July 28, 2005

Maaf zahir dan batin dan datin dan ikan patin yg belum jadi pengantin..

Rasanya cam takde benda yg aku nak tulis la. La ni cam bz sokmo. Dan rasanya ada benda yg ditulis tapi tak patut nak dipublish kat sini. Maleh nak biar semua org baca..

Hmmm... rasanya la, bila seorang blogger tu ada tulis entry, tapi pastu dia tak publish... Mungkinkah blogger tu mengalami masalah? Masalah seperti, tidak berani aka pengecut, taknak timbulkan kontroversi, suka simpan perasaan, malu, ataupun cuba menipu diri sendiri.. hehe, ntah la.. aku pun tak tau nak jawab apa.

Tapi tu la, aku bukannya nak mengata orang, mengata diri sendiri je sebenarnya ni. Mmg sejak aku memblog ada dua tiga entry yg aku dah tulis kemain bayekkkkk lagi, tapi taknak publish. Setakat simpan utk private view. Hek eleh... kalau setakat private view baik takyah tulis!

Rasanya, takleh la camtu kot. Kita manusia ni, sebenarnya mmg nak satu tpt utk mengadu, berkongsi cerita dan sebagainya. Cuma kadangkala macam takde manusia lain yang sesuai untuk dikongsi cerita tu. Dan mungkin sebab itu jugak la wujudnya ramai insan yg tanpa segan silu melabel diri sebagai blogger. Dalam blog la tempat mencurah rasa. Kat sini jugak la tpt mengadu dan berkongsi pendapat, masalah, kegembiraan dan macam2 lagi dgn para pembaca yang kebanyakannya langsung tak pernah bersua muka.

Kadangkala, pengalaman hidup kita secara kebetulan sama plak dgn pengalaman hidup orang lain. Bila benda camtu berlaku, entry blog yg ditulis boleh mengguris atau menyakitkan hati para pembaca. Maka sebab itulah wujudnya entry2 private.

Tapi aku ni ha, blogger yg tak berapa reti bahasa dan biasanya main boh je tulis, sampai mengesankan orang lain. Kalau ada la pembaca yg pernah terasa hati, terbergaduh, terpengsan dan ternaikhangin dgn membaca mana2 entri aku di blog ini dan blog lama aku, ampun dan maaf ku pinta... sepuluh jari disusun.. hahaaa.. macam nak raya!!

Seriously, mmg aku nak mintak maaf. Real2 punya maaf. Taknak lah nanti aku disabitkan bersalah atas masalah org lain. Masalah aku sendiri punnnnnnnn bertulis tak berpublish, nak timbulkan masalah utk org lain lagi? Tak larat dah aku nak masukkan dalam niat. So, aku mintak maaf ye. Sbb mmg aku takde niat tapi jari2 gatal aku jugak yg buat org terasa.. hehe.

So... world peace ye. hehehe

July 25, 2005

Aktiviti di hari cuti.. huhuuu..

Kalau nak dikirakan, hujung minggu aku yg baru lepas ni, penuh dengan pelbagai insiden yg memeningkan kepala, menyeronokkan, dan jugak meletihkan. hehehe.. seperti biasa, entri di hari isnin akan selalunya menceritakan pasal bebenda yg berlaku di hari sabtu/ahad.

Mmg kalau nak dikirakan ini adalah sabtu/ahad pertama dalam bulan julai yg aku dapat bebetul menghabiskan masa dgn partner aku. Ye la, sebelum ni dok pi balik kg la, pastu ada family day lah.. hanco kehidupan peribadi aku. Dan kiranya hujung minggu haritu barulah aku boleh berjenjalan di samping meng'embrace' seksualiti aku. hahaha.. ayat campoyo. (Amende tah kaitan jenjalan dgn orientasi seks. huhu). Blasah la, tambahan pulak dgn adanya uL dan jugak LoneRanger (pembaca blog yg dah lamaaa tak nampak online), apa lagi.. makin sakan la kitorg berempat melayan cuci mata sambil menggossip. hahaha

Hari sabtu tu kitorg merayau2 dr Putrajaya sehinggalah je Jalan TAR. Bunyik cam byk je tpt yg pegi, tapi sebenonya dua tpt tu je la yg dikunjungi. Hajat di hati nak pi makan buah tanpa had kat Putrajaya, tapi apakan daya, badan kami pun tak muat nak disumbat ke tpt tu. Dah giler ramai org! Dah lah org yg kat dalam tu tak reti nak keluar dan makin lama makin membesar... Last2 mengalah je la.

Tapi mengalah tak bererti kalah! Sbb sakan nak makan buah bbnyk punya pasal, masing2 otak jalannn je mencari kat mana nak dapatkan buah. Dan dgn kurniaan idea, akhirnya kitorg tersampai lah ke pasar malam Jalan TAR. Nasib baik ada jual buah kat sana. Dapat gak makan buah. Yea yea!!

Ni la aku nak sarankan kat pihak penganjur makan buah tu... buat la kat tpt yg lagi besar seperti kat Stadium Putra ke, padang bola ke, padang jarak padang tekukur ke.. baru la buleh reramai join. Ini buat kat tpt sekangkang anak kera je. Mana la nak muat org reramai dtg. Kena ingat sket, org Malaysia ni bila bgtau pasal buffet je.. kompom laju!

