July 6, 2005

Warna-warna kehidupan. Masih bermakna w/pun pd org tak reti nak mewarna.

Hari ni mari kita bercakap mengenai warna dan ketidaksehaluannya aku dengan medium pewarnaan. Warna ataupun bahasa ompasar disebut sebagai kaler. Aku adalah seorang manusia yang sungguh kureng sense dgn kaler. Aku tak pernah berminat untuk memasuki pertandingan mewarna masa kekecik dulu. Sbb kalau aku masuk, aku akan melahu tak tau nak buat apa. Sbb tu jugak la mak abah aku tak pernah dibebankan dgn permintaan kaler sebanyak 50++ batang dr aku. Kalau masa kelas lukisan dulu, bila tiba part mewarnakan lukisan aku je, jawab... lukisan yg huduh menjadi huduh+hampeh. Tapi sbb aku anak murid yg skema dan baik budi pekerti, che'egu biasanya akan memberikan aku gred kesian, iaitu satu takuk lagi untuk dapat gred kaler merah. haha.. padan muka che'egu.

Ni bila dah bebesar nih aku tak jugak berminat untuk mengaler muka aku (atau dgn kata lainnya, bermekup). Gamaknya kalau aku kaler muka aku, jadik la macam hampeh jugak. Bukan setakat kaler biasa2, kalau aku diberi kerja sebagai badut sarkis pun kompom aku kureng reti mengaler.

Kalau ada sesapa yg kenal dan pernah jumpa aku, korang musti akan perasan dgn kaler2 yg aku pilih sebagai pakaian. Kebiasaannya kalau korang nampak aku, lebih kurang sama la macam tgk tv cerita p.Ramlee. Tak abih2 monokromatik. Cuma bezanya kulit aku ada lah warna seperti kulit dan bukannya macam warna kuda belang.

Tapi ok la, ada masanya aku tak lah jadik monokromatik, tapi aku akan jadik gradien. Gunakan semua warna yang sama, tapi pada tona yang berbeza. haha.. Maka buleh la jugak aku ni dikategorikan sebagai manusia monokromatik dan monotonous. Yes la.. Atau dgn kata lainnya, skema.. :P

Cuba je la korang tgk kaler blog aku nih. Apa kaler yg ada? Aku rasa kalau disebut bebetul, cuma ada kaler ijau, itam dan putih. (er, kecuali muka aku tu la, ada rambut kaler cekelat.. muahahha.. macam yo yo je).

OK la, walaupun aku ni monokromatik, tapi aku ada jugak la minat kaler yang lain drpd kaler itam, putih dan yang sekelabu dengannya. Aku suka kaler ijau keputihan. Org kata sapa suka kaler ijau ni kuat jeles. Tapi aku tak kuat jeles pun.. Mungkin diorg dah silap la.. Kena tukar sket pahaman tu, 'Sapa suka kaler ijau kuat makan dan tido'. Haaa.. itu baaru kena. Pasal tu jugak la apa sahaja kereta kaler ijau kat atas jalan tu semua aku nampak cam memberahikan. Dan punya la aku suka dgn kaler ijau sampai aku tak sanggup nak makan sayur2an hijau. huhu (alasan taknak makan sayur..).

Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur sbb aku tidak ditimpa masalah rabun/buta warna. At least aku masih boleh la bezakan warna2 pelangi yg ada kat bendera gay... heheheh