December 30, 2005

Selamat meneruskan kegembiraan dan meninggalkan kedukaan.

Hari ni dah 30 December 2005. Lagi beberapa hari je lagi sebelum harga minyak petrol akan meningkat. hehehe. (cam yo yo je la aku ni pun). Memandangkan aku hanya akan menulis blog ini semula pada 030106 (insyaAllah klu panjang umur..), aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun masihi yg ke 2006. Terutamanya buat Leen pakai toncet yg berada jauh di mata, dgn ucapan, dah makan ke belumm?? (haha.. macam bebudak buat ucapan kat radio Era la plakkk..), dan jugak utk kesemua pembaca blog aku yg setia membaca walaupun aku tulis bebenda poyo. Thank you!

Bila dah 2006 nnt, baru la melepasi dua tahun umur aku kat dlm dunia blog nih. W/pun baru dua tahun, byk sungguh pahit mahung yg aku dapat dr blog ni. Cuma aku bersyukur hubungan aku dgn Leen pakai toncet masih utuh sehingga kini. Semoga aku dapat perisai utk mengenyahkan segala bebenda yg dtg menganggu kitorg. eheheh.

Tgk2 balik apa dah jadi dlm tahun 2005, mmg byk benda. Ada masanya org buat aku, ada masanya aku kenakan org. Ada masa aku sakitkan hati org, ada masa org sakitkan hati aku. Ada jugak masanya partner aku yg kena, tapi aku yg terlebih terasa.

Tapi hal2 hati dan perasaan ni mmg tabley di layan, adaaaa je problemonya. Maka eloklah kita kenangkan pengalaman yg best yg berlaku di 2005. Bagi aku, yg terbestnya ialah aku dapat sekor kucing, pindah umah yg dok atas tanah, dan dpt mengkolek lebih2 lagi DVD senget. OK la tu kan.. at least ada achievement gak.

Kepada yg mengalami byk kedukaan di 2005, tungguuuuuuuuu.. Tahun depan janjinya dah lain. Kepada yg bergumbira di 2005, semoga kegumbiraan berterusan.

Azam tahun baru aku... nak jadik garang.. hehehe. Wah! garangnyer! hahaha... (lawak personal, korg jgn plak gelak.. macam paham..) :p

December 29, 2005

Buku2 senget yg aku ada. Masih tak cukup utk buat perpustakaan.

heh heh.. ini merupakan satu entry ciplak yg dicedok ideanya dr blog uL. Sori yea uL, aku tgh teringin nak menulis bbnyk nih. Jgn marah aa..

OK, haritu uL ada cerita pasal koleksi DVD yg dia ada. Mmg banyak giler..! Itu lah kelebihannya bila dok di area yg byk mensupply dvd. Idop JB! muahaha.. Aku plak takde la nak cerita pasal koleksi DVD yg aku ada. Sbb buat malu saje. Tak banyak kemana. Aku nak tulis pasal koleksi novel2 senget yg aku ada kat umah. Sebenarnya takde la byk sgt tapi sesaja gatai nak tulih.

Novel2 senget aku banyak dijumpai di Kinokuniya KLCC. Kat rak mana nak cari? Tu korg kena la pusing2 keliling. Kalau rasa2 berani, tanya je kat adik2 yg jaga kaunter maklumat tu. Nescaya diorg sudi menolong. Satu lagi kedai yg membantu menambahkan koleksi aku ialah satu kedai buku sekenhen yg menjual buku terpakai. Aku boleh dapatkan buku2 senget pada harga kurang drpd saploh hengget. Menarik? Mmg menarik. Lebih2 lagi usaha utk menggeledah kesemua buku2 yg ada kat kedai tu. Menarik dan mencabar. Sama letihnya cam main futsal. huahaha..

OK, ini antara buku2 yg aku ada.

Kelas 1 - Buku teks klasik/musti ada

  • Curious Wine (Katherine V Forrest)
    Cerita chenta yg sesuai utk org yg baru berjinak2 nak jadik senget.
  • Rubyfruit Jungle (Rita Mae Brown)
    Kisah hidup seorang perempuan senget yg memang menyentap tangkai jantung. Sedey!
  • Carol (Patricia Highsmith)
    Cerita lesbian di zaman dahulu yg happy ending. Tak sesuai utk yg mementingkan adegan 'gitu2'. Jugak bertajuk The Price of Salt.
  • Desert of the Heart (Jane Rule)
    Pun cerita zaman dedolu yg sungguh lembab jalan ceritanya (sampai la ni aku tak abih baca lagi). Merupakan buku yg dijadikan basis utk filim 'Desert Hearts'.

Kelas 2, merupakan buku2 yg main plotnya sesungguhnya pasal lesbian tapi aku taknak kelaskan sebagai buku teks. Sbb apa? Sukati aku lerrr...

  • Wild Thing (Karin Kallmaker)
    Kisah cinta yg mmg cambest belaka. Byk adegan gitu2. Melibatkan tunang org dgn akak tunang dia. haha
  • One Degree of Separation (Karin Kallmaker)
    Cerita yg menunjukkan betapa keciknya dunia ini dan jugak librarian tu hot jugak ropanya. Mari kita jadik librarian.
  • Daughters of the Coral Dawn (Katherine V Forrest)
    Cerita fantasi pasal planet Maternas yg semuanya org pompuan, semua boleh kawin sama dan dapat anak sama2. yeay yeay!!
  • Tipping the Velvet (Sarah Waters)
    sapa tak tau cerita ni, musti tak pernah baca blog aku ataupun blog uL. kan kan?
  • Sudden Death (Rita Mae Brown)
    Cerita pasal pemain tennis yg senget tapi takleh keluar. Takkk.. bukan Dana Fairbanks yea. Abeh tu sapa??
  • Venus Envy (Rita Mae Brown)
    Ni cerita berangan2 sampai jatuh pengsan.
  • Heavy Gilt (Dolores Klaich)
    Dlm cerita ni satu kampung senget. Cam tak logik, tapi kelako.
  • Horizon of the Heart (Shelley Smith)
    Cerita chenta2 muah muah *aku tak baca lagi, tapi partner aku dah baca abisss. Dia kata best*
  • Am i Blue?
    Antologi cerpen cerita2 gay+lesbian.

Kelas 3 , cerita yg wataknya adalah lesbian, tapi jalan ceritanya utamanya takde la pasal hubungan senget sesangat.