Dan Sabtu malam seperti biasa la, lepak kat umah tgk AF. Almaklumlah, mem besar kat umah tu peminat Mawi, so, kena la dok umah je. Kalau tak boleh gak pi melepak kat NZ. hehehe.. kan sayang kan? Tapi partner aku tetap memastikan perut2 kami dipenuhi dgn makanan, sebagaimana NZ memenuhkan perut pelanggan mereka. Iye la, dia kan ChefDiva, musti la masak. Dan aku plak, dgn bangganya menjadi 'sous-chef' la.. haha (sous chef? like an assistant chef?) iye la. Apa lagi.

Malam tu jugak sampai lah dua orang lagi kawan2 kami yg macam kami jugak. Walaupun hampir sesat, tapi nasib baik sampai. Cuma biasa la, sbb adik aku ada, perbualan kitorg terkontrol2 dan banyak dipenuhi dgn cuit2 dan kenyit2 mata je la.

Hari ahad, perjalanan diteruskan plak ke area Bukit Bintang, KLCC dan berakhir di Puduraya/Petaling Street. Bila time dah nak balik tu kaki aku dgn partner aku dah naik kematu dah. Kitorg ni mmg dah lama giler tak berjalan sakan. Sekali berjalan tu, sampai terpoyo2 jadiknya.

Tapi apa2pun aku seronok gaban sbb dah lama rasanya tak jadik cam gaban. So, tima kasih bbnyk kat uL dan lone pasal sanggup mengkematukan kaki jenjalan dgn kitorg dan sudi tido kat umah kitorg yg sepahnya mengalahkan sarang tikus. Timacih jugak kat dua org tetamu yg datang malam tu. W/pun malu2, tapi dapat jugak bertukar2 DVD. huhu... Dan kepada partner aku yg berdedikasi, timacih sbb bawak kitorg semua jenjalan dan bagi kitorg makan. Kalau takde awak, takde la saya boolat camnih. hehehe.

Dan aku akhiri blog harini dgn serangkap pantun...
Hari ini menanam jagung,
Hari esok bermain mercun,
Hari ini tak bawak payung,
Kena ujan basah lencun...

tima kaseyyy!!

July 22, 2005

Entry yg poyo, so.. aku x tau nak bagi tajuk apa.

heheh... (ey apa da, awal2 entry je dah gelak!).haha.. suka la aku nak gelak pun. Nih, hari ni aku nak cerita sket pasal perkara yg aku rasa cam kelako bila dipikirkan lagi dan lagi.

Sebenonya kalau dikirakan aku tak pernah mengaku pasal kesengetan aku depan orang lain, kecuali lah korang2 yg baca blog aku. Dan berapa kerat je pun antara korang2 ni yg pernah tgk muka comot aku nih. Kiranya, aku masih lagi berahsia.

Tapi partner aku plak.. boleh kata ramai org yg langsung tak tau kewujudan aku dan blogku tau dia senget. Maka, secara tidak langsung apabila diorg tu nampak aku dgn dia, sah2 la diorg tau aku senget. Dengan ini selamat dikatakan bahawa sebelah badan aku telah terjulur keluar dari almari. adeh tolong..tercepit!
Anyway, aku ingat lagi org yg pertama (rasanya la) partner aku berani kenalkan dirinya (secara realiti tau, bukan online..) sebagai seorang yg senget. Aku ingat lagi partner aku cerita yg budak tu cam ala2 sedikit tertakut2 la. Takut la kot2 partner aku tetiba minat kat dia dan nak buat apa2 yg tak patut la plak. Hek eleh.. ada ke anggap cenggitu.

Tapi sbb buat camtu dgn partner aku silap haribulan ler. Kalau dgn aku cuma dapat sengihan kerang aku. Partner aku plak, dengan bangganya telah membuat ayat disclaimer yang maksudnya lebih kurang begini ..."Seorang pompuan yg sukakan pompuan lain tak semestinya suka SEMUA perempuan." Maksudnya, kitorg ni ada taste dan jugak ada rasa perikemanusiaan. Takde la main boh je. Apa omputeh kata.. "We don't simply jump into any girl's pants lah."

Oleh itu, kalau korang baca blog aku dan aku sokmo cerita pasal pompuan, pompuan dan pompuan.. yang kat opis la, kat shopping kompleks la, kat dalam TV, kat tepi jalan.. itu tak bermaksud aku nakkkkkkkkkk kat pompuan tu. Cuma sekadar seronok nak bercerita dan nak memandang free sahaja.

OK, cerita kat atas tu sebenarnya ayat menepis tohmahan utk cerita di bawah nih. Opis aku ada 9 org budak baru masuk. Tapi sayangnya hanya salah dua orang sahaja yg pompuan. Ada sorang pompuan tu.. buleh tahan comei jugak la. Badan tak kurus sangat, tinggi lampai, rambut panjang.. Cuma muka ada Chinese look sket, so tu kira tolak markah tuh. Ada satu haritu dia dtg siap pakai baju kolar putih. Aisehmen... terteleng2 jugak la kepala aku. Haru betul aku nih.

