September 29, 2005

Mari main nyorok2 daln menyorok lagi janji tak terkantoi

Sebagai seorang pompuan yg senget, aku takleh lari dr meminati siri TV, pelakon, dan jugak lagu2 yg berkait mait dgn senget. Cuma satu lah kekangan bila meminati bebenda senget camni... aku tabley la seronok2 canang satu Malaya yg aku minat giler2 manusia2 ini. Karang ada plak yg tetiba menggaru dagu dgn ganasnya. Aku jugak takbleh lari dr berkawan dgn org2 yg senget jugak. Biasa la.. burung yg sama bulunya akan dok together2.

Tapi mmg dah kata aku ni suka bercerita pasal diri sendiri (tu pasal la jugak aku ada blog!!), selalu la jugak terrrrlepas pasal aku minat cerita cerita cenggini, dan juga aku ada kengkawan yg boleh tahan ramei. Cuma kena la selalu beringat supaya memberikan alasan se'tegak' mungkin kalau tetiba soklan 'Kenapa minat?' ataupun 'Camna boleh kawan?' itu keluar dr mulut2 org2 yg tetegak. Nak tau apa alasan yg boleh diberikan? Mari kita..


Soalan: Kenapa suka tgk Buffy?
Sebab Sebenar:
"Kan cerita tu ada satu kapel senget yg sungguh ala2 aku. Pasal tu ler aku suka.."
Alasan tetegak:
"Sbb cerita tu pasal bebenda adventure, ada slayer, ada vampire, witch. Pastu jalan ceritanya menarik, tak macam cerita2 kat Malaysia nih"

Soalan: Kenapa Tara watak feveret kau dlm cerita Buffy?
Sebab sebenar:
"Pasal dia la yg berlakon jadik lesbian... lerrr."
Alasan tetegak:
"Aku sebenarnya bukan minat Tara tu, tapi aku minat Amber Benson. Dia tu cambest dan berbakat. Boleh berlakon, menyanyi dan jugak mengarahkan filim adanya."

Soalan: Ni apsal tetiba dok carik cerita2 yg ada Jennifer Beals berlakon?
Sebab sebenar:
"Selepas aku dok minat dia berlakon sebagai Bette Porter yg anggun, aku nak tgk dia dlm cerita lain."
Alasan tetegak:
"Ntah la, aku rasa sungguh tak patut org mengutuk dia sbb tak menari dlm Flashdance tu . Jadi aku nak gak tgk bakat sebenar dia. So, aku beli la semua cerita dia."

Soalan: Rasanya kau selalu beli DVD, kenapa yg ada kat umah kau takde la byk mana?
Sebab sebenar:
"Byk DVD aku yg disorok kat bawah katil. Rated L maah!"
Alasan tetegak:
"Kawan pinjam. "

Soalan: Apsal kengkawan yg dtg ke umah kau selalunya dua org pompuan?
Sebab sebenar:
"Diorg tu kapel cam aku jugakkk..."
Alasan tetegak:
"eh, iye ke? tak pasan pun...? Acamna kau boleh pasan ek?"

Soalan: Kau kata kau ada blog, apsal taknak bagi URL?
Sebab sebenar:
"Takbleh, nnt kau tau la aku ni senget."
Alasan tetegak:
"Bila plak aku ada blog? Itu blog kawan aku la... "

Tapi kengkadang bila org dah dapat bau, mungkin soklan ini plak akan terkeluar... jeng jeng jeng..

Soalan: Aku rasa.. kau cam lesbian lah. Iye ke?
Jawapan sepatutnya:
"Ah-bud-dennn??!"
Jawapan tutup lubang:
"Huish! Apa la kau nih. Ada ke lesbian kat Malaysia nih?"

muahahahahah

September 27, 2005

Many Missed Call (ini bukan cerita hantu jepun)

Aku ni org yg suka bercakap kat tipon (kalau aku tak bz la). Tapi suka2 pun telinga aku hanya boleh bertahan selama paling poyo pun sejam la. Lebih dr tu, mmg aku akan mengalami masalah telinga kepanasan. (Cuma telinga aku takde la meletik2 dan menggelupur cam cacing. Still maintain lagi la). Tak kisah la org tu kekasih ke, darikasih ke.. kalau telinga aku dah panas. Mmg aku akan mintak izin mengundurkan telinga drpd lobang bunyik telepon.

Lagi la skrg ni bila guna henpon, lagi cepat panas telinga aku. Bila dah panas mula lah keluar bunyik2 seperti.. 'Ha?' 'Apa?' 'hehehe' (gelak pasal tak dengo apa dah). Tapi kengkadang tu baru je cakap halo dah kuar 'ha?'. hehehe.. kan kan? Sedikit cik kak jugak aku ni sebenarnya. Hai la henpon, kenapa la kau tak sejuk. Skrg ni, aku takleh la bayangkan hidup sebagai pekerja yg pandai berchenta di kota metropolitan (ececeh..) ni tanpa
henpon. Musti cam poyo rasanya. Hidup henpon!!

Tapi satu je masalah henpon ni yg aku rasa sedikit men'tak best' kan kehidupan. Ini adalah kehadiran manusia2 yg rajin bagi miss call bertalu2. Kalau miss call tu berlaku sbb tak sempat nak angkat tipon takpe la jugak. Ini baru henpon tu berbunyik setoet, dah abih. Tiga saat pastu bunyik lagi. Aku ni punya pesen, kalau dapat miss call dr no tah pape tah ni, toksah la harap aku nak call balik. Buat perabih duit aku je. Baik aku call mak aku
lagi best. Dapat gak pahala.

Setakat ni dua nombor yg mmg komfem aku akan call balik kalau dpt miss call setoet hanyalah parents aku dan jugak partner aku. Tapi kalau yg aku tak sempat nak angkat tu, aku call la balik. Kot2 ada hal penting ke, ada nak bagi hadiah ke, peminat ke... Sekali lagi diingatkan, aku ni suka borak dlm tipon... terutamanya kalau panggilan tu percuma. Bahagia beb!

Toksah la Miss Call.
Maka di sini aku nak nesiyatkan kat sesapa yg suka main2 tipon buat miss call tu, tak menjadi utk aku skrg ni. Kalau time aku gegatal dedulu ok la. Tapi tu la, kengkadang ada org yg rasa nak cakap lelama, tapi takde kredit, tu yg dok buat miss call tu.. mengharap la kononnya.

Kalau camtu meh aku bagi tips sket, buat cenggini yea kengkawan:
  1. mula2 call la org yg dirindui tu
  2. bila dia dah angkat, cakap la dgn nada yg baik..
    "awak boleh call saya balik tak? kredit saya dah nak abis, tapi saya rindu... boleh ye wak?"
  3. Pastu letak tipon cecepat.
kemudian tunggu la jawapan...

