Kalau nak dikirakan, hujung minggu aku yg baru lepas ni, penuh dengan pelbagai insiden yg memeningkan kepala, menyeronokkan, dan jugak meletihkan. hehehe.. seperti biasa, entri di hari isnin akan selalunya menceritakan pasal bebenda yg berlaku di hari sabtu/ahad.
Mmg kalau nak dikirakan ini adalah sabtu/ahad pertama dalam bulan julai yg aku dapat bebetul menghabiskan masa dgn partner aku. Ye la, sebelum ni dok pi balik kg la, pastu ada family day lah.. hanco kehidupan peribadi aku. Dan kiranya hujung minggu haritu barulah aku boleh berjenjalan di samping meng'embrace' seksualiti aku. hahaha.. ayat campoyo. (Amende tah kaitan jenjalan dgn orientasi seks. huhu). Blasah la, tambahan pulak dgn adanya uL dan jugak LoneRanger (pembaca blog yg dah lamaaa tak nampak online), apa lagi.. makin sakan la kitorg berempat melayan cuci mata sambil menggossip. hahaha
Hari sabtu tu kitorg merayau2 dr Putrajaya sehinggalah je Jalan TAR. Bunyik cam byk je tpt yg pegi, tapi sebenonya dua tpt tu je la yg dikunjungi. Hajat di hati nak pi makan buah tanpa had kat Putrajaya, tapi apakan daya, badan kami pun tak muat nak disumbat ke tpt tu. Dah giler ramai org! Dah lah org yg kat dalam tu tak reti nak keluar dan makin lama makin membesar... Last2 mengalah je la.
Tapi mengalah tak bererti kalah! Sbb sakan nak makan buah bbnyk punya pasal, masing2 otak jalannn je mencari kat mana nak dapatkan buah. Dan dgn kurniaan idea, akhirnya kitorg tersampai lah ke pasar malam Jalan TAR. Nasib baik ada jual buah kat sana. Dapat gak makan buah. Yea yea!!
Ni la aku nak sarankan kat pihak penganjur makan buah tu... buat la kat tpt yg lagi besar seperti kat Stadium Putra ke, padang bola ke, padang jarak padang tekukur ke.. baru la buleh reramai join. Ini buat kat tpt sekangkang anak kera je. Mana la nak muat org reramai dtg. Kena ingat sket, org Malaysia ni bila bgtau pasal buffet je.. kompom laju!
Dan Sabtu malam seperti biasa la, lepak kat umah tgk AF. Almaklumlah, mem besar kat umah tu peminat Mawi, so, kena la dok umah je. Kalau tak boleh gak pi melepak kat NZ. hehehe.. kan sayang kan? Tapi partner aku tetap memastikan perut2 kami dipenuhi dgn makanan, sebagaimana NZ memenuhkan perut pelanggan mereka. Iye la, dia kan ChefDiva, musti la masak. Dan aku plak, dgn bangganya menjadi 'sous-chef' la.. haha (sous chef? like an assistant chef?) iye la. Apa lagi.
Malam tu jugak sampai lah dua orang lagi kawan2 kami yg macam kami jugak. Walaupun hampir sesat, tapi nasib baik sampai. Cuma biasa la, sbb adik aku ada, perbualan kitorg terkontrol2 dan banyak dipenuhi dgn cuit2 dan kenyit2 mata je la.
Hari ahad, perjalanan diteruskan plak ke area Bukit Bintang, KLCC dan berakhir di Puduraya/Petaling Street. Bila time dah nak balik tu kaki aku dgn partner aku dah naik kematu dah. Kitorg ni mmg dah lama giler tak berjalan sakan. Sekali berjalan tu, sampai terpoyo2 jadiknya.
Tapi apa2pun aku seronok gaban sbb dah lama rasanya tak jadik cam gaban. So, tima kasih bbnyk kat uL dan lone pasal sanggup mengkematukan kaki jenjalan dgn kitorg dan sudi tido kat umah kitorg yg sepahnya mengalahkan sarang tikus. Timacih jugak kat dua org tetamu yg datang malam tu. W/pun malu2, tapi dapat jugak bertukar2 DVD. huhu... Dan kepada partner aku yg berdedikasi, timacih sbb bawak kitorg semua jenjalan dan bagi kitorg makan. Kalau takde awak, takde la saya boolat camnih. hehehe.
Dan aku akhiri blog harini dgn serangkap pantun...
Hari ini menanam jagung,
Hari esok bermain mercun,
Hari ini tak bawak payung,
Kena ujan basah lencun...
tima kaseyyy!!