Tapi... jgn lupa, aku tgk sahaja, bukan mengorat pun. Ala, nak cakap pun malu, lagi nak ngorat?! Tak payah la kapal.. baik ko menyelam je lagi baik.

Kesimpulannya, aku ni cakap/tulis je lebih. Tapi hakikatnya.. takut. Eh bukan, hakikatnya, aku dah berpunya. Takleh gatal. haha

July 21, 2005

Tgk TV, tgk wayang, tgk pompuan

Ish... bosan giler keja mereview nih. Macam nak pinsan pun ada. Rasa nak muntah toksah kata la. Seksa.. seksa. Patutnya aku buat technical review je.. sekali tu kena jadik che'egu inggeris la plak. Nak biarkan je error tu, tak sedap hati, nak betulkan.. banyaknye mengalahkan pinjal kat badan kucing aku. Adeh... tulun!!! Benda ni punya pasal, blog aku pun lambat baru leh update. haha.. Ada ke pentingkan blog dr keja, sungguh tak patut. haha.. macam tak besa.

Hmmm, ni aku nak bagitau kepada sesapa yg haritu bersama2 dgn aku mengutuk 8TV pasal kes The OC kena hentikan seketika tu, marilah kita bersama2 mengucapkan timacih plak kat 8TV. Pasal... siri The OC dah ditayangkan balik semula. Dan nampaknya pihak 8TV menyambung kat mana yg mereka tinggalkan haritu. So... Marissa/Alex masih la dilihat dalam keadaan berchenta. ececehhh

Episod minggu lepas, scene Marissa bukak baju kena potong (gilo ko nak kasik lepas). Tapi scene Alex ternganga tgk marissa terseksi tu masih selamat lagi dan dapat ditonton oleh kita2 yg menonton. Pastu terselamat jugak scene marissa ala2 kompius dan kemudiannya dtg ke kelab Alex yg lepas tu diorg berpegang2an tangan.. ahaha.. bagus bagus.

Desperate Housewives pun adaaa...
Ha... cerita ini pun sudah ada kat 8TV, setiap hari Selasa jam 10.30 mlm. Bagus, bagus. Aku mmg sejak cerita ni digembar gemburkan cambest mmg dah teringin nak tgk. Akhirnya ditayangkan jugak kat tv malaysia yg takyah Astro. Tapi cenel 70 astro ada jugak tayangkan. Cuma diorg terlewat satu episod bbdg 8TV. Dan kat cenel 70 pun hari selasa jugak, tapi pukul 9mlm. Maka pada sesapa yg suka nak tgk ulangan segar sebelum tgk episod baru, boleh la tgk cenel 70. Pastu setiap hari selasa akan mabuk cerita ni. Lagi bagus! At least ada gak reason utk dok umah setiap mlm selasa. Takde la sokmo nak gi paso malam je. Kesian TV kat umah.

W/pun setakat ni bunyik2 senget pasal Desperate Housewives hanyalah pasal pelakon yg melakonkan watak Bree van Der kemp tu kengkononnya lesbian, takde apa2 berita yg cerita tu akan jadik senget (tak tau la kalau aku yg tak tau..). Macamanapun aku nak tgk jugak cerita tu, pasal byk pelakon pompuan. huhu..


Fantastic Four la plak
Cerita pasal pelakon pompuan, haritu aku tgk Fantastic Four dan mmg sorang je kot pompuan dlm cerita tu iaitu si Jessica Alba yg jadik invisible girl. Bagi aku apa yg menarik dalam cerita tu (selain drpd dapat tgk cleavage Jessica Alba yg sungguh bermurah hati..), ialah effect yg menggegarkan kusi. Sampai bila time nak balik umah tu aku rasa cam terlebih bergego plak keta. Dan cerita tu jugak ada orgjahat yg sungguh best. At least orgjahat dapat balas dendam dan bunuh org yg lebih jahat.. muahahaha. Acam tu la baru best kalu nak jadik villain. Ini villain pun nak membunuh berkira2. Apa kelas..

Tapi keseluruhannya cerita tu ringan seringan makanan ringan. Pi la tgk kat memana cinema. Tapi pastikan anda dapat duduk kat seat yg best2 utk mengelakkan partner anda muncung di awal cerita. wokeh? haha

July 20, 2005

lagu yg harus disengetkan.. haha

haha.. aku suka dengo lagu ni. Tapi lirik dia ada cam beruang sket dan sungguhh x seswai utk aku. (kenapa laaa cerita Tentang Dia tu tak senget?!). Maka sbb ketidakseswaian tuh, aku tuko lirik dia. Ditujukan khas untuk partner aku.. huhu


ChefD Idaman

Oh tak pernah ku duga
Hidup ini menjadi berubah
Cahaya gemerlap di sini
Sinari setiap langkahku

Oh semenjak denganmu
Semua gundah menjadi berubah
Keyakinan semua tentang cinta
Kembali tumbuh di hati

Oh... ku bahagia
Ada engkau ChefD ku..

Di hatiku hanya ada kamu sayang
Di mimpi malam ku ada kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu sayang
Semua lagu tercipta
Hanyalah untukmu oh asmara

Oh ChefD idaman
Memang kamu tak ada yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu

Oh... ku bahagia
Ada engkau ChefD ku


*

huhuhu... babylette, ailebiu.. ulebmi?