  • Fingersmith (Sarah Waters)
    Dia belit tang sana, dia belit tang sini.. last2 leher jugak yg terbelit, dan kaki/jari pun berbelit sesama sendiri. huh..
  • The Beverly Malibu (Katherine V Forrest)
    Pasal polis yg senget. Byknya cerita pasal polis2 siasat sana sini.
  • Slick (Camarin Grae)
    Pasal sekumpulan lesbian yg nak mempamerkan satu statue. Tapi statue tu ilang la plakkk..
  • Bayou City Secrets (Deborah Powell)
    Pasal sorg wartawan jenayah yg senget. Scene jatuh chenta tu tetap ada laa..
  • Death Understood (Claire McNab)
    Cerita pasal detektif yang bernama Denise Cleever yg senget. Dia menyamo2, nasib baik tak mati. hehe
  • The Hours (Michael Cunningham)
    Ini buku yg diadaptasi ke filem The Hours, yg Nicole Kidman menang best actress tuu. Pasal tiga wanita, tiga zaman...


Kelas 4. Buku2 yg aku belum sempat baca lagi. Tak sempat maa

*Affinity
*We Walk the Back of Tiger
*As You Desire
*Silverlake Heat
*+ 3 lagi buku yg masih kat sydney dgn partner aku...

Kelas 5.. buku2 hasil tulisan Jeanette Winterson. Segala kesengetannya tersirat, hanya partner aku je yg paham. Aku selalunya blurr bila baca buku dia (gamaknya IQ aku belum cukup tinggi lagi la)

* The Passion
* Around the World in 80 days
* Gut Symmetry


Abih dahhh... kiranya itu2 je la koleksi buku yg aku ada. Nnt aku pegi kedai buku sekenhen tu aku godeh lagi. Tapi aku ada wish list. Sesapa yg ada buku ni tolong la bgtau aku. Wish list aku ialah..
"Komik Sailormoon (bahasa Melayu) dr volume 1-18."
Sesapa nak jual dgn aku, aku sanggup beli.. uwaaaa. Kat kedai dah tak jual lagi. :"(

DIVA Nov 2005




















geng, balik nnt buleh la baca yer. ;-)
-leen-

December 28, 2005

Moi Submissiveness

Offer your arm for me to curl,
For I am dying in this restless world.

Give me space for us just ample,
For I cannot take another mortal.

Look at me with your stare,
For no other sight I can bear.

Conceal me, possess me, devour me.
Left me not but to you only.

December 27, 2005

Nak tulis pasal cerita ke... pasal heroin???

Hujung minggu haritu aku ni kengkononnya nak gi tgk wayang cerita Narnia. Dan sbb tiket kat kl susah giler nak dpt, ingatkan boleh la gi kat mana2 panggung wayang kat mana2 kampung. Sekali tu, dah beratur sampai 45 minit (sbb kaunter tiket lambat bukak.. beruang sungguh!), aku baru la tau yg Narnia cuma ada ditayangkan time malam sahaja. Makin beruang. Last2 sbb taknak rasa bengkek dan beratur lama, aku pun mengambil keputusan utk tgk cerita King Kong, w/pun dlm hati meronta2 mengamuk taknak tgk cerita tu. Sbb aku ni peminat kucing, dan bukannya peminat beruk dan keluarga beruk. Tapi alang2 dah tertengok tu kan, baik la aku tulih je pasal cerita tu, sbb sebenarnya lepas tgk cerita tu ada jugak benda yg best. Nak tau apa yg best? hahaha... baca je ler.
Aku mmg tak pernah tgk cerita King Kong yg zaman dedolu. Atas sebab yg sama kenapa aku taknak tgk cerita ni on the first place. Maka aku bukanlah manusia yg boleh bercerita pasal kebezaan teknik penggambaran dan kecanggihan filem yg baru nih.

Filem King Kong yg aku tgk ni secara keseluruhannya berkisar pasal seorang pengarah yg nak buat filem kat satu pulau yg belum pernah dijumpai. Dia pergi ke sana dgn satu krew anak kapal, hero, heroin, penulis skrip dan krew penggambaran. Sampai ke sana diorg terjumpa dgn tribe org asli yg memerlukan ompompuan yg kena diberi kat sang king kong. Dan dgn bangganya si heroin filem tu plak yg terpilih. Mmg mulanya pompuan ni takut rabak la kena tinggal dgn king kong. Tapi lepas King kong jaga dan lindungi dia dr ancaman puak dinosaur, akhirnya diorg ni jadik baik la jugak.

Manusia2 lain yg turut serta dlm penggambaran filem tu plak tu cuba nak selamatkan sang heroin utk dibawa balik. Nasib baik la heroin ni ada affair ala2 chenta dgn sang penulis skrip. At least ada la jugak yg beria2 nak menyelamatkan dia. Pastu debak debuk, heroin tu dapat diselamatkan dan king kong di tangkap utk dijadikan tarikan kat teater broadway.

Pastu... kingkong pun berlakon panjat2 bangunan dgn heroin tu, yg ala2 dah tersayang kat king kong. Pastu... king kong pun mati. haha. Blasah la, kalau korg nak tau cerita yg sebenarnya sure korg gi tgk kan. Aku mmg terkenal dgn ketidakpandaian mengomen pasal filim...

Yg aku rasa aku boleh buat ialah mengomen pasal heroin filim tu. Fehlemekkkk.. Naomi Watts mmg gemparkz gilerz. Aku mmg dah lama minat dia punya lakonan. Bagi aku Naomi Watts mmg salah seorang pelakon pompuan yg mmg cun gaban dan jugak sungguh terrer berlakon. Contohnya masa tahun Charlize Theron menang Academy Award (Monster) dia mmg sokmo turut tercalon melalui filem 21 grams. Tapi akak Charlize lg mengancam... takde rezeki Naomi ler.

Dalam cerita tu aku pun tak tau kenapa dia kelihatan sungguh sedap mata memandang. Adakah sebab kakinya kah, ataupun giginya yg cumil itu, ataupun baju yg dipakai, ataupun rambut ala2 rintin'2, ataupun pada awal cerita selama lebih kurang 5 saat dia keluar dgn keadaan bermisai dan berpakaian seperti Kitty Butler (watak cerita Tipping The Velvet)? Mmg sesungguhnya ada sesuatu pada Naomi Watts dlm cerita itu yg membuatkan aku tak berkelip2 mata tgk dia. Heish... apa ilmu tuan hamba pakai?

Jadi aku cadangkan kepada sesapa yg nak menonton pompuan chantek (terutamanya yg boleh menganggap Naomi Watts tu chun!) aku cadangkan tgk la cerita ini. Tiga jam cuci mata u!! Dan sesungguhnya selepas menonton cerita King Kong aku sungguh terpanggil utk membeli dan mencari DVD Mulholland Drive. Sapa ada DVD tu? Jual kat aku bleh? haha..

