heh... dah dua hari aku tak sempat mengupdate blog nih. Ntah kenapa tetiba cam byk la plak keja yg kena buat. Pulak tu, keja2 yg melibatkan berkomunikasi dgn org luar. Sungguh malas rasanya bila kena bab2 berkomunikasi nih. hehe. Harini plak aku tersangkut kat treneng, tiga hari plak tu. Saaampai la hari jumaat ni. Mmg best layan tido dlm treneng room.
Tapi harap2 korang semua pembaca blog ni yg aku dok ingat2 selalu, takde la beralih arah atau majuk plak ek? hehehe. Takpe ah, kalu majuk, bagi aku henpon nombor, takpun anto email.. nnt aku pujuk. Aku bagi munger (sebutan manjer bagi bunga). Gambo munger buleh?
Nih, tadi masa aku treneng.. ada la pakcik tu dok cakap pasal masalah. bla bla bla masalah? apa itu masalah? Adakah anda menghadapi masalah? dan cemacam lagi la. Tapi kan, bila kita tanya org apa masalah yg tgh dihadapi, rasanya ada jugak segelintir yg jawab... takde masalah.
Satu sbb ialah org tu rasa kalau dia dok bercerita pasal masalahnya yg tak abih2 tu, katang org kata dia ni suka membesar2kan cerita plak. Benda kecik punnn nak dijadikan masalah. Ada plak tu rasa takde masalah yg takleh diselesaikan. So, dia takde la anggap benda tu masalah. Dia anggap benda yg cam masalah tu hanyalah satu cabaran dalam kehidupan. Kononnya la.
Ada jugak org yg tak bermasalah cam aku ni ha. Sebabnya, masalah semua dah bertunggu-bertangga kat dlm benak aku, sampai aku pun tak jumpa nak cari. Jadik sebahagian dr darah daging gitu. Org camni bahaya sungguh, dia dok tak nampak yg diri dia bermasalah. Semuanya cam ok je, tapi... dah nak membentuk tumor, still tak sedar2 lagi. Ni bila dah sedar nih... acamna nak ubah? Acamna aku nak carik masalah2 tu dan hapuskan satu persatu? hmmm.. pikir, pikir. *huarghhhhhhhh*
Tu la, bila nak cari 'masalah', laaaaaaaagi lah masalah. Terus ngantuk & malaslah. Rasanya aku nak ubah sket persepsi terhadap masalah ni la. Drpd kita bertanya, apa masalah yg perlu diselesaikan, mari kita tanya soklan baru.."Camna nak perbaiki kehidupan kita seharian."
Ini la baru pendekatan yg positip sket. So.. kita semua akan pandang cara nak perbaiki hidup, rather than memandang masalah. Ingatlah, lagi rajin kita carik masalah, lagi lahhh masalah tu dtg. Mmg masalah... huhuhu. eh dah, aku kena sambung treneng satgi. muuhuhuhu