Aduh! Adeiii! Adusssssss!! Arghh... sakit ler!

Aku ada bela kucing. Rasanya ramai la jugak korang yg dah tau. Maka sesapa yg agak2 alergik kepada kucing tu, mmg bahaya la kalau dtg umah aku. Silap2 terbersin berpuluh2 kali, last2, esok MC... haha.
Satu perangai kucing aku ialah memanjat tingkap. Terutamanya tingkap kat bilik aku la. Dia akan panjat tetinggi, ntah apa yg ditgknya kat luar tu aku pun tak tau, pastu dgn machonya dia akan BEDEBUMM!! terjun balik ke atas katil.

Sbb kucing aku tu boleh tahan beso, tinggi, berat dan camboleh makan orang, terjunannya akan haruslah mendatangkan impak yg agak besar kepada katil aku. Dan selalu jugak la time kitorg tido dia akan sengaja landing ke atas perut, bahu, ataupun dada kitorg. Masa tu senaknya pergh mak aih... Tuhan je yg tau. Sakit sampai tahap leh guling2 jatuh katil.

Part mengguling tu mmg tak best sebenonya, yang paling best sekali ialah part menghasilkan bunyi hasil hentaman tersebut. Kalau kucing aku hentak bayekkk kat aku, bunyik yg akan keluar ialah "Aduhssss, adeh.. aduhhhhh.." dan akan diulang2 sampai bosan. Kalau hentaman tu tepat kena kat partner aku plak takkan kuar bunyik adeh2 tu... tapi akan keluar la ayat yg boleh difahami la oleh orang yg faham cakap melayu. Sbb dia akan menyampaikan kesakitannya dalam ayat2 yg ala2 merengek2.. hehe (marah sayang aku kena kata merengek karang.. hehe)

Kenapa tak sama?
ha... awatnya tak sama cara kitorg mengekspresi kesakitan? Aku dgn bangganya akan mengaduh tak berhenti2 la. Dan rasanya kebanyakan org2 kat melayu ni pun akan menggunakan perkataan 'Aduh!' jugak. Tapi kenapa 'aduh'? Kenapa tak 'kuak!' ataupun 'zebommm!'? Kenapa org melayu mengaduh?? hehe.. rasanya jawapan ni mmg takleh nak jawab la kot.

Kalau di tgk bangsa lain plak, diorg pun ada cara yg berbeza utk mengekspresi kesakitan. Seperti 'ayyoyyooo!', 'aiyakkk!', 'ow!', 'ouch!' dan banyak lagi. Tak kurang pulak dgn ada manusia yg tidak menggunakan ekspresi piawai bila sakit. Diorg lebih suka mengekspresi kesakitan dalam bentuk ayat lengkap. Kengkadang tu ada yg lagi best, siap boleh buat satu perenggan lagi. Puuunya la panjang. Dan adakalanya ekspresi tu siap kena tapis lagi. Kiranya kalau masuk TV yg keluar cuma 'tuuut...tuuut...tuut' je la.

Tu yg takleh mengelak dr berpikir poyo nih. Apakah yang menyebabkan perbezaan ekspresi kesakitan? Rasanya setiap orang kalau sakit, sama je rasanya. Hmmmm... Mungkin jugak tahap kesakitan yang dialami oleh manusia berbeza mengikut bangsa. Maka sbb tu lah perkataan yang keluar tu lain2. Atau mungkinkah bahasa pertuturan yang menyebabkan perbezaan ekspresi sakit tu? Tapi ape ke hal la plak dgn aduh, ouch, aiyoyo? Macam la perkataan2 tu standard. Huh, pening kepala dibuatnya.

Ada kesimpulan ke???
Adaaaa... kesimpulan yang pertama, setiap manusia itu berbeza.
Kesimpulan seterusnya, ada benda yg lagi kita pikir, lagi kita sakit kepala dan lagi kompius. Lama2 boleh jadi mamai. Maka, terimalah bahawa ada perkara dalam dunia ni yang perlu kita terima seadanya sebagai satu baseline dalam kehidupan.

July 19, 2005

Memoryyyy....... all alone in the moonlight

Unghhh... Sebenonya badan aku ni tgh giler lenguh sejak balik drpd family day haritu. Mana taknya, badan dah tua, berkarat, tak pernah exercise, sekali tu kena paksa main telematch. Kalau setakat bawak bola pingpong dalam sudu tu takpe jugak, ini siap kena tarik tali lagi... Haru betul. Dah la menarik di tepian pantai. Sampai separuh badan aku termasuk dalam pasir pantai. Tapi nasib baik menang. Kalau tak menang... mmg sesia sahaja lah segala kuasa penarikan aku. Er.. bila boleh menang tarik tali nih, boleh la dikatakan aku ni mmg menarik kot... muahahaha.. perasan lagi (sesapa yg dekat dgn aku tolong la luku kepala aku yg kuat perasan ni berkali2...).