December 23, 2005

medley merindui chefD

Babe, saya tujukan entry ni khas utk awak. Org lain kalu nak baca pun bleh jugak (klu tabley baik aku email je kan? ini kes2 mencari keglameran la ni.. hehehe)

Especially for you
I wanna tell you mean all the world to me
And if dreams were wings
You know I would have flown to you
To be where you are

I’ve been wandering around the house all night
Wondering what the hell to do
I’m trying to concentrate but all I can think of is you

Akankah seseorang
yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
Dan tentang seseorang
Itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta

I wanna be with you
If only for a night
To be the one whose in your arms
Who holds you tight
There`s nothing more to say
There`s nothing else I want more than to feel this way

This is torture
This is pain
It feels like I’m gonna go insane
I hope you’re coming back real soon
Coz I don’t know what to do


Ada opismate aku kat sini tak jumpa husband dia sebulan pun tak haru cam aku. Mmg aku ngengada. Tapi... partner aku adalah sahabat baik aku. Husband dia sahabat baik dia ke? Yg penting... aku mmg poyo. Korg jgn layan aku sesangat. Karang menjangkit jadik poyo..

Mari belajar mengayat dr lirik lagu.

"Kenapa i kena kawin?"

"Sbb u kena dpt anak la."

"Tapi i taknak anak. Apa salahnya kalau i taknak kawin?"

"Heish.. tabley. I ni nak sgt ada anak. Cuma cam tak boleh nak kawin je. Alang2 u dah ada peluang kawin tu.. kawin je la. I ok."

**

heh, abaikan intro takde makna tu..
Hari ni aku nak sambung cerita pasal aku dengar radio. Semenjak dua menjak ni aku ada terdengar satulagu yg membuatkan aku rasa cam sungguh sesuai utk dinyanyikan oleh org yg suka nak ada awek tapi malas nak komit (ataupun terlalu byk lobang2 yg perlu ditutup sehinggakan tak boleh nak komit)
Lagu yg aku dengar tu ialah nyanyian Aishah yang bertajuk Antara Cinta dan Kasih. Cenggini lirik dia, lebih kurang..

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka

Meh aku komen sket lagu ni. Eleh.. piiiiiirahh. Bukan kekasih tapi bukan teman biasa. Abih tu amende? Ini sama la kesnya cam ayat Jenny.. "if you leave me, i think i'm gonna die."
Korang sure perasan ayat 'i think' tu, yg bermaksud 'aku rasa'. Rasa je kan...? Tak semestinya mati pun kalau kena tinggal. Bab2 main ayat ni , jgn cong laa wei. Penggunaan perkataan 'di hati nan terluka' tu sebenarnya bertujuan utk menagih simpati. Kesiannnn, terluka ke wak? Cheh!

Pastu lirik lagu ni sambung balik...
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah

Ayat sambungan ni sebenonya saje je nak lari drpd komitmen. Kira cam bertanya la kat org tu, kenapa kita kena beza2kan rasa cinta dgn sayang, apa salahnya kita sensayang je, chenta2 ni takyah main la. Bukan sama je ke?

Ayat belit2 ni membuatkan org rasa pasrah dan dok ikuttt je game yg dimainkan tu. Karang bila dah terhentak terjatuh cinta dgn tokei buat ayat, mmg kompom terhentak. Masa tu kuar la ayat2 loyar yg mungkin berbunyik camni...
"I tak pernah cintakan u. Mmg i sayangkan u lebih dr kengkawan lain, tapi bukan cinta. Tapi i sayang. Percayalah. Mmg i sayang."
kuikuikui... ayat power. Awek boleh maintain, kaki takde rantai. Best! Mmg best!

Sebenarnya lagi bagus cakap terang2 cam lirik lagu kumpulan Ratu nih yg bertajuk Teman Tapi Mesra..
Aku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Senang.. teranggg benderangg...

Tetapi, semua manusia ni hidup berpasang2an. Yg taknak komitmen, akan dpt yg camtu. Yg nak serius, akan dpt 'queen of monogamy'. So, takyah gaduh2, kita sesama berlawan mengayat je la yea. Yg penting, kalau taknak tu, byk je la dalihnya...

nota sauh kapal:
Klu tulisan aku hr ni cam berkecamuk lelebih ampunkan je la yea. Pempaham la, gelpren makcik takde kat umah, mlm tadi tido soranggg je...

Ehem! jgn baca..

Semalam result PMR kuar dan aku nak mengucapkan tahniah kat adik bongsu aku sbb dah dapat lulus dengan warna-warna berterbangan. W/pun dia tak baca blog ni (aku tak bagi dia baca), tapi aku saje je nak tulis. haha..
You go girl!!!

December 22, 2005

Dari mata turun ke hati, dari kesian, jadik sayang.. ok ke?

Ada orang dia sayang org lain sebab kesian. Ada tu dia sayang mmg bebetul sayang. Ada jugak yg kesian je, tapi takde la sampai ke tahap sayang. Bagi aku, perasaan kesian ni boleh membawak banyak padah yg buruk pada seseorang manusia.

Kenapa aku cakap camtu? Sbb aku ni mmg takde langsung perasaan kesian kat org ke?? dan kalau takde rasa kesian tu, betul kah aku boleh dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan? Abih tu? Rasa perikemanusiaan itu boleh diukur dgn rasa kesian je? (start dah... tanya soklan kat diri sendiri! Saiko punya aku.)

Tak salah kita kesian kat orang. Ye la, macam kita kesian kat org2 Afrika, mangsa tsunami, atau org2 cerita 'Bersamamu', kita akan bagi sumbangan kat diorg utk meringankan beban. Kesian camtu aku rasa takde masalah. Ini kesian yg mengakibatkan kita kena mendedikasi keseluruhan hidup, masa, tenaga, wang ringgit, kepala hotak untuk org tu.

Dan yg aku maksudkan kesian membawa padah ni adalah yang ada terkait mait dgn hal2 hati dan perasaan. Samada korg perasan atau tidak, ada manusia yg akan jatuh sayang pada seseorang yg lain atas dasar kesian. Kiranya rasa sayang (heyyy rasa sayang sayang heyy) tu datang dari rasa kesian, dan bukannya tulus perasaan sayang tu dtg sendiri.

Mmg korg boleh argue balik. Korg boleh kata rasa sayang tu akan dtg dgn sebab. Samada sebab suka pada perwatakan, sebab rasa tak sanggup nak berpisah, dan jugak sebab wang ringgit ataupun populariti. Tapi kes duit/glamer tu boleh la tolak tepi, sbb benda2 tu semua tak ikhlas. So, mmg takkan bertahan punya (agaknya sbb ni jugak la Erra dan Yusry tak tahan lama kot... muahaha).

Tapi kalau rasa sayang tu datang atas sebab kesian, mmg kesiaaannn kat org yg mengesiankan itu. Sbb dia akan berada dalam situasi ditelan mati mak, diluah mati bapak (tak terbalik ke peribahasa aku nih?). Nak tinggalkan kesian, nak sayang.. takde la sayang sangat, lagi best kalau dapat sayang kat anak jiran sebelah rumah tuu. Last2, biar masa yg menentukan je la.. Kesian masa, last2 semua tolak kat dia jugak.