Sekiranya dia call balik; itu tandanya dia rindu jugak.
Tapi sekiranya dia tak call2 setelah sepelaung anda menunggu, itu anda bolehlah buat spekulasi sebegini:
  • kredit member tu dah tarak
  • org tu takleh call pasal tgh memerut
  • dia tak rindu pun kat anda
  • anda sebenarnya ter call org lain

OK, next time, aku bagi tips camna nak berborak dlm tipon sambil tido... orait? Jom kita balik!

September 26, 2005

Memori Asam Podeh!

Setelah berhari2 aku kena perap dlm treneng room, hari ni aku keluar jugak. Kiranya dah jadik rerama la ni kot. mueheheheh. Cheh! tak gerek langsung jadik rerama. Baik jadik pisang montel ke, cempedak ke, takpun sotong. Boleh gak digoreng2 dan di makan. Kalau setakat rerama tu.. bukannya ada rerama goreng cicah sambal kicap. Kalau ada mesti rangup kot. hehe. Dah la, sudah2 la aku merapu.

Nih, hari ni aku nak cakap pasal makanan dan makan dan makan lagi. Kenapa aku pilih topik makan? Ini sbb hari sabtu mlm ahad hrtu, aku kuar la pi makan2 dgn dua org pembaca blog aku ni ha. Mmg sebenarnya kalau nak dikirakan byk benda mlm tu yg boleh aku tulis dan kupas. Tapi ntah la, dah mmg aku suka makan, tetiba harini aku teringat la plak pasal cerita2 nak masak asam pedas. So, topik hari ni, asam pedas.

Suka asam pedas?
Aku mmg suka mkn asam pedas, walaupun itu bukan lauk feveret aku, tapi tetap aku suka. Tapi asam pedas utama yg paling aku suka ialah asam pedas ikan duri, makan sambil cicah dgn kicap, bawang beso potong, dan sedikit perahan limau. haiyoh, mak mentua lalu pun tak nampak. (Tapi kalau angelina jolie lalu, nampak la kot..).

Dan nasib badan aku alhamdulillah baik pasal aku dapat partner yg pernah berkampung di negeri asam pedas. Takyah la aku cakap negeri mana, korang main la teka teki sendiri. Dan kalau diikutkan org negeri tu, lain ikan lain kuah asam pedasnya. Kengkadang kalau aku ikut dia balik kg, sampai rambang mata aku nengok asam pedas. Tapi mknnya takde la byk jugak. Setakat ala s-kadarisman sahaja jumlahnya. *malu ler, kena la kontrol dpn famili dia..*
Tapi partner aku ni sungguh baik hati. Sbb aku ni org jawa, suka mkn kuah asam pedas lawan dgn ikan goreng, dia akan sediakan paling kurang pun seko ikan yg digoreng utk aku. hehehe.. ailabyu la chefD.

Sebenarnya bukan setakat ikan sahaja yg boleh dibuat asam pedas. Ayam, daging, dan sayur2an pun boleh dibuat asam pedas. Kalau tak caya, tanya ChefD. Sapa dah tau... jgn tanya dia. Tapi mak aku dok kata, kalau asam pedas tu istilah yg digunakan utk masakan yg ditumis. Kalau asam pedas tu tak ditumis, mak aku panggil asam rebus. So, biasanya sayur2an dibuat asam rebus la.

Itu kata2 org johor la. Org negeri lain aku tak tau. Kot2 ada yg menggelarkan asam pedas sebagai asam tumis ke, gulai asam ke, lauk kuah merah, dan apa2 lagi la. Janji bendanya sama, w/pun rasanya tak tentu sama.

Memori Asam Pedas
Kalau KFC ada buat memori KFC, asam pedas pun kengkadang nak gak ada memori kan? hehe. memori asam pedas aku ialah sewaktu aku dgn chefD sesama praktikal kat salah sebuah pusat org sakit kat johor. Kat situ makcik jual asam pedas dia punya la sedapppp. Sampai menjilat jari. Tapi biasa la, masa tu, praktikal pun takde gaji. Pastu takkan la asyik nak mintak mak duit je kan. Pepandai la berjimat. Sbb sangkeng seronoknya nak mkn tu, kitorg selalunya akan beli sebungkus sahaja dan kongsi berdua. Kira cam ala2 romantik la jugak kongsi nasik bungkus yg setoet tu berdua semata2 nak merasa asam pedas. Hai lah asam pedas. Dah la sedap. ish ish!

Yang.. balik ni kita masak la asam pedas ikan yg kat dlm esbok tuh.

September 23, 2005

entry org yg kepalanya dah terbelit byk sgt telan nombor

Suatu ketika dulu, sewaktu aku masih baru2 keja, dan berbaju kurung pi opis...

**
Akak Asst.Mgr:
Eh, ada Valentine's card. U punya ke kapal?

aku:
Saya punya kak. Sbb tu ada atas meja saya. *gelak cam kerang*

Akak Asst Mgr:
Sapa yg bagi ni? *sambil dgn tak malunya membukak kad tuh..*

aku:
er... kawan.

Akak Asst Mgr:
lelaki ke pompuan?

aku:
Pompuan *tetiba terasa kepala aku berpusing...*

**
OK, perbualan kat atas tu bukan setakat intro, tapi jugak satu persoalan bagi aku. Mmg la aku mendapat kad valentine dr seorang perempuan tu tak jadik persoalan. Yg tetiba aku muskelkan ialah... akak tu. Kenapa dia nak tau jantina org yg bagi kad tu pada aku?

Bukan ke selalunya kalau org berani dok tayang2 kad valentine atas meja kat opis ni dpt kad drpd peminat ataupun pasangan yg berlainan jantina? Itu jugak la sebabnya aku dok bubuh kad tu atas meja aku dulu. Sbb aku rasa takkan ada yg nak tanya sapa yg bagi. Paham2 sudah la.

Tapi akak tu dok tanya jantina, menyebabkan aku ada terasa yg dia mungkin tergolong dlm ciri2 berikut:
* menyenget (mmg senget punnn)
* e-nget (ingin jadik senget)
* per-nget (pernah jadik senget; lebih kurang cam has-bian jugak la nih)

Mungkin ada jugak yg tak setuju dgn pendapat aku ni. Takpe, aku tak heran. Sbb mmg dah menjadi hobi aku membuat spekulasi matawang. So, biarkan je la aku terjun dgn smap labu. kan..? Argument aku ialah.. kenapa nak tanya jantina?!