Sbb badan yg lelenguh ni jugak laaa aku la ni sungguh bermasalah nak lipat tangan ke belakang... hence susah la nak pakai tuala, pakai baju dan membongkok cari barang. Sungguh menyusahkan diri la. Dan kengkadang kalau ada benda beso depan mata dan otot tak lalu nak mengelak, takleh tidak kena la langgo je. heheh.. kengkadang aku ada gak merasa diri ini macam bajak (ditambah plak dgn badan yg gemok). Semua benda nak dilanggo.


Kesan yg bukan sakit badan
OK la.. seperti biasa bila dah balik semula ke opis, semua orang galak bercerita dan jugak menceritakan semula benda2 yg berlaku yg kiranya boleh la membuatkan orang tergelak2 dan tersedih. Aku pun kengkadang tergelak jugak bila mengenangkan tetiba sekebat pensil jatuh drpd kocek suar boss aku, dan macamana kelangkalibutnya dia mengutip sebatang2 pensil yg dah tertabur tu. haha.. kantoi, kelepet pensil hotel!!

Dan sesi tgk gegambo yg dah siap pun bukan main meriah lagi. Masa ni la dapat tgk muka masing yg mengalahkan kucing sakit perut time tarik tali. Dalam gambo jugak la dapat tgk kain batik sapa yg terlerah masa bawak bola pingpong dlm sudu, dan jugak sapa yg tak muat masuk dlm kain batik. Dapat jugak la tgk muka2 yg dgn gagahnya tersungkur di medan perjuangan. haha.. (aku boleh la gelakkan org pasal gambo aku tak byk).

Maka pada pendapat aku lah, jika dipikir2 balik... sebenarnya bukan proses melalui satu peristiwa tu yang manis, tapi proses mengenang kembali perkara2 yg berlaku itu la yg paling seronok sekali. Masa tersungkur menyembam pasir, rasa malu... tapi bila diingat2 balik, rasa kelako dan sweet la plak. Ada la sket rasa cam alahai, seronok jugak haritu ek.. hehehe.

Dengan ini boleh lah aku ikatkan bahawa memang memori memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kewarasan dan kesejahteraan seseorang manusia. Sbb dengan mengenang memori yang manis, kita akan jadi lebih bertenaga dalam melalui kehidupan seharian. Camtu jugak la dgn org tersayang. Bila dikenang2 segala kenangan manis bersama, rasa marah yg timbul pun boleh jadik reda, seterusnya membolehkan seorang manusia hidup dalam komitmen walaupun dengan keadaan lidah yg selalu tergigit.

Dan itu kuasa memori yang indah. Memori yg sungguh tak menyenangkan plak??? Ini yang membolehkan seorang manusia gila, stress tak tentu arah dan boleh menjadi separuh tiang. Memori pahit jugak membolehkan manusia melakukan perkara2 yang melanggar batas2 kemanusiaan seperti membunuh, menyedut kesemua buku ilmu hitam dan jugak menternak badan sampai jadik obes morbid.

Senang kata, mmg memori itu berkuasa. Ada power gitu.. kapowww!!! Terpulang lah pada kita untuk memilih memori apakah yang ingin kita simpan dalam kotak bekalan seharian.. yea yea!!

July 18, 2005

Bila takde sape yang berani sebilik dgn aku.

Selamat pagi semua... ada sihat? Bagusssss. hehe. Hari jumaat haritu aku tak dapat update blog, pasal aku MC sbb selsema. Pastu hari sabtu dan ahad plak aku takde kat kl. Ala, kalau aku ada lat kl pun macam lerrr boleh update. kan kan?

Mana aku pegi ujung minggu lepas?
Sebenarnya hari sabtu dan ahad lepas aku telah dipaksa-rela pergi ke majlis Hari Keluarga merangkap perhimpunan staff besar2an opis ni kat salah satu drpd pantai2 yg ada di Semenanjung Malaysia ni ler. W/pun mmg pada asalnya aku malas giler nak pegi. Tapi bila diorg kata ada byk mknn dan jugak semua org akan dapat hadiah maupun sekecil bata, maka aku pun ikut je la. Satu lagi perkara yang menyebabkan aku cam malas nak pegi ialah sbb semua org lain boleh bawak spouse. Siap kompeni bayo lagi spouse2 yg dibawak tu. Tapi aku?? Dah sah2 la aku takleh bawak spouse aku pasal kitorg takde surat nikah. Tu yg aku ala2 tensen tuh. Aku pun ada jugak perasaan nak menayang buahati aku yg vogue dan tinggi melampai tu kat opismate yg lain. muahahaha (gelak cambagus).

Maka sesapa yg takde spouse ataupun sesaja maleh nak bawak spouse, akan datang la bersingle2an. Dan yg single2 ni kena la dok twin sharing dgn sesapa yg single jugak. Tu yg aku terpikir masa sebelum pegi tu.... Kalauuuu lah diorg tau aku ni pompuan yg sukakan pompuan, agak2 ada tak yg berani nak sebilik dgn aku? Dan pihak pengurusan plak sure pening kepala. Nak letak aku sebilik dgn lelaki... heish! mana bley. Nak letak dgn pompuan plak, takut berlaku renjatan elektrik. Sure pening2 lalat jugak tuh. Cuma berita baiknya ialah diorg tak tau... maka aku pun dapat lah sebilik dgn budak pompuan.. YES!!! (haha... bunyik macam gatal, tapi sebenonya aku ni baik.. sumpah tak gigit).