Kesimpulannya, jgn kesiankan org sesangat. Sbb nanti kita akan rasa tak sampai hati utk tidak menyayangi dia. Tapi takde la plak aku kata buang rasa kesian dr dalam diri. Cuma jgn la kesian lelebih sampai leh tersayang lelebih. Takut nanti diri sendiri yg merana. Kalau kesian tu boleh membawa sayang yg kemudiannya membawa bahagia takpe. Karang membawa bahana, tu yg takbest tuh! Lagi power kalau boleh membawa bahana bukan pada diri sendiri, malahan kepada mereka dan keluarga mereka.

Bagi aku, sayang atas dasar kesian sama lah jugak dgn satu hubungan yg berpura2. Mmg ada yg boleh bertahan. Tapi sampai bila? Adakah kita hidup utk kesenangan diri sendiri, ataupun orang yg kita kesiani, ataupun masyarakat luar?

warghhh pening, mari kita main teng-teng

December 21, 2005

Aku yg tengah bengong. Aku tak suka jadik bengong!!

Selama dua hari yang lampau (huish, penggunaan perkataan lampau tu cam lama giler bunyiknya) aku sungguh2 hangin dgn radio Suria.fm (105.3 di lembah kelang...!). Ntah apsal tah tetiap pagi kuar lagu2 cintan cintun. Dah lah aku ni hati meruntun2.

Dahtu, bila sampai opis, aku pasang plak winamp dgn ada beribu2 lagu di dalam playlistnya. Seperti biasa aku soh dia main lagu ikut sukati dia la. Winamp aku pun pandai jugak, tak abih2 pusing2 lagu2 chenta. Adehh hai..
Tapi aku ni pun, sodap2 yo menyalahkan radio lah, winamp lah.. patutnya aku salahkan diri aku sendiri. Aku ni dalam keadaan merindu dendam yg tinggi. Ye laa.. org kena tinggal gelpren (buat sementara), musti la rindu dendam yg membara tu tak hengat byknya. Adehhh, pedih! Perkataan sikit2 yg kuar kat dlm radio tu je dah cukup utk membuatkan bulu roma aku meremang dan jugak merasakan yg lagu tu mmg ada kaitan dgn kehidupan aku. Apa taknya, dulu kalau dengar kat 'Ku Seru' Misha Omar tu aku meremang takut hantu, smlm aku dengar lagu tu bulu roma aku meremang teringat kat cik Leen. Patut ke camtu?

Pendek kata (aku la yg pendek tu..), skrg ni aku mmg cukup sensitif dgn lagu2 chenta. Bak kata org, mudah terasa. Ataupun pepatah melayu kata, 'sapa makan cili dia terasa pedas'.. (erk! betoi ka??). Segala bait-bait dan patah-patah lagu yg aku dengar mengingatkan aku pada dia. Poyo betul.

Tapi dah mmg lumrah manusia macam tu, kalau benda tu terkena kat batang hidung sendiri, mula lah ayat2 ciput2 pun boleh menyentap tangkai jantung. Dan kengkadang ayat tu langsung takde kena mengena dgn diri kita, tapi kita tetap terasa jugak. Iye la, macam org yg buat lirik lagu tu, ada ke diorg ketuk pintu bilik umah korg utk dapatkan cerita? tak kan? Itu semua idea dia sendiri.

Hmmm... konsep ni sama jugak dgn memblog gamaknya. Tokei blog tu kengkadang takde kait mengait dgn kehidupan kita, tapi kita tetiba plak nak terasa.
Arghh.. pening. Yg penting, aku mmg rindukan makwe aku yg satu itu!

December 19, 2005

Sabtu sama Ahad, Isnin juga mau tulis

Fuh! Hari ni aku terasa bengong2 dtg opis. Tak tau apa nak buat. Cam takde tenaga nak buat keja. Pendek kata, selama2 ni aku poyo, hari ni lah aku terasa paling poyo sekali, eh.. bukan sekali.. tapi poyo banyak kali. Ini semua gara kena tinggal dek gelpren... uwaaaaaaaaaa... gelpren aku kena anto gi pulau!! (tapi aku takde la 'tuar tair tata') heheheheh.. sesikit tu ada la kot. huhu..

Anyway, aku cuma nak menguar2kan disini bahawa kami berdua (aku tolong cakap bagi pihak leen sekali la nih..) berasa sungguh berbesar hati, dan beruntung dan terharu kerana memiliki kengkawan yg sudi bersama2 menghabiskan hari2 cuti kami dlm keadaan ceria tak hengat.

Kisah bermula dr kes menonton bola free kat Stadium Nasional. Nasib baik aku kenangkan partner aku tu gegendang telinga dia nipis, kalau tak, mmg kompom sore aku ilang sbb byk sgt melaung. heh heh. Keesokan harinya plak ada perjumpaan makan2 beger kat tetengah lembah. Sampai kematu2 punggung masing2 makan beger sehingga akhirnya semua tak tahan dan mengambil keputusan utk pergi beli baju, cuci mata, potong rambut dan jugak melawat ke toilet.

Pastu sesi melawat kapal yg aku sewa dgn partner aku. Mmg kapal tu tak hebat langsung (ditambah pulak dgn habuk2 yg bleh dijumpai selang dua sentimeter persegi) tapi at least boleh la duduk dan tgk cerita senget sambil main gin rummy. Boleh la...

Tapi sebenarnya scene yg paling ceria sekali ialah masa dinner reramai kat Lake Club Putrajaya. Gila gaban betul masa tu. Korang semua agak2 perasan tak bahawa volume sore dr meja kita telah membuatkan seperti tpt tu dipenuhi org, w/pun cuma dua tiga meja je yg berpenghuni? hehehehe.. Mmg best masa tu. Mknn pun sodap2 belaka, tomyam, telo, sotong dan tidak ketinggalan ayor temikai..Aku rasa semua org seronok kot. Kalau tak seronok tu, boleh la salahkan air pancut yea. heheh. But the best thing is, buahati aku masih ada disebelah ku...

Pepagi buta Ahad kami reramai dah bergerak ke KLIA. Dan sememangnya rombongan kita lebih kurang la macam rombongan cik kiah... cuma cik kiah takde la, yg ada cik leen je. hehe. Jam 9 dia masuk departure hall, dan aku tak lihat muka dia lagi sampai la skrg... sampai la tahun depan.. tapi takpe, lagi cepat dia pegi lagi cepat la dia balik...

Anyway, aku sekali lagi nak kata terima kasih kepada semua kengkawan aku sudi berjumpa dgn kami kat midvalley dan singgah ke rumah. Dan terima kasih yg tak terhingga kepada kengkawan yg lagi 5 org tu, mmg lah aku akui, kita semua cam dah sampai tahap saling berkasih2 sayang gamaknya ek? hehehe.. (ish, cam bercinta beramai2 la plak..). Apa2pun, aku gembira sbb ada korg.. kalau tak meraung jugak la aku sensorang kat KLIA tu.. hehehe

Sampai di sini sahaja.. aku akan memblog lagi lepas Leen balik..
iye ke??? ehehehe... acah je tu! Mana tahan tak memblog lelama. huhuuuu

December 16, 2005



Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tahu isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Nak tunggu ke... taknak tunggu? Ke.. nak carik part time??