September 21, 2005

Masalah.. malaslah.. baik baca majalah

heh... dah dua hari aku tak sempat mengupdate blog nih. Ntah kenapa tetiba cam byk la plak keja yg kena buat. Pulak tu, keja2 yg melibatkan berkomunikasi dgn org luar. Sungguh malas rasanya bila kena bab2 berkomunikasi nih. hehe. Harini plak aku tersangkut kat treneng, tiga hari plak tu. Saaampai la hari jumaat ni. Mmg best layan tido dlm treneng room.

Tapi harap2 korang semua pembaca blog ni yg aku dok ingat2 selalu, takde la beralih arah atau majuk plak ek? hehehe. Takpe ah, kalu majuk, bagi aku henpon nombor, takpun anto email.. nnt aku pujuk. Aku bagi munger (sebutan manjer bagi bunga). Gambo munger buleh?

Nih, tadi masa aku treneng.. ada la pakcik tu dok cakap pasal masalah. bla bla bla masalah? apa itu masalah? Adakah anda menghadapi masalah? dan cemacam lagi la. Tapi kan, bila kita tanya org apa masalah yg tgh dihadapi, rasanya ada jugak segelintir yg jawab... takde masalah.

Satu sbb ialah org tu rasa kalau dia dok bercerita pasal masalahnya yg tak abih2 tu, katang org kata dia ni suka membesar2kan cerita plak. Benda kecik punnn nak dijadikan masalah. Ada plak tu rasa takde masalah yg takleh diselesaikan. So, dia takde la anggap benda tu masalah. Dia anggap benda yg cam masalah tu hanyalah satu cabaran dalam kehidupan. Kononnya la.

Ada jugak org yg tak bermasalah cam aku ni ha. Sebabnya, masalah semua dah bertunggu-bertangga kat dlm benak aku, sampai aku pun tak jumpa nak cari. Jadik sebahagian dr darah daging gitu. Org camni bahaya sungguh, dia dok tak nampak yg diri dia bermasalah. Semuanya cam ok je, tapi... dah nak membentuk tumor, still tak sedar2 lagi. Ni bila dah sedar nih... acamna nak ubah? Acamna aku nak carik masalah2 tu dan hapuskan satu persatu? hmmm.. pikir, pikir. *huarghhhhhhhh*

Tu la, bila nak cari 'masalah', laaaaaaaagi lah masalah. Terus ngantuk & malaslah. Rasanya aku nak ubah sket persepsi terhadap masalah ni la. Drpd kita bertanya, apa masalah yg perlu diselesaikan, mari kita tanya soklan baru.."Camna nak perbaiki kehidupan kita seharian."

Ini la baru pendekatan yg positip sket. So.. kita semua akan pandang cara nak perbaiki hidup, rather than memandang masalah. Ingatlah, lagi rajin kita carik masalah, lagi lahhh masalah tu dtg. Mmg masalah... huhuhu. eh dah, aku kena sambung treneng satgi. muuhuhuhu

September 16, 2005

Suaaaaramu, gemersiknya bak buluh perindu... (mcm la buluh buleh berckp!)

Kat opis aku ni ada dua org lelaki yg berumur yg sesama dok kongsi bilikubikel dgn aku. Alkisahnya mereka berdua ni baru balik dr konti radio sbb ada buat interbiu tah apa tah. Dan aku pun merupakan salah seorang pendengar rancangan radio yg on air bbrp hari lepas. DJ radio tu pompuan. Maka dgn gediksnya aku pun bertanya la...


**

aku:
brader boss, sedap betul la sore DJ tuh.

brader boss:
Ha... tu kau baru dengar sore je, kau tak tgk orgnya lagi.

aku:
apsal, cun ke?

brader boss:
mmg lawa, tu pasal la sorg kawan kita tu takleh tido dibuatnya.


**

Mendengar camtu, aku pun jadik cam kucing la. kemain tegak telinga aku. Nak gak tgk muka DJ tu camna sampai brader boss dan member dia tu buleh jadik ala2 tergatal..(biasak la, lelaki berumur kan, sokmo nak gatal terlebih).

So, pagi tadi, time breakfast, aku dok borak dgn partner aku. Cakap la pasal DJ yg disebut2kan itu. Partner aku tanpa segan silunya kata:
"Mesti suara DJ tu cam lembut terlebih kan? Kalau tak takkan awak suka."
Aku tak kata apa la, menyengih je. Sbb mmg aku suka dengar suara yg ala2 lembut, manjer dan yg sewaktu dgnnya.. Terbuai seh..!

OK, pendekkan cerita, pastu partner aku cakap, suruh aku jek brader boss utk amik gambo DJ tuh. Maka baru sat2 tadi aku pun mula lah menekan ayat lagi..


**

aku:
boss kalu buat recording lagi, amik la gambo. Boleh bubuh dlm website, menunjukkan boss masuk radio. *alasan, padahal aku nak tgk muka DJ tuh!*

brader boss:
eh, aku nak kena interbiu kau nak aku amik gambo plak. Camni la Sekapal, minggu depan, kalau kau tak bz, kau ikut sekali. Tolong amikkan gambo ok? Setakat DJ tu boleh kautim.

aku:
er.. bleh bleh. *sambil ternganga dan muka terjadik merah2 pucat. Kenapa jadik pucat, aku tak tau...*


**


tapi aku berani kerat pensel la, mmg aku takleh ikut punya minggu depan. Cuma aku akan pastikan dia amik gambo DJ tu. Kena la aku pusing tang lain nampaknya.
Kalau ada sesapa yg nak tau nama DJ tu, dan radio apa... hehehe. tabley la, nnt korg tau kat mana aku keja. mueheheheh..
Moral of the story... mmg seronok kalau dapat selalu dengar suara org yg memanjer ni. Pasal tu la ada ramai gak yg dok jatuh chenta dgn DJ radio. Ha, ada di antara korg yg jatuh cinta selepas mendengar sore. Musti ada punya kan? huhuhui


nota kaki ayam masak sup utk chefD;
w/pun sore awak tak cam DJ, tapi itu lah suara yg boleh menenangkan saya di sepanjang masa. Jgn terasa plak eh. heheheee

September 15, 2005

Mesin oh mesin, kenapa kau tak masin?

"Please pay the above amount that displayed"

"Sila tunggu sebentar, operator kami akan melayan anda sebentar lagi... ting tong tueng..."

"Tekan satu untuk pertanyaan baki, tekan dua untuk menambah nilai, tekan tiga untuk mendengar mesej, tekan empat.... tekan lima... tekan enam...."

"Terima kasih kerana menelefon *tuuttt* sdn bhd. Harap maaf sekarang ni waktu kami makan tghari, sila telepon sekejap lagi."

Itu hanyalah bbrp contoh bebenda yg aku rasa ramai gak di antara korang pernah dengar. Dan yg bestnya, kita dok dengar sore je, muka org yg bercakap tu mmg tak pernah nampak. Dan kalau kita ulangi proses yg sama, mesej yg sama akan didengari dan intonasinya jugak, lerrr.. tak ubah2..heheh... mmg le, itu kan mesin yg jawab.

