September 23, 2005

entry org yg kepalanya dah terbelit byk sgt telan nombor

Suatu ketika dulu, sewaktu aku masih baru2 keja, dan berbaju kurung pi opis...

**
Akak Asst.Mgr:
Eh, ada Valentine's card. U punya ke kapal?

aku:
Saya punya kak. Sbb tu ada atas meja saya. *gelak cam kerang*

Akak Asst Mgr:
Sapa yg bagi ni? *sambil dgn tak malunya membukak kad tuh..*

aku:
er... kawan.

Akak Asst Mgr:
lelaki ke pompuan?

aku:
Pompuan *tetiba terasa kepala aku berpusing...*

**
OK, perbualan kat atas tu bukan setakat intro, tapi jugak satu persoalan bagi aku. Mmg la aku mendapat kad valentine dr seorang perempuan tu tak jadik persoalan. Yg tetiba aku muskelkan ialah... akak tu. Kenapa dia nak tau jantina org yg bagi kad tu pada aku?

Bukan ke selalunya kalau org berani dok tayang2 kad valentine atas meja kat opis ni dpt kad drpd peminat ataupun pasangan yg berlainan jantina? Itu jugak la sebabnya aku dok bubuh kad tu atas meja aku dulu. Sbb aku rasa takkan ada yg nak tanya sapa yg bagi. Paham2 sudah la.

Tapi akak tu dok tanya jantina, menyebabkan aku ada terasa yg dia mungkin tergolong dlm ciri2 berikut:
* menyenget (mmg senget punnn)
* e-nget (ingin jadik senget)
* per-nget (pernah jadik senget; lebih kurang cam has-bian jugak la nih)

Mungkin ada jugak yg tak setuju dgn pendapat aku ni. Takpe, aku tak heran. Sbb mmg dah menjadi hobi aku membuat spekulasi matawang. So, biarkan je la aku terjun dgn smap labu. kan..? Argument aku ialah.. kenapa nak tanya jantina?!