"Please pay the above amount that displayed"
"Sila tunggu sebentar, operator kami akan melayan anda sebentar lagi... ting tong tueng..."
"Tekan satu untuk pertanyaan baki, tekan dua untuk menambah nilai, tekan tiga untuk mendengar mesej, tekan empat.... tekan lima... tekan enam...."
"Terima kasih kerana menelefon *tuuttt* sdn bhd. Harap maaf sekarang ni waktu kami makan tghari, sila telepon sekejap lagi."
Itu hanyalah bbrp contoh bebenda yg aku rasa ramai gak di antara korang pernah dengar. Dan yg bestnya, kita dok dengar sore je, muka org yg bercakap tu mmg tak pernah nampak. Dan kalau kita ulangi proses yg sama, mesej yg sama akan didengari dan intonasinya jugak, lerrr.. tak ubah2..heheh... mmg le, itu kan mesin yg jawab.
Kita ni hidup kat alaf baru ni mmg tak dapat lari dr mesin. mesin la yg kuar dan bagi duit. Mesin jugak la yg buat memacam keja. Dr membasuh kain, saaaampai lah menidurkan mata. Apa? tak caya mesin boleh menidurkan mata? Sumbat aku dlm bilik takde kipas, kompom takleh tido. Kesimpulannya, kita
hidup mmg dipenuhi mesin-mesinan.
Aku ingat boss terlebih beso cakap kat aku haritu...
"Sekapal, org ramai lebih sanggup beratur panjang kat mesin ATM drpd kat kaunter, sbb guna mesin, mereka lebih 'in control'. So, please design in such a way that user can feel more in control."
pulak.. bila masa aku design mesin ATM. nak in control, pakai la brylcream cacak2.
heheh.. blasah la, pokok pangkalnya, mesin membuatkan manusia rasa in control.
Ini adalah rasa yg best. Ye la, sbb benda tu takde otak, boleh la kita suruh dia buat apa je pun. Sama la jugak macam kes org buat robot utk memuaskan kehendak sendiri. hmmm...
Tapi kan, sebenarnya, dalam pada mesin ni bagi kita control, kita ni sebenarnya kena kontrol dek dia. Iye la, bila telepon, kena tunggu la, tekan butang mana2 la sampai habis karipap dua bijik boleh dibedal. Dan yg
paling menensenkan ialah mesin bayo parking kat Berjaya Times Square yg tak berenti berbunyik mintak disumbat duit. Kengkadang rasa nak tendeng mesin tu pun ada jugak. Mengenangkan aku ni wanita ayu, taknak la plak main tendang2 mesin. auw!
Ha.. ni lah persoalannya timbul. sapa kontrol sapa? Kita kontrol mesin? Ataupun mesin kontrol kita? Tapi aku rasa, dedua saling kontrol mengontroli. Tanpa kita mesin takleh berfungsi dgn betul, dan tanpa mesin
jugak kita tak boleh berfungsi dengan betul. Dan ingatlah, sekiranya anda rasa anda sungguh in-control, anda sebenarnya sungguh kena kontrol. Muahaha
Erm... bolehkah analogi ini dikaitkan dgn hubungan manusia & manusia??