Kita ni hidup kat alaf baru ni mmg tak dapat lari dr mesin. mesin la yg kuar dan bagi duit. Mesin jugak la yg buat memacam keja. Dr membasuh kain, saaaampai lah menidurkan mata. Apa? tak caya mesin boleh menidurkan mata? Sumbat aku dlm bilik takde kipas, kompom takleh tido. Kesimpulannya, kita
hidup mmg dipenuhi mesin-mesinan.

Aku ingat boss terlebih beso cakap kat aku haritu...
"Sekapal, org ramai lebih sanggup beratur panjang kat mesin ATM drpd kat kaunter, sbb guna mesin, mereka lebih 'in control'. So, please design in such a way that user can feel more in control."
pulak.. bila masa aku design mesin ATM. nak in control, pakai la brylcream cacak2.
heheh.. blasah la, pokok pangkalnya, mesin membuatkan manusia rasa in control.
Ini adalah rasa yg best. Ye la, sbb benda tu takde otak, boleh la kita suruh dia buat apa je pun. Sama la jugak macam kes org buat robot utk memuaskan kehendak sendiri. hmmm...

Tapi kan, sebenarnya, dalam pada mesin ni bagi kita control, kita ni sebenarnya kena kontrol dek dia. Iye la, bila telepon, kena tunggu la, tekan butang mana2 la sampai habis karipap dua bijik boleh dibedal. Dan yg
paling menensenkan ialah mesin bayo parking kat Berjaya Times Square yg tak berenti berbunyik mintak disumbat duit. Kengkadang rasa nak tendeng mesin tu pun ada jugak. Mengenangkan aku ni wanita ayu, taknak la plak main tendang2 mesin. auw!

Ha.. ni lah persoalannya timbul. sapa kontrol sapa? Kita kontrol mesin? Ataupun mesin kontrol kita? Tapi aku rasa, dedua saling kontrol mengontroli. Tanpa kita mesin takleh berfungsi dgn betul, dan tanpa mesin
jugak kita tak boleh berfungsi dengan betul. Dan ingatlah, sekiranya anda rasa anda sungguh in-control, anda sebenarnya sungguh kena kontrol. Muahaha

Erm... bolehkah analogi ini dikaitkan dgn hubungan manusia & manusia??

September 14, 2005

Aku dan Ramadhan (bulan ramadhan ye.. bukan nama lelaki tau)

haiyoh, dah mlm baru leh update blog. hehehe.. tapi percayalah, aku tulis bebenda ni sejak tghari tadi tapi baru la ni boleh update. mueheheh..

Skrg ni dah bulan Sya'ban. Tak sampai sebulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Sungguh cepat dirasakan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak raya *yeay!! raya lagi*. Kalau sesapa yg sudah mengenali aku sejak tahun2 lepas, sure tau punya yg bulan poser aku mmg sungguh liattt nak kuar rumah. Mmg liat nak gi kuar jenjalan di waktu mlm, dan sungguh liat nak berbuka sambil bersosial di tempat yg tidak boleh dikelaskan sebagai rumah. Kalau buka reramai dlm rumah best la jugak.

Tapi kengkadang aku ok la jugak setakat nak kuar mkn2, ngeteh2 bila dah lewat2 mlm sket. Ada gak yg tanya kat aku..
"Apa kau buat lepas buka posa?"
Aiya.. lepas letih berposer sehari, apa lagi nak buat, tido je la.. kan?
Dah dah.. habis cerita pasal aku, meh kita cerita pasal er... bulan poser, dan aku.
Setiap kali dtgnya Ramadhan, aku akan tetiba jadik terjiwang dan terpanggil untuk mengimbau kenangan lama. Kenangan yg pernah aku lalui menyambut Ramadhan beberapa tahun lepas.

Ramadhan 1421
Ini adalah Ramadhan yang pertama aku sambut setelah aku dan partner aku berhijrah ke kelumpo untuk mencari rezeki (ayat poyo.. jgn marah aa..). Waktu ni aku dgn dia masih lagi membuat tapak kecil2an kat KL nih. Dan dgn tapak tu jugak la kami berebut2 naik bas balik ke rumah dr tpt keja dgn jem rabak jalan Ampang tu, sbb nak jugak buka poser kat umah, atas meja mkn. Di ramadhan ini jugak la aku mula berjinak2 dgn dunia internet. Mula tau amende namanya chatting dan jugak mula pandai mengayat guna jari. mueheheheh

Ramadhan 1422
Tahun kedua menyambut Ramadhan di kelumpo. Tapi tahun ni kami berdua dah tak lagi menapak berebut bas, tapi partner aku la yg kembang tapak kaki menekan pedal minyak ketanya utk balik ke umah dr opis. Alhamdulillah masa ni dapat la buka poser dgn tenang kat umah. Dan raya yang menyusul selepas Ramadhan ini membuatkan mata aku terbukak sket dgn rumah2 yg ada kat kwsn kg aku, pasal tahun ni je lah aku ada
jenjalan keliling kampung untuk meyertai sesi yg dinamakan sebagai 'beraya keliling kampung' hehe..
"Apakan daayaa... masa tak akan kembaliii...."

Ramadhan 1423
Di bulan Ramadhan tahun ni, kegawatan ekonomi aku dan partner aku sedikit meruncing. Ini semua sbb kes pembungkusan beramai2 kompeni IT kat malaysia. W/pun waktu ni kompeni kitorg belum boleh dikatakan bungkus, tapi bahangnya sedikit sebanyak terasa la jugak. Tapi nasib baik kitorg dok berdua, so keperitan tu boleh la jugak dimain kongsi2. w/pun ekonomi tak berapa baik, aku rasa ini ada antara Ramadhan yg paling bahagia pernah aku kongsi bersama dgn partner aku...


Ramadhan 1424
Tahun ni, byk benda yg berlaku di Ramadhan yg aku lalui. Masa ni lah kali pertama aku berposa di umah sewa yg kedua. Dulu aku dok umah takde pintu blkg, masa ni umah aku plak dok share kesemua dinding dgn
jiran. Kiranya aku ada jiran kat kiri, kanan, atas dan bawah. hehehe.

Di Ramadhan ini jugak la aku dah mula bekerja dikompeni yg baru. Sama jugak la dgn partner aku, dia pun keja kat tpt baru yg jaraknya beratus batu dr kelumpo. Sbb tu la boleh dikatakan 60% drpd time buka poser, aku makan ditemani kerusi2 yg tak berpenghuni. Sedih sey, buka pose sensorang. Tapi partner aku ada la jugak balik dan aku ada jugak pergi melawat dia kat sana. Rindu ler.

