aku dok umah takde pintu blkg, masa ni umah aku plak dok share kesemua dinding dgn
jiran. Kiranya aku ada jiran kat kiri, kanan, atas dan bawah. hehehe.

Di Ramadhan ini jugak la aku dah mula bekerja dikompeni yg baru. Sama jugak la dgn partner aku, dia pun keja kat tpt baru yg jaraknya beratus batu dr kelumpo. Sbb tu la boleh dikatakan 60% drpd time buka poser, aku makan ditemani kerusi2 yg tak berpenghuni. Sedih sey, buka pose sensorang. Tapi partner aku ada la jugak balik dan aku ada jugak pergi melawat dia kat sana. Rindu ler.

Ini juga merupakan tahun pertama aku balik beraya naik keta sendiri. Sblm ni takde lesen, lagipun gaji ciput. Tu pun aku hanya mampu pakai keta cabuk. tak kisah ler, janji leh balik kg. huhuhu

Ramadhan 1425
Ni tahun lepas nih. Ini merupakan ramadhan pertama aku beraya setelah memiliki nama baru iaitu 'Sekapal'. So, kalau tgk blog lama aku, mmg akan ada la entry pasal poser dan jugak raya. Tahun ni jugak aku keja kat opis yg skrg ni dan hari aku buka poser sensorang tak byk hari sgt, sbb masa ni partner aku dok part time sesama kat kompeni ni. So... gembira la jugak. Boleh la..

Ramadhan 1426
InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, aku akan menyambut Ramadhan tahun ni kat umah yg aku baru duduki selama sebulan lebih yg berdekatan dgn opis. Cuma masalahnya kat sini tak byk bazar Ramadhan!!! Acamna nak mkn sedap?! Oh I miss Ampang...
Dan apakah bebenda menarik yg akan berlaku pada aku di Ramadhan ini? Kita sama2 tunggu dan lihat..