heheh... (ey apa da, awal2 entry je dah gelak!).haha.. suka la aku nak gelak pun. Nih, hari ni aku nak cerita sket pasal perkara yg aku rasa cam kelako bila dipikirkan lagi dan lagi.
Sebenonya kalau dikirakan aku tak pernah mengaku pasal kesengetan aku depan orang lain, kecuali lah korang2 yg baca blog aku. Dan berapa kerat je pun antara korang2 ni yg pernah tgk muka comot aku nih. Kiranya, aku masih lagi berahsia.
Tapi partner aku plak.. boleh kata ramai org yg langsung tak tau kewujudan aku dan blogku tau dia senget. Maka, secara tidak langsung apabila diorg tu nampak aku dgn dia, sah2 la diorg tau aku senget. Dengan ini selamat dikatakan bahawa sebelah badan aku telah terjulur keluar dari almari. adeh tolong..tercepit!
Anyway, aku ingat lagi org yg pertama (rasanya la) partner aku berani kenalkan dirinya (secara realiti tau, bukan online..) sebagai seorang yg senget. Aku ingat lagi partner aku cerita yg budak tu cam ala2 sedikit tertakut2 la. Takut la kot2 partner aku tetiba minat kat dia dan nak buat apa2 yg tak patut la plak. Hek eleh.. ada ke anggap cenggitu.
Tapi sbb buat camtu dgn partner aku silap haribulan ler. Kalau dgn aku cuma dapat sengihan kerang aku. Partner aku plak, dengan bangganya telah membuat ayat disclaimer yang maksudnya lebih kurang begini ..."Seorang pompuan yg sukakan pompuan lain tak semestinya suka SEMUA perempuan." Maksudnya, kitorg ni ada taste dan jugak ada rasa perikemanusiaan. Takde la main boh je. Apa omputeh kata.. "We don't simply jump into any girl's pants lah."
Oleh itu, kalau korang baca blog aku dan aku sokmo cerita pasal pompuan, pompuan dan pompuan.. yang kat opis la, kat shopping kompleks la, kat dalam TV, kat tepi jalan.. itu tak bermaksud aku nakkkkkkkkkk kat pompuan tu. Cuma sekadar seronok nak bercerita dan nak memandang free sahaja.
OK, cerita kat atas tu sebenarnya ayat menepis tohmahan utk cerita di bawah nih. Opis aku ada 9 org budak baru masuk. Tapi sayangnya hanya salah dua orang sahaja yg pompuan. Ada sorang pompuan tu.. buleh tahan comei jugak la. Badan tak kurus sangat, tinggi lampai, rambut panjang.. Cuma muka ada Chinese look sket, so tu kira tolak markah tuh. Ada satu haritu dia dtg siap pakai baju kolar putih. Aisehmen... terteleng2 jugak la kepala aku. Haru betul aku nih.
Tapi... jgn lupa, aku tgk sahaja, bukan mengorat pun. Ala, nak cakap pun malu, lagi nak ngorat?! Tak payah la kapal.. baik ko menyelam je lagi baik.
Kesimpulannya, aku ni cakap/tulis je lebih. Tapi hakikatnya.. takut. Eh bukan, hakikatnya, aku dah berpunya. Takleh gatal. haha