Ini juga merupakan tahun pertama aku balik beraya naik keta sendiri. Sblm ni takde lesen, lagipun gaji ciput. Tu pun aku hanya mampu pakai keta cabuk. tak kisah ler, janji leh balik kg. huhuhu

Ramadhan 1425
Ni tahun lepas nih. Ini merupakan ramadhan pertama aku beraya setelah memiliki nama baru iaitu 'Sekapal'. So, kalau tgk blog lama aku, mmg akan ada la entry pasal poser dan jugak raya. Tahun ni jugak aku keja kat opis yg skrg ni dan hari aku buka poser sensorang tak byk hari sgt, sbb masa ni partner aku dok part time sesama kat kompeni ni. So... gembira la jugak. Boleh la..

Ramadhan 1426
InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, aku akan menyambut Ramadhan tahun ni kat umah yg aku baru duduki selama sebulan lebih yg berdekatan dgn opis. Cuma masalahnya kat sini tak byk bazar Ramadhan!!! Acamna nak mkn sedap?! Oh I miss Ampang...
Dan apakah bebenda menarik yg akan berlaku pada aku di Ramadhan ini? Kita sama2 tunggu dan lihat..

September 13, 2005

Aku kata: Ciri org senget dlm gobok & yg boleh jadi senget

Mmg semua org dah tau aku dah khatam cerita The L Word. Tapi sbb line umah aku sokmo kureng clear, mmg berminggu2 jugak la nak khatam. kalau org yg boleh khatam one shot... mmg aku respek lah! *tabik tabik* hehehe.

OK, dlm bbnyk episod The L Word, mmg lah episod 3 'Let's Do It' yg menjadik feveret seisi rumahtangga (ini termasuk aku, partner aku dan kucing aku..). Dan rasanya ramai yg akan bersetuju dgn aku bahawa part yg paling best3 sekali ialah part di mana diorg deploy mission utk mengesahkan kesengetan Lara Perkins.

Entry harini bukan lah pasal The L Word maupun Lara Perkins, dan jugak bukan pasal ke'hot'an baju Bette.
Tapi hari ni aku nak menulis sedikuit pasal cara2 untuk mengenalpasti (tapi bukan mengesahkan la) kesengetan seorang pompuan. Dulu aku ada copy paste cara2 mengesahkan ni yg disadur dari website WWLW. La ni kiranya dah tambah pengalaman sket, aku rasa sedikit boleh la mengenalpasti kesengetan seseorang itu, ataupun potensi kesengetan seseorang yg menyorok dlm almari, berdasarkan soalan dan perbualan kita dgn dia.

Di antara data2 yg dapat aku kumpulkan bagi mengenalpasti org2 senget yg nyorok dalam gobok adalah sepert berikut:


  • Orang yg senget akan menggunakan perkataan 'straight' utk address org2 heterosexual. Sedangkan kalau lah org tu normal, watpe dia nak gunakan perkataan stret. Baik dia gunakan perkataan seperti normal, biasa, ataupun yg sewaktu dgnnya.
  • Seorang pompuan senget akan rasa cam tetakut nak menggunakan perkataan 'lesbian' dan takkan sesenang mengata org lain adalah 'lesbian' di kalangan kengkawannya. Sbb ini cam tabiat manusia la, kalau benda tu tak elok, dan kita buat, mesti bila nak keluarkan pktn tu rasa cam tetakut dan dedebor.
  • Bila kita cerita pasal orang bujang amik anak angkat, org2 senget akan kelihatan cam sungguh berminat. Tapi org yg stret sudah tentu akan cakap camni..
    "Laa... buat apa la susah2 amik anak angkat baik kawin je dulu. kalau dah lama kawin tak dapat anak, baru la amik anak angkat."
    Tapi biasak la...org senget kawin la sepuluh tahun pun, bukannya boleh mengandung. Kalau boleh, dah ada tiga org kat umah tu!
  • Umur dah banyak, rupa bukannnya takde, tapi takkkk kawin2. Alasan yg paling biasa diberikan ialah belum jodoh ataupun terlalu sibuk dgn keja. Pastu w/pun tak kawin lagi tapi muka tetap cerita tanpa ada ciri2 desperate dan selalu kelihatan bersesama dgn seorang kawan baik, ataupun bestprengg yg selalu dilihat bersama2. Tak ke 'gitu-gitu' tuh?
  • Selalu mengaku ada kawan ramai yang dikenali melalui blog. tapi bila tanya alamat blog, rahsia. Pastu bila tanya acamna leh rapat dgn kenalan internet, lidah kelu. *ni cam aku la nih*

Itu adalah org2 senget yg taknak mengaku. Ada jugak tu pompuan yg berpotensi jadik senget. Kiranya diorg ni stret until not la. So, kalau agak2 pompuan yg korang minat tu ada ciri2 sebegini, boleh la mula mengorat kot. Mana tau, kot2 buleh dapat ke.. huhuhu.

  • Pompuan ni selalu merasakan buiprennya itu selalu kureng romantik dan caring. Dan diorg ni selalu rasa tahap pemikiran buipren diorg tidak mencapai skema jawapan yg telah disediakan. Kengkadang siap boleh rasa lagi yg sang buipren cam tak cukup bagus utk menjadi kekasih dan sahabat. Biasanya org camni memerlukan nafkah batin yang merangkumi makanan minda. haaa...
  • Merupakan seorang yg berdikari dan berani. Diorg ni kalau setakat jalan sensorang pi shopping ni takde hal nye la. Kiranya, lebih baik jln sorg drpd ditemani oleh manusia yg tak best dan tak cukup power utk menangani isu2 yg berkaitan dgn memilih kasut, memilih baju, dan jugak membawak beg, dan bukak pintu keta.. dan belanja makan eskrem.. Kiranya pompuan jenis ni adalah yg macho tapi sangattt manjer.. boleh gitu?
  • Pompuan yg tersangat lah dominannya sehinggakan diorg ni rasa tak larat nak mengipas ego lelaki. Dan diorg ni akan rasa alangkah seronoknya kalau ada seorang isteri comel yg boleh menjaga makan dan pakai. Tapi sebab keutuhan perasaan yg merasakan homoseksualiti itu mmg tak boleh langsung2, maka perasaan ni dipendamkan lah sahaja. Cam bakat terpendam la nih. Tapi org2 terpendam ni bahaya, sekali terkeluar bakatnya tu, terus... worlld!
  • Org pompuan yg sgt takut nak beranak. Takut body tak cantik, takut sakit, takut pakai baju sepital dan cemacam takut lagi lah. ye.. ini jugak candidate utk menjadi lesbian yg sesuai.. hahaha

Tapi apa2pun, yg aku tulis kat atas tu contoh je la. Takde la maknanya aku mengata semua org yg berciri camtu tergolong dalam kapal aku. Takk. Ini hanya hasil pemerhatian aku sahaja dan tidak disahkan oleh mana2 auditor bertauliah, maupun bebenda statistik yang melibatkan taburan normal maupun taburan habuk kuih raya.. *yea yea nak raya!!* Jadi, jgn lah ada sesapa yg terasa. Kalaulah ada yg terasa boleh disengetkan, balik lah ke jalan yg tegak sebelum jadik cam aku.. cegah sebelum parah! huhuu..