Semalam aku sakit perut. Jadi aku malas nak dtg keja.. (helooo... itu pun nak bgtau ker?? haha.. blasah). Hari ni niat nak bercuti pun terpaksa di kensel la pasal semalam dah monteng. Aku sebenarnya ada byk rasa bercampo baur skrg ni. Ada rasa gembira sbb nak jumpa kengkawan esok dan lusa dan tulat. Tapi dalam masa yg sama aku ni tgh cedey jugak. Pasal apa? Kalau korg kenal aku dan dok baca blog ni cam sokkabo sure korg tau. Kalau tak, takyah tau la ek... heheheh (aku mmg poyosss!).

Dulu aku mmg merasakan bahawa long distance relationship boleh berjaya asalkan org2 yg terlibat di dalam relationship itu setia.. (demi negara... yg tercinta.. dicurahkan, bakti penuh, setiaaaaaaaa...) dan jugak memiliki ketahanan fizikal dan mental yg tinggi. Tapi skrg ni, ntah ler... cam payah la plak.

Aku ni pun sebenarnya pernah jugak menceburi bidang hubungan jarak jauh ni. Cuma jaraknya takde la jauh ke mana... setakat Siam sahaja. Dan sangkeng tak tahannya menanggung rindu, kitorg akan mencuba sedaya upaya ahli silap mata terkemuka utk berjumpa dan bertemu mata paling poyo pun dua minggu sekali. Kengkadang tu tetiap minggu kitorg akan mencari jalan utk berjumpa. Masa tu perut pun toksah kata la... Nipisss je. Takde la mcm skrg ni, makin membuak2 (ye la.. ada geng makan!). Itu kat sempadan Siam tu! Sanggup aku meredah askar2 kat sempadan, kena bukak bonet keta, kena ketuk ketampi (hahahah) asalkan dapat berjumpa dgn dia.

Haritu partner aku aka ChefD aka Leen pakai toncet ada cakap yg dia dapat peluang sambung belajar kat benua lain (yg mengambil masa setengah hari naik kapalterobang utk sampai) selama empat tahun. Aku rasa mmg jodoh kami panjang lagi sbb dia tak accept tawaran tu. Kalau lah dia terima... mungkin hubungan kami sampai di sini sahaja. Sbb aku rasa perpisahan selama empat tahun di jarak yg sungguh jauh (ditambah pula keadaan poket aku yg mmg tak berapa kembung utk terbang selalu selalu), adalah satu penyeksaan bagi kami berdua.

Kot2 ada yg mengendeng kat dia, nnt dia terpaksa tahan, disbbkan aku yg jauh di mata. Aku pun camtu jugak la.. kot2 aku ada terjumpa yg berkenan di mata, bertahta di hati, menyerah diri, takkan nak biarkan je kan? Musti la tak berapa buleh sabar. huhuhu...

Tapi apa salahnya menunggu selama 4 tahun. Bukannya lama. Pejam celik, pejam celik dah berlalu. Lepas tu sambung la balik apa yg ditinggalkan tu. Kan? Susah ke? Menyambung tu tak susah... menahan diri tu yg payah! Arghh!! Komplikated. Silap2 rujuk semula, tinggalkan yg baru tu.. adil kah? Ntah ler..

Tapi tak kisah ler, setakat ni... kitorg takde la apa2 plan nak berjauhan sampai 4 tahun. hehehe.. gempak je entry nih. hehehe. Yang aku pasti... 'dia' adalah insan yg sangat2 aku chenta'i dan sayangi.... Takde dia, takde selera wooo..


aku...
takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu
ku bersumpah.

December 14, 2005

Langsung tak boleh!!

Dia:
Apalah dosa budak tu kat kau?

Aku:
Takde dosa dgn aku la.

Dia:
Abih tu? Kau tak suka kat dia?

Aku:
Haah

Dia:
Kau pernah berkomunikasi dgn dia ke? email? sms? tagbod? blog komen?

Aku:
Tak pernah langsung

Dia:
Abeh yg kau tak puas hati dgn dia kenapa?

Aku:
hahaha.. ntah. Saje sesuka.. muahahaha

Moral:
kengkadang ada masanya kita rasa berre dgn org yg kita hanya pernah terserempak dgn kelibatnya sekali imbas, dan sekali itu sahaja. Itu namanya mmg takleh goo'.
heh heh

December 13, 2005

Entry pasal aku. Aku yg tak macho, tak hensem dan tak chantek.. siapa aku??

Huargh... dr tghari tadi aku dah ada tulih update. Tapi tah kenapa lembaga penapisan blog persendirian aku tidak membenarkan entry tu dikeluarkan, kerana ia boleh menyebabkan kanak2 yg membaca blog ini (er.. yg berumur 18 tahun ke bawah tu aku kategorikan kekanak le ye..) akan terpengaruh untuk menjadi ahli sihir dan tukang buat sampan. haha.. Tapi sesapa nak baca jugak entry yg takleh disiarkan tu, email la kat aku, nnt aku buleh tampal dalam email (poyo.. macam ada yg teringin nak baca..)

Makanya aku terpaksa la mengira2 idea lain utk menulis. Pikir punya pikir tetiba aku terpikir la nak tulis pasal tak lain dan tak bukan... jeng jeng jeng.. AKU! muahaha.. macam la selama ni tak tulis pasal aku.. kan kan?

Aku ni adalah seorang pompuan senget yang langsung tak macho . Kiranya aku bukan hensem cam Haruka. Dan aku jugak takde la chantek macam Bette Porter. Tapi sekali pandang mmg boleh tau la aku ni pompuan.
Oleh sebab itu jugak la aku mmg takde ciri2 kemachoan org yg layak memiliki gelpren. Yang paling utama sekali ialah aku ni langsung tak sporty. Segala mala permainan, game, sport mmg takde satu pun yg aku tau main. Mmg aku ni indoor person.

Tapi nak kata aku terrer main indoor game takde jugak. Main chess, dam ular, dam-dam-dum, scrabble mmg foul. Sokmo kalah. Apatah lagi main game2 cam Plestesen, esbok, eslilin.. hancus. Cuma aku tau main game Bomber Man je. Tu pun selalu melotop kena bom.. tebabooommm!! heh heh. Cuma yg aku rasa ada sedikit flair main daun terup je. Itu pun sebab abah dah ajar dr kecik. Tapi ada bakat pun setakat tak selalu kalah la. Takde la jugak aku selalu menang. Mmg agaknya otak aku mmg setakat tu je la pemikirannya kot. hehehe.. tak kisah la tu.

