OK, dlm bbnyk episod The L Word, mmg lah episod 3 'Let's Do It' yg menjadik feveret seisi rumahtangga (ini termasuk aku, partner aku dan kucing aku..). Dan rasanya ramai yg akan bersetuju dgn aku bahawa part yg paling best3 sekali ialah part di mana diorg deploy mission utk mengesahkan kesengetan Lara Perkins.
Entry harini bukan lah pasal The L Word maupun Lara Perkins, dan jugak bukan pasal ke'hot'an baju Bette.
Tapi hari ni aku nak menulis sedikuit pasal cara2 untuk mengenalpasti (tapi bukan mengesahkan la) kesengetan seorang pompuan. Dulu aku ada copy paste cara2 mengesahkan ni yg disadur dari website WWLW. La ni kiranya dah tambah pengalaman sket, aku rasa sedikit boleh la mengenalpasti kesengetan seseorang itu, ataupun potensi kesengetan seseorang yg menyorok dlm almari, berdasarkan soalan dan perbualan kita dgn dia.
Di antara data2 yg dapat aku kumpulkan bagi mengenalpasti org2 senget yg nyorok dalam gobok adalah sepert berikut:
- Orang yg senget akan menggunakan perkataan 'straight' utk address org2 heterosexual. Sedangkan kalau lah org tu normal, watpe dia nak gunakan perkataan stret. Baik dia gunakan perkataan seperti normal, biasa, ataupun yg sewaktu dgnnya.
- Seorang pompuan senget akan rasa cam tetakut nak menggunakan perkataan 'lesbian' dan takkan sesenang mengata org lain adalah 'lesbian' di kalangan kengkawannya. Sbb ini cam tabiat manusia la, kalau benda tu tak elok, dan kita buat, mesti bila nak keluarkan pktn tu rasa cam tetakut dan dedebor.
- Bila kita cerita pasal orang bujang amik anak angkat, org2 senget akan kelihatan cam sungguh berminat. Tapi org yg stret sudah tentu akan cakap camni..
"Laa... buat apa la susah2 amik anak angkat baik kawin je dulu. kalau dah lama kawin tak dapat anak, baru la amik anak angkat."
Tapi biasak la...org senget kawin la sepuluh tahun pun, bukannya boleh mengandung. Kalau boleh, dah ada tiga org kat umah tu! - Umur dah banyak, rupa bukannnya takde, tapi takkkk kawin2. Alasan yg paling biasa diberikan ialah belum jodoh ataupun terlalu sibuk dgn keja. Pastu w/pun tak kawin lagi tapi muka tetap cerita tanpa ada ciri2 desperate dan selalu kelihatan bersesama dgn seorang kawan baik, ataupun bestprengg yg selalu dilihat bersama2. Tak ke 'gitu-gitu' tuh?
- Selalu mengaku ada kawan ramai yang dikenali melalui blog. tapi bila tanya alamat blog, rahsia. Pastu bila tanya acamna leh rapat dgn kenalan internet, lidah kelu. *ni cam aku la nih*
Itu adalah org2 senget yg taknak mengaku. Ada jugak tu pompuan yg berpotensi jadik senget. Kiranya diorg ni stret until not la. So, kalau agak2 pompuan yg korang minat tu ada ciri2 sebegini, boleh la mula mengorat kot. Mana tau, kot2 buleh dapat ke.. huhuhu.
- Pompuan ni selalu merasakan buiprennya itu selalu kureng romantik dan caring. Dan diorg ni selalu rasa tahap pemikiran buipren diorg tidak mencapai skema jawapan yg telah disediakan. Kengkadang siap boleh rasa lagi yg sang buipren cam tak cukup bagus utk menjadi kekasih dan sahabat. Biasanya org camni memerlukan nafkah batin yang merangkumi makanan minda. haaa...
- Merupakan seorang yg berdikari dan berani. Diorg ni kalau setakat jalan sensorang pi shopping ni takde hal nye la. Kiranya, lebih baik jln sorg drpd ditemani oleh manusia yg tak best dan tak cukup power utk menangani isu2 yg berkaitan dgn memilih kasut, memilih baju, dan jugak membawak beg, dan bukak pintu keta.. dan belanja makan eskrem.. Kiranya pompuan jenis ni adalah yg macho tapi sangattt manjer.. boleh gitu?
- Pompuan yg tersangat lah dominannya sehinggakan diorg ni rasa tak larat nak mengipas ego lelaki. Dan diorg ni akan rasa alangkah seronoknya kalau ada seorang isteri comel yg boleh menjaga makan dan pakai. Tapi sebab keutuhan perasaan yg merasakan homoseksualiti itu mmg tak boleh langsung2, maka perasaan ni dipendamkan lah sahaja. Cam bakat terpendam la nih. Tapi org2 terpendam ni bahaya, sekali terkeluar bakatnya tu, terus... worlld!
- Org pompuan yg sgt takut nak beranak. Takut body tak cantik, takut sakit, takut pakai baju sepital dan cemacam takut lagi lah. ye.. ini jugak candidate utk menjadi lesbian yg sesuai.. hahaha
Tapi apa2pun, yg aku tulis kat atas tu contoh je la. Takde la maknanya aku mengata semua org yg berciri camtu tergolong dalam kapal aku. Takk. Ini hanya hasil pemerhatian aku sahaja dan tidak disahkan oleh mana2 auditor bertauliah, maupun bebenda statistik yang melibatkan taburan normal maupun taburan habuk kuih raya.. *yea yea nak raya!!* Jadi, jgn lah ada sesapa yg terasa. Kalaulah ada yg terasa boleh disengetkan, balik lah ke jalan yg tegak sebelum jadik cam aku.. cegah sebelum parah! huhuu..