September 12, 2005

Apa yg aku buat di hujung minggu haritu

Seperti biasa bila hari Isnin ni entry aku akan bertajuk "Apa yg aku buat di hujung minggu haritu" hehe. Huarghhhh.. Rasanya ramai jugak la yg dah tau aku dok buat makan2 utk memanaskan rumah hari Sabtu haritu.

malam dan siang Sabtu
Bermula dr malam sabtu tu, dah ada empat org geng2 yg dah sesama dok melepak kat umah. Dan mika2 berempat ni jugak la yg bertungkus lumus masak memasak, potong memotong dan bantu membantu menyediakan mknn yg tidak seberapanya itu.. ececehhh.
"Korang berempat, aku dgn chefD nak ucapkan jutaan terimakasih sebab tolongjadik sous-tuan-umah dan sesama melayan tetamu yg dtg. Budi baik kalian (eceh, guna pktn kalian tuuu) hanya Tuhan je yg dapat membalasnya. Len kali jgn serik utk tolong lagi ye."

Keja aku di hari sabtu tu ialah menjadik mandur tidur. hehe.. takde la, kalu aku jadik mandur maunya chefD semelih aku..kiok! kok! kok! hehe, so utk mengelakkan aku dr tido tak tentu arah, chefD suruh aku jadik runner. Aku kena pi putar memutar di sekeliling kampung utk mencari gula merah. mmg seronok memusing2 dlm keta di tgh panas... poyo!

Tetamu yg memula sekali dtg ialah opismate ChefD seramai 5 org yg comei2 belaka. eheheh.
"If any of you guys are reading this, thank you for coming (especially) and the gifts (definitely). Next time you will see the dining set and please expect my partner (insert name here) to smell better.. hehehe.."
eh, cakap omputeh plak aku

Lopeh tu dtg plak dua org insan yg regular kat blog aku ni. Sempat jugak la diorg ni dtg w/pun memasing nak keluar dr kelumpo ptg tu jugak. Sesi perborakan dgn korg berdua mmg sungguh menyegarkan. heheh.
"Korang berdua, timakasih sbb sudi meluangkan masa utk hadir. Timakasih jugak segala buah tangan dan jugak pokok bunga tangan yg diberikan. Next time kita wat majlis buka2 poser plak ye.. *hint... hint...*"

Ini diikuti plak dgn kedatangan tiga orang tetamu yg menggelarkan diri mereka "The Kelisa Putih" yang tak lama lagi akan menghasilkan album baru yang memuatkan lagu2 seperti "Jln Belakang ke Rumahmu", "Seliparku Kaler Merah" dan jugak "Kami pun bela Kucing.. jeng jeng jeng". hehehe (jgn marah aaa, raya dah nak dekat nih..).
"Mmg dah lama aku tak jumpa mika2, lagi la sejak pindah dr Ampang nih. Timacih dan tahniah diucapkan sbb berjaya sampai tanpa sesat barat w/pun korg tak dpt peta aku yg cun melecun tuh.."

Hala ke malam pun ada jugak yg dtg pasal masing2 tu dok sibuk dgn bekerja mencari rezeki dan juga sibuk melayan kaum keluarga di sianghari. Dan ada yg dtg mlm tu siap bawak anak lagi. Bukan anak kucing aaa, anak dia ler. Terhibur la jugak dgn gelak tawa budak kecik. Hai la.. ini yg membuatkan aku rasa nak amik anak nih. ish.. Apa2pun, mlm tu mmg menggumbirakan.

Tapi ucapan terima kasih yg tak terhingga dr aku adalah utk kekasih hatiku Markonah (bukan nama sebenar ChefD) yang bertungkus lumus memasak sampai berlemoih2. Kalau awak takde la sayang, takkan semua ini menjadi kenyataan.. Kita berikan tepukan buat ChefDiva...! haha (aku mmg poyo)

Siang ahad (jgn lupa buang sisik ye...)
Ahad tu memasing melingkar atas toto sampai tghari. Sbb tu la w/pun baru beberapa round main gin rummy je, hari dah mencicah kol 3 ptg. Tapi sbb hari tu ada operasi, proses main daun terup terpaksa dihentikan selepas asar. Ini sebab anggota2 'edisi siasat versi senget' ada operasi mengushar kehadiran DVD2 senget di pasaran tanahair.

Empat org anggota je yg mengambil bahagian utk melaksanakan operasi kat Sg Wang Plaza. Sblm meneruskan cerita ni, aku nak mintak tolong sket. Tolonglah bayangkan kitorg berempat berjln dgn gaya slow-motion menuju ke kedai2 DVD. (Kalau korg tgk cerita DEBS sure boleh bayangkan punya.. cuma kitorg takde le pakai skirt cam diorg..). Dan lepas tu tolonglah bayangkan (dgn gaya slow motion jugak la) kitorg berempat mencangak2 tak jumpa jalan keluar dr Sg Wang Plaza.. mmg poyo!
Hasil siasatan?? mmg menarik... hehehe

Ish, sudah cukup panjang entry aku nih. Dah la. Karang ada yg pening2 mata plak dok baca. Er, kepada sesapa yg tak dpt dtg (ala...), ataupun takleh dtg (sob..sob..), ada serangkap pantun.... baca yea.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa nanti,
Kalau rasa2 nak datang,
Janganlah lupa mandi...


Sekian, tima kasih lagi sekali. Mari kita pegi mandi.

September 9, 2005

Sesi berdialog bersama aku.

Tajuk: Telur oh Telur!
Rating: PG - Tidak sesuai untuk mereka yang kureng gemar lawak2 poyo berunsurkan male chauvinist atau yg sekapal dgnnya.
Pelakon utama: aku lerrr
Pelakon tambahan: bebudak designer ku
Latarbelakang: Belakang opis, kubikel yg line paling clearrrrr sekali. Di satu hari yg hening selepas kerja kami direview utk kesekian kalinya.


***


Designer pandai lukis:
Ala.. sukati la aku nak lukis camna pun. Malas nak dengo cakap sponsor.

Aku:
Kau ni, jgn ler degil. Aku malas dah nak gegaduh dgn org tua tu.

Designer pandai lukis:
Apada kapal, kau ni penakut la. Takde telur la kau ni.

