September 6, 2005

Tak-Apa-Attitude.

Hari ni aku dgn baik hatinya.. (ececeh..) menghantar partner aku ke tpt keja dia. So, pepagi buta lagi aku dah menderu dgn nyamannya di dalam hujan renyai kat kwsn Cyberjaya tuh. Tapi keadaan nyaman tu hanyalah dapat dirasai sehingga ke kawasan umah aku sahaja. Sbb lepas tu aku tersangkak dalam jem yg tidak terperi. Masa tu mmg dah tak nyaman lagi ler. hehehe. Tapi takpe la, selalu asyik diaaaa je yg hantar aku, rasa cam kureng best la plak. Kita kena ada bagi dan ambik. Dia bagi, aku ambik.. aku bagi, dia ambik... kalau dia taknak ambik, aku bagi kat org lain.. muahahha (ayat2 gatal-gelenyor tuh).

Sebenarnya konsep bagi dan ambik nih mmg banyak la diperkatakan dalam apa2 hubungan pun. Kita takleh la asyik nak bagiiii je. Kalau sokmo bagi je, tak pernah ambik, bila lelama nnt musti akan rasa cam asyik kitaaa je bagi. Org tu taknak bagi pun. Masa tu mula la keluar rasa tak puas hati. Masa tu jugak la boleh terasa cam bertepuk sebelah tangan. Dilema... dilema.
Dan kalau kita ni asyik mengambikkk je kerjanya, takkan tak bosan. Karang terasa cam takde kontrol dlm hubungan tu la plak. Sbb byk sgt menerima, sampai dah jadik terlalu terhutang la plak kat org yg memberi. kompius... kompius. Kalau setakat dua bulan tu boleh tahan la kot. tapi takkan lah selamanya camtu...

Tetiba aku teringat balik kata2 Dan Foxworthy dlm The L Word pilot episode... Dia kata, dalam satu hubungan tu, bila dah lama sangat, simbiosis akan terbentuk. Pada pendapat aku, bila ada simbiosis ni, dedua org akan cuba berusaha untuk membahagiakan pasangan masing2, sampai kengkadang terlupa akan keperluan dan kehendak sendiri. Lagi lama... akan terhasillah satu benda yg aku suka gelar sebagai 'tak-apa attitude'.
Takpe lah, kalau awak dah suka benda tu, saya ikut je.
Tak apa... saya tak marah pun.
Takpe, benda tu bukannya penting sangat pun.
Tak kisah lah. Itu semua perkara kecik je.
Ala... saya pasrah je...
Dah u tak kasi, i takyah la buat lagi.

Mmg la takpe, tak kisah, tak mati, tak rugi... tapi kalau dah sampai tigapuloh tahun asyik tak apa je. Takkan tak jadik apa2 kot. Kalau semua manusia tu angguk2 geleng2 tu ok la jugak. Ini yg menjadi masalahnya ialah, semua manusia ada kehendak dan keperluan masing2. Dan kengkadang bebenda yg dikehendaki tu mengarut2 sampai malu nak disampaikan kat org lain. Beruntunglah mereka yg sungguh pandai menyatakan kehendak mereka. Untunglah orang yg tahu nak pilih apa yg patut diambik dan dibagi. Tapi utk org yg terlebih tebal sikap simbiosisnya... Setakat mana mereka boleh bertahan? Sampai la ni, takde research yg menyatakan purata jangka-hayat perkataan 'tak-apa'. Maka, persoalan 'sampai bila?' mmg takde sapa boleh jawab, melainkan tuan punya body. (eh, cam lagu tipah tertipu la plak ek.. hehehe)