July 21, 2005

Tgk TV, tgk wayang, tgk pompuan

Ish... bosan giler keja mereview nih. Macam nak pinsan pun ada. Rasa nak muntah toksah kata la. Seksa.. seksa. Patutnya aku buat technical review je.. sekali tu kena jadik che'egu inggeris la plak. Nak biarkan je error tu, tak sedap hati, nak betulkan.. banyaknye mengalahkan pinjal kat badan kucing aku. Adeh... tulun!!! Benda ni punya pasal, blog aku pun lambat baru leh update. haha.. Ada ke pentingkan blog dr keja, sungguh tak patut. haha.. macam tak besa.

Hmmm, ni aku nak bagitau kepada sesapa yg haritu bersama2 dgn aku mengutuk 8TV pasal kes The OC kena hentikan seketika tu, marilah kita bersama2 mengucapkan timacih plak kat 8TV. Pasal... siri The OC dah ditayangkan balik semula. Dan nampaknya pihak 8TV menyambung kat mana yg mereka tinggalkan haritu. So... Marissa/Alex masih la dilihat dalam keadaan berchenta. ececehhh

Episod minggu lepas, scene Marissa bukak baju kena potong (gilo ko nak kasik lepas). Tapi scene Alex ternganga tgk marissa terseksi tu masih selamat lagi dan dapat ditonton oleh kita2 yg menonton. Pastu terselamat jugak scene marissa ala2 kompius dan kemudiannya dtg ke kelab Alex yg lepas tu diorg berpegang2an tangan.. ahaha.. bagus bagus.

Desperate Housewives pun adaaa...
Ha... cerita ini pun sudah ada kat 8TV, setiap hari Selasa jam 10.30 mlm. Bagus, bagus. Aku mmg sejak cerita ni digembar gemburkan cambest mmg dah teringin nak tgk. Akhirnya ditayangkan jugak kat tv malaysia yg takyah Astro. Tapi cenel 70 astro ada jugak tayangkan. Cuma diorg terlewat satu episod bbdg 8TV. Dan kat cenel 70 pun hari selasa jugak, tapi pukul 9mlm. Maka pada sesapa yg suka nak tgk ulangan segar sebelum tgk episod baru, boleh la tgk cenel 70. Pastu setiap hari selasa akan mabuk cerita ni. Lagi bagus! At least ada gak reason utk dok umah setiap mlm selasa. Takde la sokmo nak gi paso malam je. Kesian TV kat umah.

W/pun setakat ni bunyik2 senget pasal Desperate Housewives hanyalah pasal pelakon yg melakonkan watak Bree van Der kemp tu kengkononnya lesbian, takde apa2 berita yg cerita tu akan jadik senget (tak tau la kalau aku yg tak tau..). Macamanapun aku nak tgk jugak cerita tu, pasal byk pelakon pompuan. huhu..


Fantastic Four la plak
Cerita pasal pelakon pompuan, haritu aku tgk Fantastic Four dan mmg sorang je kot pompuan dlm cerita tu iaitu si Jessica Alba yg jadik invisible girl. Bagi aku apa yg menarik dalam cerita tu (selain drpd dapat tgk cleavage Jessica Alba yg sungguh bermurah hati..), ialah effect yg menggegarkan kusi. Sampai bila time nak balik umah tu aku rasa cam terlebih bergego plak keta. Dan cerita tu jugak ada orgjahat yg sungguh best. At least orgjahat dapat balas dendam dan bunuh org yg lebih jahat.. muahahaha. Acam tu la baru best kalu nak jadik villain. Ini villain pun nak membunuh berkira2. Apa kelas..

Tapi keseluruhannya cerita tu ringan seringan makanan ringan. Pi la tgk kat memana cinema. Tapi pastikan anda dapat duduk kat seat yg best2 utk mengelakkan partner anda muncung di awal cerita. wokeh? haha