Aku:
*tgk mamat tu dgn muka kompius*

Designer pandai lukis:
eheh... lupa lak. mmg kau takde telur pun kan.

Designer yg utama:
Eh kau ni, si kapal tu ada telur la. Telur dia lagi byk dr telur kau. Kan kapal kan?

Designer pandai lukis:
Ah, kau ni memandai je

Designer yg utama:
Iye la, org pompuan mmg byk telur. Mcm si kapal tu le...

***
..... dan dialog mereka berterusan, membincangkan mengenai telur aku depan2 bijik mata aku yg mencangak kat situ. Ada ke patut??!!

September 8, 2005

Blog punya nama, atau tokei blog punya nama??

Fuh... hari ni cuaca sungguh best betul la. Tak pernah2 aku bangun pepagi tarik selimut, tetiba harini la plak dok tergigil2 carik selimut. Sejuk beb! Kalau tidak, bilik aku tu boleh dianugerahkan sebagai bilik terpanasss dalam umah tu. er.. panas bebetul yea.. bukannya 'panas'. huhu. Biasanya bila tido malam tu mmg la sorang ke timur, sorang ke barat. Bukak kipas sebeso2nya pun tak membantu. Tapi mlm tadi nasib baik la jugak aku dgn dia sesama kepenatan. Maka sonang je la masing2 nak tido. tu la.. penat keja punya pasal, sampai nak menjengok blog sendiri pun susah. Adeh la hai.

Masa aku guna blurty dulu, ramai pembaca yg mengadu susah nak ingat alamat blog aku. Sbb masa tu URL dia berjela2. Tapi sebenonya masa tu lagi la sonang. Sbb kalau taip je 'sekapal' kat kotak google, pastu klik 'saya rasa bertuah'.. mmg terus sampai ke blog lama aku. Blog lama ye. Bukan blog yg ni. Kalau blog ni korang kena la hapal URl dia, bukannya susah. No tipon korang laaagi la susah nak ingat.

Memuuuula dulu aku pilih nama blog aku sekapal ialah bertujuan untuk menunjukkan yg aku ni tergolong dalam kapal yg senget. Kiranya blog ni boleh la dibaca oleh org2 yg sekapal dgn aku. Sesapa kureng pasti maksud sekapal tu, meh sini aku bgtau. Sekapal tu maksudnya berada di dalam situasi yg sama. Situasi tu tak kiralah sama kampung ke, sama sexual orientation ke... maupun sama kapal.

Yg bestnya, masa aku start memblog, aku tak sangka plak laa yg aku akan meggelarkan diri aku sebagai 'Kapal', 'Makcik Kapal' ataupun apa2 kapal yg sekapal dgnnya. Iye la... cuba korang tgk blog uL, nama blog layarimpian, tapi ada ke org panggil dia layar ataupun impian.. tetap uL jugak.

heheh.. kesimpulannya, mmg kalau nak dikirakan dr segi nama, blogger ni boleh la diklasifikasikan kepada dua. Satu jenis yg meletakkan nama blog, satu lagi yg meletakkan nama sendiri kat blog. Yang pastinya, musti ada sebab kenapa diorg buat camni. Cuma yg aku boleh agak... org yg meletak nama blog dgn nama sendiri, dan aku ni lah.. adalah sedikit lebih self-centered. Iye ke?

Punca jadik self-centered.. kita kupas di lain hari. Perut aku dah terlebih kenyang ni ha. nak turu... huahahahah

September 6, 2005

Tak-Apa-Attitude.

Hari ni aku dgn baik hatinya.. (ececeh..) menghantar partner aku ke tpt keja dia. So, pepagi buta lagi aku dah menderu dgn nyamannya di dalam hujan renyai kat kwsn Cyberjaya tuh. Tapi keadaan nyaman tu hanyalah dapat dirasai sehingga ke kawasan umah aku sahaja. Sbb lepas tu aku tersangkak dalam jem yg tidak terperi. Masa tu mmg dah tak nyaman lagi ler. hehehe. Tapi takpe la, selalu asyik diaaaa je yg hantar aku, rasa cam kureng best la plak. Kita kena ada bagi dan ambik. Dia bagi, aku ambik.. aku bagi, dia ambik... kalau dia taknak ambik, aku bagi kat org lain.. muahahha (ayat2 gatal-gelenyor tuh).

Sebenarnya konsep bagi dan ambik nih mmg banyak la diperkatakan dalam apa2 hubungan pun. Kita takleh la asyik nak bagiiii je. Kalau sokmo bagi je, tak pernah ambik, bila lelama nnt musti akan rasa cam asyik kitaaa je bagi. Org tu taknak bagi pun. Masa tu mula la keluar rasa tak puas hati. Masa tu jugak la boleh terasa cam bertepuk sebelah tangan. Dilema... dilema.
Dan kalau kita ni asyik mengambikkk je kerjanya, takkan tak bosan. Karang terasa cam takde kontrol dlm hubungan tu la plak. Sbb byk sgt menerima, sampai dah jadik terlalu terhutang la plak kat org yg memberi. kompius... kompius. Kalau setakat dua bulan tu boleh tahan la kot. tapi takkan lah selamanya camtu...

Tetiba aku teringat balik kata2 Dan Foxworthy dlm The L Word pilot episode... Dia kata, dalam satu hubungan tu, bila dah lama sangat, simbiosis akan terbentuk. Pada pendapat aku, bila ada simbiosis ni, dedua org akan cuba berusaha untuk membahagiakan pasangan masing2, sampai kengkadang terlupa akan keperluan dan kehendak sendiri. Lagi lama... akan terhasillah satu benda yg aku suka gelar sebagai 'tak-apa attitude'.
Takpe lah, kalau awak dah suka benda tu, saya ikut je.
Tak apa... saya tak marah pun.
Takpe, benda tu bukannya penting sangat pun.
Tak kisah lah. Itu semua perkara kecik je.
Ala... saya pasrah je...
Dah u tak kasi, i takyah la buat lagi.

Mmg la takpe, tak kisah, tak mati, tak rugi... tapi kalau dah sampai tigapuloh tahun asyik tak apa je. Takkan tak jadik apa2 kot. Kalau semua manusia tu angguk2 geleng2 tu ok la jugak. Ini yg menjadi masalahnya ialah, semua manusia ada kehendak dan keperluan masing2. Dan kengkadang bebenda yg dikehendaki tu mengarut2 sampai malu nak disampaikan kat org lain. Beruntunglah mereka yg sungguh pandai menyatakan kehendak mereka. Untunglah orang yg tahu nak pilih apa yg patut diambik dan dibagi. Tapi utk org yg terlebih tebal sikap simbiosisnya... Setakat mana mereka boleh bertahan? Sampai la ni, takde research yg menyatakan purata jangka-hayat perkataan 'tak-apa'. Maka, persoalan 'sampai bila?' mmg takde sapa boleh jawab, melainkan tuan punya body. (eh, cam lagu tipah tertipu la plak ek.. hehehe)

September 5, 2005


Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka yang sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri...


