Selesai je sesi mengeluarkan peluh, aku balik umah jap dan sama2 tido dgn kucing aku kat depan kipas. Punya la hanco stamina aku nih. Pastu sang partner aku plak call, ajak lunch sesama. Maka dengan kelangkalibutnya aku pun bersiap dan terus memecut ke kawasan Bukit Jalil. Nak makan dgn buahati punya pasal. Sanggup bangun tido tu. Dan biasa lah... bila time kita nak cepat mmg adaaaaaaa je hantu2 di jalanan yang sokmo nak tukar lane, tapi taknak bagi signal. Itu yg aku rasa cam nak kasik pecah je lampu signal diorg tu. Ada jugak tu lori tak sado diri. Dah tau berat cam.. er.. lori, nak jugak bawak kat lane laju. Dok tepi sket buleh tak??!!
Tapi aku pun mengata org, sendiri buat tak tahu. Sendiri bawak slow kat lane laju, nak mengata lori plak. Iye la, pasal aku mana la pernah nampak aku bawak keta cemana.Tapi, aku ada alasan. Alasan aku, aku bukannya kenderaan berat, yang berat dok ah tepi sket...
Hmmmm.. selagi hidup jenuh dgn alasan. Sampai bila2 pun masing2 taknak mengaku salah.. Mmg hidup ini penuh dgn unsur2 ironi... Yea.. mari kita main ironi lagi.
Pada pendapat aku, ini adalah perkara ironi yg aku baru terpikir pagi tadi...
- Sendiri tak bagi signal, tapi sanggup maki org bagi signal
- Tak suka dgn org yang memaki kita, maka kita pun maki balik kat dia
- Mengaku bahawa diri sendiri suka/cinta kat pompuan, tapi sanggup pukul bantai pompuan
- Apabila kelab 'Zouk' letaknya bertentang dengan Tanah Perkuburan Ampang
- Pandai nak tegur org nak semayang Qiblat tak tepat, tapi diri sendiri bentang sejadah pun tak pernah
- Mengata kereta Malaysia tak bagus, tapi menderum2 jadik raja jalan bawak keta err.. berjenama Malaysia.
- Sendiri malas nak call org, tapi bila org tak call kita.. mengamuk.
- Mulut kata taknak, tapi hati terhentik2 nak
- Tak suka pasangan dok jeles2, tapi sendiri jeles tak hengat.
- Tgk hantu Ju-on meraung2 takut, tapi tgk hantu dalam siri Buffy kemain fanatik lagi.
- Mengamuk2 bila budak AF yg disokong keluar, tapi nak mengundi...? Jgn hareppss!
- Mengata bebudak AF low-quality, tapi tetiap minggu beli VCD diari dan konsert (tak pernah miss!!)
- Beli barang mahal malu nak mengaku, tapi kalau beli barang murah lagi berkualiti, canang satu kampung!! (erkk, cam takde kaitan la plak benda nih..)
- menulis blog guna PC kat opis kemain laju lagi, tapi suruh tulis report, dah tiga minggu tak siap2.
Apa2pun, kena selalu ingat, apa yg kita nampak sebenarnya adalah bayangan/ cermin diri sendiri. Dengan ini bolehlah dikatakan kes2 ironi kat atas tu.. adalah benda yg sebenarnya melibatkan diri aku. Dan takde kait mengait org lain dibumi maupun di planet Marikh. Sekian harap maklum, inilah Sekapal melaporkan dari bilik melabur.. huhu..