Lagi la skrg ni bila guna henpon, lagi cepat panas telinga aku. Bila dah panas mula lah keluar bunyik2 seperti.. 'Ha?' 'Apa?' 'hehehe' (gelak pasal tak dengo apa dah). Tapi kengkadang tu baru je cakap halo dah kuar 'ha?'. hehehe.. kan kan? Sedikit cik kak jugak aku ni sebenarnya. Hai la henpon, kenapa la kau tak sejuk. Skrg ni, aku takleh la bayangkan hidup sebagai pekerja yg pandai berchenta di kota metropolitan (ececeh..) ni tanpa
henpon. Musti cam poyo rasanya. Hidup henpon!!
Tapi satu je masalah henpon ni yg aku rasa sedikit men'tak best' kan kehidupan. Ini adalah kehadiran manusia2 yg rajin bagi miss call bertalu2. Kalau miss call tu berlaku sbb tak sempat nak angkat tipon takpe la jugak. Ini baru henpon tu berbunyik setoet, dah abih. Tiga saat pastu bunyik lagi. Aku ni punya pesen, kalau dapat miss call dr no tah pape tah ni, toksah la harap aku nak call balik. Buat perabih duit aku je. Baik aku call mak aku
lagi best. Dapat gak pahala.
Setakat ni dua nombor yg mmg komfem aku akan call balik kalau dpt miss call setoet hanyalah parents aku dan jugak partner aku. Tapi kalau yg aku tak sempat nak angkat tu, aku call la balik. Kot2 ada hal penting ke, ada nak bagi hadiah ke, peminat ke... Sekali lagi diingatkan, aku ni suka borak dlm tipon... terutamanya kalau panggilan tu percuma. Bahagia beb!
Toksah la Miss Call.
Maka di sini aku nak nesiyatkan kat sesapa yg suka main2 tipon buat miss call tu, tak menjadi utk aku skrg ni. Kalau time aku gegatal dedulu ok la. Tapi tu la, kengkadang ada org yg rasa nak cakap lelama, tapi takde kredit, tu yg dok buat miss call tu.. mengharap la kononnya.
Kalau camtu meh aku bagi tips sket, buat cenggini yea kengkawan:
- mula2 call la org yg dirindui tu
- bila dia dah angkat, cakap la dgn nada yg baik..
"awak boleh call saya balik tak? kredit saya dah nak abis, tapi saya rindu... boleh ye wak?" - Pastu letak tipon cecepat.
Sekiranya dia call balik; itu tandanya dia rindu jugak.
Tapi sekiranya dia tak call2 setelah sepelaung anda menunggu, itu anda bolehlah buat spekulasi sebegini:
- kredit member tu dah tarak
- org tu takleh call pasal tgh memerut
- dia tak rindu pun kat anda
- anda sebenarnya ter call org lain
OK, next time, aku bagi tips camna nak berborak dlm tipon sambil tido... orait? Jom kita balik!