Rasa cam dah lama je tak tgk wayang. Eh, tak jugak. Filem last yg aku tgk kat panggung wayang ialah cerita Madagascar. Tapi aku tak berapa reti nak komen lelebih la pasal cerita ni. Cuma satu je la, aku rasa kalau cerita tu Disney yg buat, musti lagi best jadiknya. Ingatkan dgn reputasi 'Shrek', Dreamworks boleh la buat kejutan, tapi bagi aku... ada sedikit hampa. Tak kisah la, still cerita Madagascar tu menghiburkan.
Kalau korg perasan atau tidak, rasanya paparan pasal lesbianism kat filem2 skrg ni makin bertambah banyak nampaknya. Lagi best, bebenda camtu boleh dilihat kat cerita2 mainstream yg ala2 berbajet tinggi lah kiranya. Tapi untuk mengadili samada paparan lesbian dlm cerita tu satu yg positif ataupun negatif, kena la bagi pendapat sendiri. Sbb aku ni tau tgk dan tulis je. Nak bagi review power2, mmg tak mampu ler. Kureng berbakat gitu.
Salah satu cerita big bajet yg ada watak lesbian ialah cerita Bridget Jones's Diary yg no 2 tu. Mmg sebenarnya aku beli dulu DVD cerita tu sebelum aku tau ada watak2 senget. Tapi aku malas nak tgk sampai habis, atas alasan malas semata2. Tapi lepas terbaca review kat Afterellen.com pasal ada lesbian kiss kat cerita tu, langsung aku tengok sampai habis. hehehehe.. biasak la tuuu. W/pun kat website tu menyatakan paparan lesbian kiss dalam filem tu mungkin bertujuan utk memuaskan penonton lelaki, tapi aku tetap berpuashati pasal seorang pompuan yg sungguh cantik dan seksi... merupakan seorang lesbian.. huhuhu.. Yesh!!
Satu lagi filem Miss Congeniality. Kalau sesapa yg tgk filem tu yang pertama, sure tau jugak pasal salah seorang contestant Miss America yang mengaku terang2an yg dia senget. Dan kemudiannya memberikan semangat kepada mereka yg senget lain utk masuk pertandingan tu jugak. hehee. Kiranya yg first tu ala2 gay friendly la, di tambah plak dgn watak cikgu ratu cantik yg mmg diragui sebagai gay. Utk filem yg kedua plak, bau2 friendliness tu masih jugak boleh dirasakan. Satu dgn adanya paparan kat kelab drag, yang mana penasihat gaya Gracie Hart (Sandra Bullock la... hero cerita tuu) kemain suka lagi bila dapat peluang men'drag'. Dan sebagai penonton yg suka buat kesimpulan sendiri (macam aku), mmg kengkadang merasa bahawa adalah lebih baik kalau Gracie dipasangkan aje dgn partner barunya, yang merupakan seorang perempuan. Kan best... huhaha. (aku pun, tak abih2)
Tapi watak senget satu hal, kehadiran filem2 yg dipenuhi dgn watak2 pompuan chantek dan seksi pun sebenarnya sudah cukup la untuk memeriahkan penontonan filem aku.. Contohnya macam baru lepas haritu ada Angeline Jolie jadik Mrs. Smith (aku tak tgk pun cerita ni, beli dvd je la jawabnya).
Pastu ni tak lama lagi makcik Jessica Alba plak berlakon dlm Fantastic Four. Ha, yg ni akau akan cuba utk tgk kat movie, pasal efeknya mmg nampak cambest je.
Dan rasanya cerita Sin City (yg ntah ada ntah tidak ditayangkan kat pawagam Malaysia) pun dikelilingi awek2 cun seperti Jessica Alba (lagi sekali), Alexis Bledel (Rory - The Gilmore Girls), Brittany Murphy, Devon Aoki dan jugak Elijah Wood... huhuhu.
Eh, tapi aku tetap jugak menunggu beberapa filem yg cambest2 yg takde watak senget maupun awek2 seksi. Contohnya cam cerita Charlie dan kilang cekelat En. Willy Wonka, Harry Potter dgn geluk berapi, dan jugak Kisah sang singa, sang ahli sihir dan sang gobok.
Sesambil mencari DVD cerita2 senget, ala-senget, senget-friendly, ataupun cerita fantasi kanak2.. jangan lah juga lupa menyambar barang sekeping dua DVD My Summer of Love dan juga D.E.B.S yang rasanya sudah ada di pasaran Malaysia. Cepat sementara stok masih ada... :P