July 4, 2005

Phew..
haritu partner aku dok mengkomen yang blog aku ni tak macam blog yg lama. Iye la, blog yg lama tu kemain spesifik lagi. Bila dah bertuko blogspot, cemacam la plak benda yg diorg benarkan utk ditempel kat tetepi blog tu. Masa dgn blurty dulu, jangan lah harap. Maka sehari sesuntuk pepagi jumaat dan pagi ni ni selesailah sudah aku menghabiskan masa mengejas blog nih supaya kelihatan lebih kurang sama la dgn blog yg lama. Lagi satu cuba tgk kat belah kanan korang tu.. nampak tak? haaaaaaaaa.. itu la muka aku yg comei.. huhuhu (aku yg tak abih2 pasan)

OK la, hari ni aku sebenarnya menghabiskan masa kat opis yg lagi satu. Pasal tu la jugak ada internet dr pepagi tadi. Keja aku ialah jadik tukang set-up komputer utk bebudak yang datang interbiu. Bukannya aku yg interbiu diorg pun. Kalau aku yg interbiu, karang aku termenggatal plak. Maka oleh sebab itu, boss aku kurung aku kat dalam bilik komputer. Padan muka gue. Tapi bila time bebudak tu kena buat test la, hands-on la, dan tah pape lagi, masing2 tu dok la sebelah aku. Masa tu la mau cuci mata. Tapi sepandangan aku la, yg paling comei ada sorang budak lelaki la plakk.. Kuku siap manikurrrr lagik tu. Dasat mamat2 metroseksual skrg ni. Setakat pompuan lesbian cecomot cam aku nih, mmg kompom kalah la! Tapi rasanya lah, kalu aku buat manikurr musti bagus, cuma kena pastikan bahawa tiada sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan segala kulit kemulit diletakkan. Karang habis la jari aku, sapa plak nak ganti.. muahaha.

Hari ni aku nak menyatakan kebanggaan aku yang telah berjaya memperabih duit sebanyak mencicah seratus hengget. Kopak makcik.. (w/pun ada yg kata RM100 tu tak byk, tapi aku yg tak berapa kayo ni tetap kata banyakkk!). Ini semua gara2 aku dan partner berjenjalan ke Berjaya Times Square dan dengan rezekinya terrrjumpa lah DVD Buffy Season 6. Yess la. Season 6 merupakan musim yang pada pendapat aku paling best dan paling tak best dalam sejarah pembuatan siri 'Buffy si pencincang jembalang'. Paliing best sbb musim ni ada scene gerrgerrr post-coital Willow/Tara (tak tau maksud post-coital tu, email aku ataupun tanya kat doktor korang). Dan paling tak best ialah pasal Tara mati.. oh tidak.. TIDAK!!!! Kalau aku jadik Willow, mmg ku tumbuk org yg bunuh Tara tu dalam lesung batu!

OK, di penghujung Season 6, akan ada scene Xander memujuk Willow supaya tidak memusnahkan dunia. Dan dalam scene tu Xander tak putus2 mengucapkan 'I Love You' pada Willow supaya dia kembali ke pangkal jalan. Dulu ada sorang budak lelaki yg aku kenal. Dia ni tgk Buffy jugak. Komen dia pasal scene tu camni..
"Ala Willow, tgk je la. Last2 balik ke Xander jugak."
Cara dia cakap tu macam lah org pompuan, kalau dah jadik lesbian, tetap akan cair jugak bila dipujuk oleh lelaki. Masa tu keluar la jugak hangin kat telinga aku nih... Rasa cam nak cakap piiiiiiiiirahhh.. Tgk season 7 la kalu mau tau!! Dgn poyonya aku tetap mempertahankan yang Willow adalah tergolong dalam golongan 'those that never look back'.

Tapi biasala.. ada lelaki2 yang taknak kalah. Tetap berpegang teguh dgn teori bahawa diorg boleh sesenang menawan hati lesbian.. Lantak korang la... Yang aku tau, kengkadang teori tu menjadi, dan ada jugak masanya teori tu patut dibenam dalam tasik chini.
Pokok pangkalnya, duit aku habis beli DVD Buffy...