Adehai, rasanya aku ni tak abih2 la suka merapu pasal kehidupan aku sebagai seorang lesbian yang tak keluar daripada gobok nih. Tapi dah ini blog aku, sukati aku la kan.
Ni nak tanya, agak2 pernahkah anda terjumpa mana2 perempuan yang secara senyap2 anda berharap..'Alangkah baiknya kalau dia tau aku ni senget...' Kalau aku tanya dgn diri aku sendiri, mmg aku mengaku pernah ada la perasaan cenggitu.
Biasanya rasa camtu boleh timbul dalam beberapa senario. Contoh2 senario adalah seperti di bawah (haha.. ayat budak skema..)
Senario 1:
Kalau aku tetiba terkenal dan terberkawan dgn sorang pompuan yang disyaki tidak begitu tegak. Dan selalunya aku akan terus berharap supaya dia tau kesengetan aku dan mengaku terang2an yang dia jugak senget. Dan dgn bestnya kitorg pun akan menjadi kawan baik dan sekapal. Pastu org2 kat opis pun mula la pelik apsal laaaa diorg ni boleh rapat.. Pastu aku pun gumbira la pasal ada opismate yg sama senget. yesss!
Senario 2:
Bila aku kenal dgn seorang perempuan dan tidak berhenti berharap yang dia tergolong dalam komuniti "straight until they're not". Dan bila dia dah tau aku ni baik hati dia pun suka la berkawan dgn aku. Masa ni aku nak sangat dia tau aku lesbian. Sbb apa? Sbb aku nak dia jatuh chenta dgn aku... muahaha! huhu..
Senario 3:
Apabila aku berjalan dgn partner aku dan ada la beberapa mat-yehyeh yg dok terpandang2 kat gelpren aku, cam ala2 nak ngorat la plak.. kalau perkara camni terjadi, mmg aku nakkkkkkkk sangat diorg tau aku ni senget, supaya aku boleh berkata kat diorg..."Kenapa? Tak percaya ke??"
Senario 4:
Bila aku tgh beratur panjang nak beli tiket wayang dan dari jarak 100meter lagi aku dah nampak yang penjual tiket wayang tu mmg sah2 senget. Masa tu kalau lah dia tau aku jugak senget, mungkin dia akan bagi aku potong Q dan lagi bagus dapat tiket free.
Senario 5:
Bila aku terserempak dgn selebriti yang diketahui/terlalu disyaki PLU. Paling2, kalau dia tau aku senget jugak, sure dia akan pandang aku dua kali lah! Macam apa yg pernah terjadi kat KLCC bila aku terserempak dgn ****.
Tapi dalam banyak2 senario tu ada jugak masanya bila aku taknakkkkkkkk org tau aku senget. Walaupun radar aku mengeluarkan radiasi terlebih. Masa taknak dilihat senget ini ialah apabila adik2, mak, abah dan sedara mara aku ada kat keliling aku. Time tu terusssssss jadik homofobik tanpa segan silu lagi.
Seperti biasa, ada ayat disclaimer.. ini semua pendapat aku, lain org lain pendapatnya. kalau semua dah sama pendapat, berebut gelpren la plak kita nanti.. kan kan?