Mmg masa memula aku menggatal nak mengorat dulu mmg terasa cam tak best la tak macho. Pompuan mana nak kat org yg tak macho. Maka aku pun ada la buat bebenda yg pepoyo yg malu aku nak bgtau kat sini. La ni bila dah makin tua nih, aku baru terasa yg sebenarnya ada jugak pompuan yg suka kat org pompuan yg tak macho cam aku. Pompuan yg tau melangut depan TV tgk katun, rather than pompuan yg hensem dan cempiang sukan kat sekolah. Aku berani cakap camtu sbb pernah ada pompuan yg suka kat aku walaupun jumlahnya tidak mencecah angka 2. Kira ok la tu kan.. muehehe..

Kesimpulannya... kita tak perlu berlakon, ikut cara org lain ataupun cuba nak mengada2kan bakat yg takde utk membolehkan org pompuan tersangkut hati. Mungkin cukup dgn hati yg ikhlas dan juga rasa kasih sayang yg tak berbelah bahagi. Agaknya la kot. Cuma nesiyat aku, jgn 100% bulat2 terima pendapat aku ni. Aku tak ramai gelpren, ada satu sahaja... :p

December 12, 2005

Entry hari isnin yg mmg takde moral sesangat di dalamnya.

Mcm byk sgt benda yg aku nak tulis kat blog nih. Almaklumlah, org kena paksa bercuti. Maka aku cuti la. Dan disebabkan cuti paksa2 nih, terpaksa la aku melangut tanpa berbuat apa2 kat umah tu. Tapi sbb langut pandang siling adalah amat membosankan, aku pun langut la sambil pandang pompuan cun yg bergayut2 kat skrin TV. Best, mmg best bila kita boleh seorang diri bermarathon cerita2 senget di waktu2 cuti nih. muahaha..

Seorang diri? Mana pigi partner aku? heh heh.. Bersempena hari kawin adik dia kat kg, makcik tu kena la balik kg awal sket. Meninggalkan aku ketiduran keseorangan kemimpian siti nurhaliza (huhaha.. macam poyo!). Dan aku menyusul ke kg dia pada hari jumaat petang selepas zuhur bersama2 dgn cik X.

Sebagaimana yg korang semua dah tau, mmg perkara terbaik yg aku boleh lakukan di waktu kenduri ialah memberi sokongan moral di tepi padang sahaja. Ditambah pula dgn kebangkuan tangan dan kaki aku, maka tugas aku adalah yg bercirikan mengangkat bangku sahaja. heh..OK la, sampai je kat sana partner aku bising dia tak puas hati dgn salah satu hasil keja mak andam, di haruknya kami berdua ke bandar M utk membeli kain2 tambahan bagi mengindahkan suasana. Nasib baik la cik X yg memiliki ciri2 kebungaan pada tangan dan kakinya dapat memberikan buah fikiran yg bernas. Nak harapkan aku.. jawabnya berbuah la pokok rambutan belakang rumah tu menunggu aku.

Apabila tiba waktu malam, selepas makan dan menyireh, kitorg bertiga kemudiannya pegi plak sekali lagi ke bandar M utk menunjuk jalan kepada dua org lagi kawan kami yg nak dtg ke majlis tu, Y & Z. So, bila dah kumpul reramai tu biasak la, sebelum tido kami berkongsi pendapat dan bercerita mengenai hal karier, pelajaran, suami-isteri & anak2, dan jugak cara bagaimana hendak menjadi lemonade tycoon.

Hari tu majlis mmg berjalan dgn lancar. w/pun aku hanya sempat menghadirkan diri dlm suku je drpd majlis tu.. (selebihnya aku pi duduk bawah ketiak mak aku), tapi alhamdulillah, adik chefD telah selamat diijabkabulkan w/pun dgn keadaan pengantin lelaki yg menggigil. Dlm masa majlis tu aku ada la dok terperhati partner aku, dan jugak adik2 dia. Mmg boleh dikatakan adik2 dia lagi voggedevas berbanding dia. Dgn rupa dan jugak penampilan diri yg bisa membawa ramai mata memandang, tapi mmg sah dan terbukti body yg tercun dan memiliki isi yg bersesuaian dgn citarasa org cam aku ialah body partner aku. Yeay utk aku..
hahaha.... kalau sesapa nak kata aku perasan, kata lah.. gue nggak kisahin..

Kiranya dua mlm la jugak kitorg berlima bertidor2 kat umah mak ayah chefD. Dan sbb harini dah kena keja, kena la aku balik semalam. Dan hasilnya, aku kena ketiduran keseorangan lagi la mlm tadi. Nasib baik laaa makcik tu balik hari ni. Kalau tidak, sunyi mambang! Dah la bermula minggu depan aku akan tido sensorang selama 3 minggu. Adeh.. pahit rasanya.

OK la... lastly mmg takde moral pun dlm entry ni (bersesuaian dgn tajuk blog di atas), cuma aku nak mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada kengkawan kami cik X,Y & Z kerana sudi meluangkan masa utk menghadiri majlis kenduri kat umah partner aku dan jugak membantu memeriahkan lagi majlis tu. Thank you very much! I know that this really really means a lot to her and to me. Hope we'll stay close dan mari kita jumpa lagi di minggu ini. Harap2 boleh la berjumpa dgn jemputan khas yg diterbangkan dr bandar K.

p/s: segala watak2 dan nama bandar yang dinyatakan di atas adalah benar2 wujud. Namun nama2 sebenar diorg terpaksa dirahsiakan atas alasan sesaja mengada2 dan gatal gelenyor..

December 7, 2005

Aku mmg suka tgk Helena Peabody..

Seawal pagi2 tadi aku dpt sms dr cik Lily kita yang memberitahu aku pasal siri The L Word season 3 yg akan menemui penonton pada bulan Januari nih. Tapi kalau nak tgk kena pi US la kot. hehe. Kita kat sini tunggu DVD je la.

Kebetulan plak laaaa cik Lily kita nih sms. Mlm tadi aku baruuu je menonton The L Word season 2. Sebenarnya mmg aku dah lama beli pirated copy DVD Season 2 tapi ada dua bijik disc tu rosak la plak. Sudahnya mmg takde mood nak tgk bebetul. Sbb feeling tu asyik terputus tengah jalan. So mlm tadi ntah kenapa aku tergatal la plak nak tgk scene dlm kolam renang Tina dgn Helena. Pergh!! Mmg body org pregnant ni hot sungguh2 laa. Ternganga jugak aku. Mmg patut la si Helena dok fetish dgn pompuan pregnant. Grrrr!!

