July 18, 2005

Bila takde sape yang berani sebilik dgn aku.

Selamat pagi semua... ada sihat? Bagusssss. hehe. Hari jumaat haritu aku tak dapat update blog, pasal aku MC sbb selsema. Pastu hari sabtu dan ahad plak aku takde kat kl. Ala, kalau aku ada lat kl pun macam lerrr boleh update. kan kan?

Mana aku pegi ujung minggu lepas?
Sebenarnya hari sabtu dan ahad lepas aku telah dipaksa-rela pergi ke majlis Hari Keluarga merangkap perhimpunan staff besar2an opis ni kat salah satu drpd pantai2 yg ada di Semenanjung Malaysia ni ler. W/pun mmg pada asalnya aku malas giler nak pegi. Tapi bila diorg kata ada byk mknn dan jugak semua org akan dapat hadiah maupun sekecil bata, maka aku pun ikut je la. Satu lagi perkara yang menyebabkan aku cam malas nak pegi ialah sbb semua org lain boleh bawak spouse. Siap kompeni bayo lagi spouse2 yg dibawak tu. Tapi aku?? Dah sah2 la aku takleh bawak spouse aku pasal kitorg takde surat nikah. Tu yg aku ala2 tensen tuh. Aku pun ada jugak perasaan nak menayang buahati aku yg vogue dan tinggi melampai tu kat opismate yg lain. muahahaha (gelak cambagus).

Maka sesapa yg takde spouse ataupun sesaja maleh nak bawak spouse, akan datang la bersingle2an. Dan yg single2 ni kena la dok twin sharing dgn sesapa yg single jugak. Tu yg aku terpikir masa sebelum pegi tu.... Kalauuuu lah diorg tau aku ni pompuan yg sukakan pompuan, agak2 ada tak yg berani nak sebilik dgn aku? Dan pihak pengurusan plak sure pening kepala. Nak letak aku sebilik dgn lelaki... heish! mana bley. Nak letak dgn pompuan plak, takut berlaku renjatan elektrik. Sure pening2 lalat jugak tuh. Cuma berita baiknya ialah diorg tak tau... maka aku pun dapat lah sebilik dgn budak pompuan.. YES!!! (haha... bunyik macam gatal, tapi sebenonya aku ni baik.. sumpah tak gigit).


Kenyataannya.
Tapi, sebagaimana yang diketahui, kita tidak boleh lari dari kenyataan. Dan kenyataannya aku kena dok sensorang je dalam bilik tu. Pasal yg patutnya sebilik dgn aku tak dpt dtg. Yeahoooo!! Boleh aku kongker TV sensorang. Yehaak yeak yeayy!!! Maka lepas tu aku pun rasa, nasib baik laaaa aku dok sensorang. Selamat...

(Bukan) Kenyataan yang terlampau.
Cuma yg bestnya... aku siap boleh merapu2 lagi tu. Agaknya lah.. kot2 ada yg tau aku dok bilik sensorang malam tu... jangan2 ada plak mana2 pompuan2 opismate aku yg dok mengetuk pintu tetengah malam. Yang di siang hari mmg berminat nak ber'kenal'an lelebih tapi memalu kucing parsi. Bila dah memalam time takde manusia yg nampak, baru la berani nak mengetuk pintu bilik aku. Dan aku pun menjadi la ala2 tekujat.. dan bermula la adegan aku ala2 tak percaya plak ada peminat.. hahaha.. poyo.
Dan pastu bila balik opis start la plak adegan berlakon2 depan opismate lain kengkonon cam takde pape yg berlaku.

Yang pastinya...
Yang pastinya takkan ada la orang yg sudi mengetuk pintu bilik aku tetengah malam buta.
Yang juga pasti segala ketukan di tengah malam buta akan aku respons dgn menggulungkan diri dalam selimut.
Yang paling pasti, kalau partner aku yg ketuk pintu malam tu, ceritanya akan jadi lebih panjang.
Yang memang pasti, takde org ketuk pintu aku malam tu.

haha..