Kenyataannya.
Tapi, sebagaimana yang diketahui, kita tidak boleh lari dari kenyataan. Dan kenyataannya aku kena dok sensorang je dalam bilik tu. Pasal yg patutnya sebilik dgn aku tak dpt dtg. Yeahoooo!! Boleh aku kongker TV sensorang. Yehaak yeak yeayy!!! Maka lepas tu aku pun rasa, nasib baik laaaa aku dok sensorang. Selamat...

(Bukan) Kenyataan yang terlampau.
Cuma yg bestnya... aku siap boleh merapu2 lagi tu. Agaknya lah.. kot2 ada yg tau aku dok bilik sensorang malam tu... jangan2 ada plak mana2 pompuan2 opismate aku yg dok mengetuk pintu tetengah malam. Yang di siang hari mmg berminat nak ber'kenal'an lelebih tapi memalu kucing parsi. Bila dah memalam time takde manusia yg nampak, baru la berani nak mengetuk pintu bilik aku. Dan aku pun menjadi la ala2 tekujat.. dan bermula la adegan aku ala2 tak percaya plak ada peminat.. hahaha.. poyo.
Dan pastu bila balik opis start la plak adegan berlakon2 depan opismate lain kengkonon cam takde pape yg berlaku.

Yang pastinya...
Yang pastinya takkan ada la orang yg sudi mengetuk pintu bilik aku tetengah malam buta.
Yang juga pasti segala ketukan di tengah malam buta akan aku respons dgn menggulungkan diri dalam selimut.
Yang paling pasti, kalau partner aku yg ketuk pintu malam tu, ceritanya akan jadi lebih panjang.
Yang memang pasti, takde org ketuk pintu aku malam tu.

haha..

July 13, 2005

Dulu lain, skrg lain. Dulu radio skrg internet.

Skrg ni umo aku dah tak jauh lagi nak mencecah angka 3puluhan. Tapi belum lagi la. Kena tunggu dalam dua tiga tahun lagi la kot. hehe. Ini jugak bermaksud dah lebih drpd sepuluh tahun aku tak pakai uniform sekolah. Hmm.. rasanya ada lah jugak dalam tujuh jenis uniform sekolah yg aku pernah ada sepanjang zaman persekolahan selama 11 tahun. Giler banyak!! haha. Tapi hari ni aku taknak la cerita pasal uniform sekolah. Sbb karang kalau ada yg fetish susah la plak.

Aku dulu sekolah rendah dan menengah rendah kat kg. Dan bagi sesapa yg tau kg aku mmg sungguhlah kg. Kiranya kat sekolah aku tu, sapa pandai guna komputer mmg giler babas terer dan kayo rayo la. Termasuk la aku sendiri yang hanya mula menggunakan komputer setelah aku masuk sekolah asrama masa tgktn 4.. (tua beb..!). Masa kat sekolah kg dulu, satu tempat yang boleh dikatakan memberikan entertainment utk bebudak sekolah ialah Pusat Sumber. Kat situ la kitorg main muzik, nyanyi reramai dgn cikgu inggeris, berlatih utk masuk debate dan jugak yg paling best sekali menonton TV pendidikan!


Haha.. mmg dulu even kat sekolah pun aku giler nak tgk TV. Tgk TV pendidikan pun takpe lah, janji dapat tgk tv kat sekolah. Tapi tak ramai cikgu2 yg rajin nak ajak kitorg tgk tv. Tapi mungkin sbb takde subjek yg seswai waktunya kot. Agaknya la. Pastu, tak cukup kat sekolah, time kat umah pun aku boleh tahan sakan tgk TV pendidikan. Mmg byk rancangan pendidikan zaman tu (tahun 80'an). Dan yg lebih poyonya semuanya berulang2 lagi dan lagi. Aku ingat masa tu subjek Bahasa Melayu yg ada sorang akak dan sorang abang tuh. Kalau tak silap akak tu nama Kak Ju kot. eheh, tak sure la plak. Pastu diorg selalu dok main gitar dan cakap slow2 biar budak senang paham.

Pastu kalau subjek bahasa inggeris, ada lagu yg mmg aku sungguh ingat...
"Learning english is lots of fun... lots of fun... lots of fun..."
tapi baris tu je la pun yg aku ingat. Selain itu, tak kurang jugak drama sesedih. Dan jugak subjek sejarah yg selalunya ditayangkan pepetang dgn suara narrator yg ala2 garang dan jugak lukisan2 yg sejibik laaa macam lukisan kat buku sejarah tuh. uh uh uh..

Tapi skrg ni, nak tgk TV pendidikan punnnnnnn kena bayo bulan2. Ini semua sbb Astro dah amik alih. Kesian jugak kat bebudak skrg nih. Kalau yg mak bapak taknak amik Astro, takde can la nak tgk Tv pendidikan lagi. heh, macam la best sgt tv pendidikan tu. Ala, takbest2 pun, at least aku pernah tgk TV pendidikan free.