OK, aku dapat byk jugak feedback drpd penonton the L Word yg diorg ni tak suka kat Helena Peabody. Bukan sahaja penonton kat Malaysia, tapi jugak penonton lain2 negara yg dok mengadu kat forum2 dan yahoo2group. Personally aku sukaaaa tgk helena peabody tu. Sbb dia nampak sungguh high self-esteem, arrogant dan dominating. Pastu kalau time dia pakai skirt tu, tgk kaki dia.. fehlemek.. cantik la plak. asa dia mula masuk jarum nak mengorat Tina sungguh kompiden. Dr senyuman senget dan ayat puji2an, mmg nampak yg dia boleh dapat apa yg dia nak. Hmmm.. mmg pun dia boleh dapat apa yg dia nak kan?

Satu lagi yg menyebabkan aku suka watak Helena ni ialah sebab dia mengajar Bette dan Tina utk saling appreciate each other. Bette tu pun, selama ni dia senang2 je rasa kengkononnya Tina tak cukup utk dia. Siap nak makan luar lagi. Jangan berlagak Bette, jgn ingat org je yg nak kat kau. Kau pun nak kat org jugak kan? Bila ada org hot dan power cam Helena tu mengempit gelpren dia, baru nak nampak langit. Kalau tak, nampak tukang kayu je. poyo lah! Pendek kata, Helena menyedarkan Bette bahawa gelpren dia tu masih laku di pasaran.

Si Tina ni plak, dah tau sperm tu Bette yg carik, pepandai la nak share hak penjagaan anak. Mementang sudah concieve, nak jaga sensorang plak ye. Nasib baik Helena pun mengalami masalah hak penjagaan anak yg sama cam apa yg Bette mungkin alami. Dan kalau takde Helena yg terlebih domineering tu, mungkin Tina takkan nampak kebaikan Bette.

So, kesimpulannya, kehadiran orang ketiga dalam hubungan rumahtangga mmg bawak banyak benda tak best. Tapi kalau dilihat2 dgn teliti ada kebaikannya yg boleh memperbaiki hubungan kita dgn pasangan. Cuma pembaikan tu akan diperolehi kalau rasa kasih sayang antara pasangan tu masih kuat. Kalau dah tak berapa kuat. Mungkin hanyut je la kot.

Apa2pun, mmg aku suka kat Helena Peabody. haha.. dan ini tak bermaksud aku menyampah kat Bette. Dia tetap menjadi poojaan hatiku. Cuma.. padan muka Bette. Rasakan kau!! muahaha.. semoga sedar diri sket. Kalau kita mencurang dgn pasangan kita, jangan ingat pasangan kita tak mampu mencurang balik. Hidup ini penuh dengan keadilan..

Ada kari ayam Babas,

Ada hari boley balas..

December 6, 2005

Azam tahun baru.. kononnya la

Phew! Harini keja aku sakan membaca. Ni semua penangan Harry Potter la nih. Sebagai hantu fanfic yg dah bersara, tetiba harini aku terajin la plak nak menjengok website fanfiction.net tuh. Kepada kegemparan aku (to my surprise.. kehkeh), rupanya makin bertambah banyak fanfic writer yg menulis pasal Hermione/Fleur. Yes yes lah.. Rajin aku rajin, rajin lah membaca, bila tua nanti.. takde la buta hurup.
Ni Demam-Delacour punya pasal jugak la aku melahu depan borang blog ni tatau nak tulis apa. Huarghhhh! poyo *itu pun nak tulis jugak ke*

Hrmmm... ni dah bulan doblas. Tak lama lagi bermula la tahun 2006. Nampak gayanya tahun ni mmg aku tidak akan mengselebret new year eve dgn buahati aku. Sbb kami terpisah beribu batu jaraknya. Aku pun terpelik2 gak, selama ni mmg itu lah satu2nya event yg kami dpt bersama melingkau depan tv sambil jengok bunga api kat luar tingkap umah. Tapi tahun ni, aku tak tau aku akan spend dgn sapa, dan dia pun ntah dengan sesapa tah. Tak kisah la, janji awak ingatkan saya sudah la.. ye sayang.

Aku bila tiba kes2 tahun baru ni mmg tek berapa reti nak buat azam2 baru. Ntah kenapa kepala hotak aku ni mmg lembab sket. Tapi tahun ni gelpren aku sudah warning awal2. Dia kata cenggini... "Awak boleh tak buat azam baru supaya jadik lebih garang sket?" haha... dia suruh aku jadik garang. Apa terlalu lembik kah aku selama ni? Alasan dia, aku mmg masa kekecik dulu mmg pandai bergaduh menegakkan benang sendiri, walaupun benang aku basah koyop. Insiden yg paling dia ingat sekali ialah kebolehan aku naik bas ekspres free setelah bergaduh dgn drebar walaupun mmg bukan aku yg betul. (takkan satu je yang??)

Tapi bila dikenang2 balik, perasaan insecurity aku semakin membuak2 sekarang ni. Tu yg menyebabkan aku takde rasa nak menggarangkan diri, menegakkan pendapat sendiri. Kenapa rasa insecurity tu tinggi.. tu aku sorg je boleh jawab (w/pun hakikatnya aku taktau apa jawapannya.. muehkehkeh). Mungkin tahun depan aku boleh tambah sikit kompiden dan jugak tambah sedikit garang.

Bersempena dgn itu, aku sudah bikin satu pantun dua kerat sebagai motto aku di tahun hadapan...
Bukak kotak, buang angin,
Ko taknak, aku tak hingin.

December 5, 2005

Karangan bahasa inggeris oleh seorang budak tadika.

Semalam aku jumpa sorang budak tadika. Dia kata dia nak tolong aku update blog harini. So aku kasik can la kat dia. Tapi supaya lebih mencabar minda, aku soh dia tulis bahasa omputeh dan bayangkan diri dia sebagai aku...

Good afternoon everybody. I am Sekapal. Today is Monday. Every Monday i always update what i did during the weekend. On saturday, my gelpren and i went to attend my boss punya open house. We ate rice, chicken and meat. The waters are orange and sarsi. We drank both because both delicious. The rice is also delicious. My gelpren said i should learn how to cook the rice because she likes it.

That night we went to watch movie. First we went to KLCC, but TGV ticket counter is closed because there is private event. Then we bengang and went to Berjaya Times Square. We wanted to watch Harry Potter again. But the ticket only have at 12.00 midnight. So after wasting time at the counter, we bought ticket to watch Aeonflux. I ekceli don't know the story, and we went into the cinema box late about few minutes. So we miss the cakap2 at the beginning. That's why we kinda lost source. So we only wash eyes watching Charlize Theron in black hair. She is very sexy. I think her body is almost perfect. Long legs are very nice. The story is ekceli not so good. But great if you want to wash eyes watching beautiful heroin.

Yesterday we went to wedding niece-cousin my gelpren. The food is also nice. I ate a lot. At night my gelpren and i went to eat2 outside. We are both trying to take very little carbohydrate. Our weight is increasing. We ate at one sushi shop. The meal is nice. I ate fish and crab. She also ate fish and crab. Then we both ate vegetable. The waiter is so soggy we waited for many minutes. However the meal is delicious and berbaloi waiting. After that i drove back to our house. We had a happy day. We are very happy. Thank you my gelpren. I love you very much!

muehkehkeh..Sesapa terasa nak jadik che'egu tadika, tolong la bagi markah kat karangan ni ye. Timacih.

