July 19, 2005

Memoryyyy....... all alone in the moonlight

Unghhh... Sebenonya badan aku ni tgh giler lenguh sejak balik drpd family day haritu. Mana taknya, badan dah tua, berkarat, tak pernah exercise, sekali tu kena paksa main telematch. Kalau setakat bawak bola pingpong dalam sudu tu takpe jugak, ini siap kena tarik tali lagi... Haru betul. Dah la menarik di tepian pantai. Sampai separuh badan aku termasuk dalam pasir pantai. Tapi nasib baik menang. Kalau tak menang... mmg sesia sahaja lah segala kuasa penarikan aku. Er.. bila boleh menang tarik tali nih, boleh la dikatakan aku ni mmg menarik kot... muahahaha.. perasan lagi (sesapa yg dekat dgn aku tolong la luku kepala aku yg kuat perasan ni berkali2...).

Sbb badan yg lelenguh ni jugak laaa aku la ni sungguh bermasalah nak lipat tangan ke belakang... hence susah la nak pakai tuala, pakai baju dan membongkok cari barang. Sungguh menyusahkan diri la. Dan kengkadang kalau ada benda beso depan mata dan otot tak lalu nak mengelak, takleh tidak kena la langgo je. heheh.. kengkadang aku ada gak merasa diri ini macam bajak (ditambah plak dgn badan yg gemok). Semua benda nak dilanggo.


Kesan yg bukan sakit badan
OK la.. seperti biasa bila dah balik semula ke opis, semua orang galak bercerita dan jugak menceritakan semula benda2 yg berlaku yg kiranya boleh la membuatkan orang tergelak2 dan tersedih. Aku pun kengkadang tergelak jugak bila mengenangkan tetiba sekebat pensil jatuh drpd kocek suar boss aku, dan macamana kelangkalibutnya dia mengutip sebatang2 pensil yg dah tertabur tu. haha.. kantoi, kelepet pensil hotel!!

Dan sesi tgk gegambo yg dah siap pun bukan main meriah lagi. Masa ni la dapat tgk muka masing yg mengalahkan kucing sakit perut time tarik tali. Dalam gambo jugak la dapat tgk kain batik sapa yg terlerah masa bawak bola pingpong dlm sudu, dan jugak sapa yg tak muat masuk dlm kain batik. Dapat jugak la tgk muka2 yg dgn gagahnya tersungkur di medan perjuangan. haha.. (aku boleh la gelakkan org pasal gambo aku tak byk).

Maka pada pendapat aku lah, jika dipikir2 balik... sebenarnya bukan proses melalui satu peristiwa tu yang manis, tapi proses mengenang kembali perkara2 yg berlaku itu la yg paling seronok sekali. Masa tersungkur menyembam pasir, rasa malu... tapi bila diingat2 balik, rasa kelako dan sweet la plak. Ada la sket rasa cam alahai, seronok jugak haritu ek.. hehehe.

Dengan ini boleh lah aku ikatkan bahawa memang memori memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kewarasan dan kesejahteraan seseorang manusia. Sbb dengan mengenang memori yang manis, kita akan jadi lebih bertenaga dalam melalui kehidupan seharian. Camtu jugak la dgn org tersayang. Bila dikenang2 segala kenangan manis bersama, rasa marah yg timbul pun boleh jadik reda, seterusnya membolehkan seorang manusia hidup dalam komitmen walaupun dengan keadaan lidah yg selalu tergigit.

Dan itu kuasa memori yang indah. Memori yg sungguh tak menyenangkan plak??? Ini yang membolehkan seorang manusia gila, stress tak tentu arah dan boleh menjadi separuh tiang. Memori pahit jugak membolehkan manusia melakukan perkara2 yang melanggar batas2 kemanusiaan seperti membunuh, menyedut kesemua buku ilmu hitam dan jugak menternak badan sampai jadik obes morbid.

Senang kata, mmg memori itu berkuasa. Ada power gitu.. kapowww!!! Terpulang lah pada kita untuk memilih memori apakah yang ingin kita simpan dalam kotak bekalan seharian.. yea yea!!