Hmmm.. iye jugak. La ni budak sekolah dapat CD rom free dgn buku teks. Pastu kat sekolah dah boleh surf internet. Bukan macam dulu. Buku, TV, radio, itu je la harapan bangsa... Screen komputer punnnnnnn kaler ijau itam. Alahai, tetiba terasa cam dah jauhhhhhhh sgt beza time aku sekolah dulu, dgn skrg. Tanda dah tua lah nih yea.. huhu.

July 12, 2005

perut oh perut, kenapa engkau buncit..

heh.. sebenonya hari ni aku tak tau nak tulis pasal apa. Sbb rasanya makin lama entry aku makin poyo. Dah lah mmg poyo, bertambah2 kepoyoannya. Maka terlajnur aku dok duduk dgn keadaan kureng selesa sbb perut aku yg dah semakin membuncit ni, ayuhlah kita bercerita pasal perut.

Mmg sekarang ni, sejak aku dgn partner aku duduk sama kembali, keadaan berat badan yg membuak2 ni tidak dapat dibendung lagi. Masalah ini pernah aku cerita dalam entry yg dolu2 kat blog yg dolu2. Dan skrg ni aku rasa cam layak join kelab PJK (perut jalan ke depan). Tambahan plak akrg ni aku dok kat opis dlm cubicle sesama dgn dua org bapak orang (dibaca sbg boss aku dan sorg lagi staff) yang mmg sah2 la al-boonchh. Kiranya aku ni dah join in the kelab ler.. Alahai.. poyo betul.

Sebenarnya masa aku time sekolah2 dulu, mmg perut aku boonchh jugak. Dan di waktu itu, samada korg nak percaya atau tidak, perut yg boonch ni kengkadang berkesan sebagai alat utk mengorat. Di tambah plak dgn keadaan badan aku yg mmg gemuk dan pendek. Ini semua sbb ada beberapa orang perempuan yg kengkononnya sukaaaa kat org yg ala2 bulat2 nih. Bak kata diorg, sedap nak peluk. Dan perut yg boonchh pula sangat seswai dibuat bantal sambil baring2 tgk TV. Kiranya, masih ada jugak la kot pompuan2 yg boleh suka kat aku. hehehe. Sbb tu la masa time cerita Soal Hati tgh meletop kat Malaysia, saham org2 yg bolat2 ni meningkat. Semuanya terima kasih kepada Afdlin Shauki.. hehehe
Tapi sebanyak mana pompuan yg suka org bulat2 ni, masih tak dapat dipastikan la. Cuma yg pastinya, lebih ramai pompuan yg suka pada yang hensem dan kurus dan tinggi... Tak kisah la tuuu.. huhu.

Cuma yg takbestnya ialah, bila dok tgk TV. Pastu dok tgk perut pelakon2 dia yg ala2 berketul2 manjer tu, jeles la plak! Masa zaman Mel C (spice girls) tgh kuruih dulu, aku cukup admire perut dan bicep dia. Mmg mengancam jiwa raga. Dan masa tu mula lah bercita2 nak berbodi cam Mel C, perut, tangan, kaki, kasut, rambut.. semuaaaaaa nak cam Mel C. Tapi at least ada jugak la satu masa aku boleh hampir2 sama dgn Mel C. Ini berlaku beberapa tahun lepas, sewaktu Mel C jadik tembam. So, bagi aku, cita2 utk berbodi cam Mel C hampir2 tercapai la... Kira orait la tu.

Hmmm... rasanya dalam kehidupan kecintaan aku, mmg perut memainkan peranan yang boleh tahan penting la jugak. Kalau orang kata 'dari mata turun ke hati', tapi bagi aku plak, 'dari mata turun ke hati dan perut'. Dan sebab itu lah jugak aku mengahwini (secara tak rasmi) seorang yang boleh digelar sebagai ChefDiva. Er... tapi kalau tetiba ada cute 'soup-chef' yg nak baik/rapat dgn aku pun apa salahnya kan... huhuhu.
Jgn marah ChefD cayang... gurau saje..


//aku - chef banjo + roti canai segera... haha

July 11, 2005

Jom tgk wayang dan beli DVD...

Rasa cam dah lama je tak tgk wayang. Eh, tak jugak. Filem last yg aku tgk kat panggung wayang ialah cerita Madagascar. Tapi aku tak berapa reti nak komen lelebih la pasal cerita ni. Cuma satu je la, aku rasa kalau cerita tu Disney yg buat, musti lagi best jadiknya. Ingatkan dgn reputasi 'Shrek', Dreamworks boleh la buat kejutan, tapi bagi aku... ada sedikit hampa. Tak kisah la, still cerita Madagascar tu menghiburkan.

Kalau korg perasan atau tidak, rasanya paparan pasal lesbianism kat filem2 skrg ni makin bertambah banyak nampaknya. Lagi best, bebenda camtu boleh dilihat kat cerita2 mainstream yg ala2 berbajet tinggi lah kiranya. Tapi untuk mengadili samada paparan lesbian dlm cerita tu satu yg positif ataupun negatif, kena la bagi pendapat sendiri. Sbb aku ni tau tgk dan tulis je. Nak bagi review power2, mmg tak mampu ler. Kureng berbakat gitu.