September 2, 2005

Entry pasal gobok... (ni dah takde idea la nih...)

Aku ni sebenarnya hari ni mmg giler takde mood nak bekerja. Dah la ramai kaum wanita dok melahu kat tpt aku time lunch tadi. Semuanya mengadu masalah masing dan meluahkan isi hati. Dgn aku2 sekali la terjoin dedua kaki. Dah bila reramai org kat tpt aku ni, takkan la plak nak memblog. Pecah la gobok makcik. Karang semua tu tetiba terjatuh chenta kat aku. parah.. parah... haha.. pasan tak sudah.

La ni aku sambil mkn beskot sambil menaip. Beskot ni aku jumpa kat dlm gobok kat dapo opis ni. Hmm.. seronok betul jadik gobok kan. Macam2 ada.. beskot, tikus, baju, seluar...er.. lesbian pun ada! hehehe

Tapi kan... kenapa gobok ek? kenapa tak kebuk ke.. ataupun reban. Paling2 poyo pun letak je la bilik.. kenapa musti gobok. Agaknya la, kat negeri omputeh tu, dlm gobok diorg ada bermacam khazanah. Dr bebenda yg boleh dilihat org, saaaampai la bebenda sulit dan privasi yang dianggap sebagai rahasia. Contoh rahasia ialah seperti gambo IC, nama sebenar yg tertulis di surat beranak, surat nikah, dam cemacam lagi la yg kengkononnya takleh diketahui umum. Hmmm.. sama jugak la kat Malaysia nih, semua bebenda camtu di simpan dlm gobok.

Ada jugak tpt lain selain dr gobok yg boleh simpan rahsia iaitu dlm beg tangan, dompet, dan jugak dalam laci. Tapi kenapa bebenda ni tak digunakan oleh orang2 senget yg menyorok. Aku rasa la, pasal manusia ni kan saiznya beso. So, takleh la nyorok dlm wallet.. gilo ko po. Balik2 nyorok dlm gobok jugak...

Maka mungkin sbb itulah gobok/closet/almari digunakan utk menyorokkan org senget. Kerana ia berpotensi menyimpan rahsia dan juga muat utk dimasuki oleh org2 'seeehat' cam aku ni ha... Sekian sahaja cerita gobok hari ini. Sesiapa ada cadangan lain tentang barang yg boleh digunakan utk menggantikan gobok, toksah sesegan bgtau aku.

huarghhhh.... ngrohhh ngrohhhhh.. krokkkkkkkhh

September 1, 2005

Kes sekufu yang boleh membuntukan minda... ecewah!

Hari ni aku masuk opis dgn muka yg bengkek dan mata yg bengkak. Pergh.. bunyiknya macam baru lepas gaduh dgn org rumah la plak. hehehe.. Takde la camtu sekali. Hari cuti semalam mmg seronok pegi berdating2 dgn partner aku tu. Tapi hari ni ntah kenapa setiap muka yg aku nampak kat opis membuatkan aku rasa nak gaduh. Apa silap diorg aku tak tau... apa silap aku, laagilah aku tak tau. Mmg poyo. Dah lah skrg ni takde sapa yg boleh cucikan mata aku kat opis nih. Ish... bosan!

OK la tu, abih dgn luahan hati mengarut aku. Hari ni mari kita cakap pasal kawin... Apa abah??! Kawin?? Yeayyy!! haha.. itu cam dialog cerita Ahmad Albab la plak.. haiyaaa. Er... aku ingat masa aku kecik2 dulu, kiranya umo baru nak masuk 11 tahun, kat sekolah che'egu dah start ajar pasal kawin. Ataupun masa tu ramai org tau subjek tu nama dia Munakahat.. perihal nikah kahwin. Maka dari situ la jugak aku banyak tau pasal bebenda yg bersangkut paut dgn kahwin tanpa perlunya ada pendidikan seks. muehehehe... Umo 11 tahun tuuu.. patut la aku kawin muda.

Masa tu che'egu ada la bgtau, antara cadangan2 untuk mencari pasangan tu, carik lah yg sekufu. Aku memula ingatkan amende la kupu2 nih. Rupanya makna sekufu tu yg sama padan dan seswai gitu. Bak kata org tetua zaman dolu, enggang sama enggang, pipit sama pipit, manakan boleh terbang bersama. Betul ke camtu? kalau salah tolonglah jolokkan ye.

Rasanya ada byk kategori sekufu nih. Antaranya ialah sama cantik bak pinang dibelah dua. Sama kaya bak lombong emas dedua org. Kalau tak sama kaya mmg bermasalah jugakk... contohnya, kalau org kaya, diorg akan rasa baju rega RM80 tu murah, tapi bagi org kureng berada cam aku, baju yg reganya lebih RM10 dah aku kata mahal. Dah bila pi shopping, masing2 dok muncunggg je. Yg sorang kata partnernya kedukut, sorang lagi plak kata sang partner kuat membazir.

Tapi bila dipikir2 balik, sebenarnya bukan bebenda fizikal la yg mempengaruhi kekufuan ni. Pada pendapat aku, semuanya barbalik pada cara pemikiran, mental dan bebenda abstrak yg sewaktu dengannya. Kalaupun sorang enggang dan sorang lagi pipit, tapi dedua boleh berfikir cam helang, dah kira sesuai la tu. Sama jugak, kalau dedua sekufu secara fizikal, tapi tak pernah sehaluan dalam pemikiran, bisa berantakan jugak rumahtangga. Takkan lah hari2 nak buat debat perdana kat umah. Habis la ATP. Karang takleh lak buat bebenda berpekdah yg lain.

Tapi kan... kata lah, masa bercinta, mmg nampak dan rasa yg kita ni sekufu dgn pasangan kita tu. Pastu bila kawin tahun pertama, kedua, sammmpai la tahun ke lapan belas ke.. masih rasa sekufu. Tiba2 di satu hari yg hening pada umur perkahwinan mencecah angka yg ke 18... ada banyak hal yg dah berlaku, dia berubah, kita pun dah jadik lain. Sehinggakan, di tahun ke 19 perkahwinan, kita rasa yg mmg sah lah kita sudah tidak sekufu lagi dgn dia. Apa nak buat? Takkan nak berpisah kot, cari lain yg lebih sekufu? Mana nak humban memori selama 19 tahun bersama? Ataupun, memori hanya tinggal kenangan dan kita harus memandang ke hadapan untuk hidup bersama insan yang lebih berpadanan???