December 1, 2005

Hari Tandas Sedunia??!!

Ini adalah berita lapuk yg dah lama aku tau. Tapi baru hari ni terasa nak post dlm blog sendiri. Apa kaitan berita ini dgn aku? cheh! adaaaaaaa...

World Toilet Day is declared on November 19 of each year.
The purpose of this day is to have people in all countries to take action, to increase awareness of toilet user's right to a better toilet environment, and to demand for it from the toilet owners. As such, it is also the toilet user's duty to contribute towards its maintenance, cleanliness and hygiene.
reference: www.worldtoilet.org

Oleh itu, ingatlah aku sewaktu memflush tandas anda.. pergh.. bisa!

Mlm td tgk cerita senget dan cuci mata dgn air ujan je la

Rasanya bbrp hari ni entry blog aku cam melalut terlebih la plak. haha.. itu tandanya org tamak. Teringin nak buat entry baru, tapi byk sgt curik masa bekerja. Itu la padahnya. hehe.. blasah la. Nih, harini baik la aku cerita sket pasal apa yg aku buat mlm tadi.

Alkisahnya mlm tadi aku dgn makwe ku.. pegi melepak kat umah is&anne. Sesambil tu kami pun mencuci
mata kat paso malam yg sepatutnya ramai la manusia yg bergelar pelajar perempuan. Tapi disebabkan kehujanan yg boleh tahan banyak, maka tak ramai le insan2 yg boleh diushar. Tak kisah la, aku pun dah berkurun tak pegi paso malam (kwsn aku tinggal ni takde paso malam, koman tak?), so dpt la jugak membeli2 barang utk makan.

Lepas tu, kami pun memulun la tgk dvd cerita senget kat umah diorg, yg takde lagi dlm koleksi aku. Memula tgk cerita Lost & Delirious. Aku la yg nak tgk pasal ada Piper Perabo dgn Mischa Barton (yg sungguh kiutttnyer!). Tapi makwe aku plak laaa taknak tgk sampai habis. Kenapa? tu kena tanya dgn dia la. So, lepas tu kitorg pun tgk la plak satu cerita senget berbangsa dan berbahasa cina yg bertajuk 'Butterfly'.

Dulu aku pernah jumpa DVD ni kat times square, tapi sbb dgn ngengadanya, perempuan bermata sepet, berkulit putih dan berbadan sering bukan taste aku, taknak la aku beli. Kengkonon cam takbest la gitu. Tapi ternyata aku terlalu men'stereotaip'kan bangsa cina tu (my mistake la..sori ye). Sbb watak utama cerita tu tidak bermata sepet dan muka mmg lah aku boleh kata cam ala2.. cun! gitu.. Selain dr watak utama yg aku mmg seronok gak tgk, jalan cerita tu sendiri mmg ada memberi kesan kepada aku la. Ye la, kalau tak berkesan, takde maknanya la aku nak tulis kat sini kan?

Secara keseluruhannya cerita tu mengisahkan.. eh jap... sesapa taknak baca spoiler, takyah la baca terus, karang dah tau cerita, tak thrill plak. OK sambung, secara keseluruhannya, cerita itu mengisahkan seorang che'egu perempuan yang telah berumahtangga dan juga ada sorg anak perempuan. Suami dia pula digambarkan sebagai seorang manusia yg boleh dikatakan baik hati. Pada awal cerita ditunjukkan dia terjumpa dgn seorang budak perempuan yg tgh makan beskot curi kat dalam supermereket. Sbb kesian, dia bayokan la beskot tu. Kenapa dia sanggup tolong camtu sekali? Aku saspek sbb ada aura2 kesengetan yg mengaburi pemikiran diorg ler.

Hasil pertemuan tu, dia mula terimbas kenangan lampau. Rupanya che'egu ni mmg ada history senget. Bukan setakat senget sesikit, ni kes mmg dah sesenget sehidup semati setido setaktido nih!! Dan seterusnya cerita ni byk tunjukkan flashback dia dgn gelpren pertama dia, family dia dan jugak budak perempuan baru tu. Di samping tu ditempel2kan jugak la konflik2 tempelan yg berlaku pada watak2 tempelan.

Overall, setiap kali flashback dan portrayal tu, mmg sarat dgn emosi si che'egu nih. Kiranya sambil tgk cerita ni, kita cam boleh terbayang2 aura yg menyelubungi dua insan senget bercinta. Sampai kita pun rasa cam, nak bercinta jugak lah... Cuma bila lovemaking scene tu, mmg la tak sehebat Jenny+Marina. Ada masanya aku rasa nak sepuk2 je pelakon tu. Cium la bebetul sket... susah2 sgt amik aku je jadik stand in, habis cerita.. muahaha.. (macam la aku tau nak bercium tu camna..)

Ending cerita ni, akhirnya che'egu tu mengambil keputusan untuk meninggalkan suami dan juga anaknya, dan tinggal bersama kekasih baru tu. Mmg boleh tgk ekspresi sang pelakon utama yg dia mmg nampak sungguhhhhh ceria bila bersama dgn org perempuan. habis cerita..

Kalau nak aku bagi tagline utk cerita ni, aku boleh katakan yg ini adalah cerita yg diberi tajuk.. 'So Gay!'. Sbb watak utama tu mmg bebetul sukakan perempuan. W/pun hidup dah ok, dah berkeluarga, dapat suami baik, dapat anak, tapi hidup dia tetap tak ceria. Senang kata 'she's not herself' lah!

Abih tu kalau dah tau so gay kenapa kawin plak? Berdasarkan pemerhatian aku, dia kawin sbb nak mencuba menafikan kesengetan diri sendiri, dan jugak atas rasa nak jadik normat macam org lain. Tapi gagal jugak perkahwinan tu. Dan sbb dia berani mencuba utk berkahwin (w/pun tau diri itu senget), dia dah menghancurkan hati seorang suami yg sgt mencintainya, memjadikan seorang anak kehilangan kasih sayang ibu, dan membocorkan rahsia orientasi sendiri kepada kaum keluarga. Lobang telah terlalu besar utk ditutup.

Kalau camtu, rasanya jika kemungkinan berlakunya kehancuran ikatan perkahwinan dan mengakibatkan org lain hampa, adakah patut jika org2 yg so gay ni toksah cuba2 utk kawin langsung? W/pun atas alasan lepas kawin boleh jadik stret. Persoalannya... boleh ke jadik stret dan tak carik ikan lain? Kalau boleh, alhamdulillah... Dlm dunia ni ada berjenis2 kategori perempuan senget, mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yg 'so gay'. Kalau tak boleh jadik stret selepas kawin?? Hm.. tak reti den nak jawab.