Salah satu cerita big bajet yg ada watak lesbian ialah cerita Bridget Jones's Diary yg no 2 tu. Mmg sebenarnya aku beli dulu DVD cerita tu sebelum aku tau ada watak2 senget. Tapi aku malas nak tgk sampai habis, atas alasan malas semata2. Tapi lepas terbaca review kat Afterellen.com pasal ada lesbian kiss kat cerita tu, langsung aku tengok sampai habis. hehehehe.. biasak la tuuu. W/pun kat website tu menyatakan paparan lesbian kiss dalam filem tu mungkin bertujuan utk memuaskan penonton lelaki, tapi aku tetap berpuashati pasal seorang pompuan yg sungguh cantik dan seksi... merupakan seorang lesbian.. huhuhu.. Yesh!!

Satu lagi filem Miss Congeniality. Kalau sesapa yg tgk filem tu yang pertama, sure tau jugak pasal salah seorang contestant Miss America yang mengaku terang2an yg dia senget. Dan kemudiannya memberikan semangat kepada mereka yg senget lain utk masuk pertandingan tu jugak. hehee. Kiranya yg first tu ala2 gay friendly la, di tambah plak dgn watak cikgu ratu cantik yg mmg diragui sebagai gay. Utk filem yg kedua plak, bau2 friendliness tu masih jugak boleh dirasakan. Satu dgn adanya paparan kat kelab drag, yang mana penasihat gaya Gracie Hart (Sandra Bullock la... hero cerita tuu) kemain suka lagi bila dapat peluang men'drag'. Dan sebagai penonton yg suka buat kesimpulan sendiri (macam aku), mmg kengkadang merasa bahawa adalah lebih baik kalau Gracie dipasangkan aje dgn partner barunya, yang merupakan seorang perempuan. Kan best... huhaha. (aku pun, tak abih2)

Tapi watak senget satu hal, kehadiran filem2 yg dipenuhi dgn watak2 pompuan chantek dan seksi pun sebenarnya sudah cukup la untuk memeriahkan penontonan filem aku.. Contohnya macam baru lepas haritu ada Angeline Jolie jadik Mrs. Smith (aku tak tgk pun cerita ni, beli dvd je la jawabnya).
Pastu ni tak lama lagi makcik Jessica Alba plak berlakon dlm Fantastic Four. Ha, yg ni akau akan cuba utk tgk kat movie, pasal efeknya mmg nampak cambest je.
Dan rasanya cerita Sin City (yg ntah ada ntah tidak ditayangkan kat pawagam Malaysia) pun dikelilingi awek2 cun seperti Jessica Alba (lagi sekali), Alexis Bledel (Rory - The Gilmore Girls), Brittany Murphy, Devon Aoki dan jugak Elijah Wood... huhuhu.

Eh, tapi aku tetap jugak menunggu beberapa filem yg cambest2 yg takde watak senget maupun awek2 seksi. Contohnya cam cerita Charlie dan kilang cekelat En. Willy Wonka, Harry Potter dgn geluk berapi, dan jugak Kisah sang singa, sang ahli sihir dan sang gobok.

Sesambil mencari DVD cerita2 senget, ala-senget, senget-friendly, ataupun cerita fantasi kanak2.. jangan lah juga lupa menyambar barang sekeping dua DVD My Summer of Love dan juga D.E.B.S yang rasanya sudah ada di pasaran Malaysia. Cepat sementara stok masih ada... :P

Ruang2 kejahatan dan kegelapan yang terdapat dalam diri...

Semalam balik kg kemain best lagi. H/way kat area Seremban sungguh tenang dan takde jem yg teteruk. Lega telapak kaki aku. Takyah la nak menekan klac lelebih. Oleh sebab itu jugak la aku buleh sampai ke rumah dlm pukul 5. Kalau tidak, bertolak lepas Zuhur, sampai kompom bila time mentari dah gelap2 tanah.

Sbb sampai awal tu, aku dgn partner aku boleh la memulun tgk DVD Buffy sementara tunggu hari masuk malam. Dan dgn bestnya dia memaksa aku utk meng'fast-forward' dan dok tgk part2 Willow/Tara je. Mmg tak aci dia. Sbb dah terlebih byk fwd, akhirnya kitorg dok tgk tiga episod yang last Buffy Season 6. Episod di mana Willow bertukar rupa menjadi Dark witch yang kelihatannya lebih ganas drpd Lord Voldemort. Muahaha.
Dan semalam jugak la kitorg dapat melihat dgn lebih terperinci perihal Willow naik antu.

Aku dgn chefD plak tak pasal2 time episod ni la plak tetiba nak take side kat org jahat (si Willow la tu..) bukannya apa, ini kes geram tak abih2 jugak la. Takkan nak biarkan org yg membunuh gf kita, dan yg sesekongkol dgnnya idup dgn tenang.. tableyy. Macam ayat Willow nih..

"It took her light away. From me. From the world... And now the one person who should be here is gone - and a waste like you gets to live."

Yeaa.. kita tidak boleh biarkan sampah utk terus senang2 hidup kat dunia ni. Mana aci!!.. Tapi si Buffy, biasa la, jadik baik, gila2 taknak kasi Willow membunuh. Huh.. poyo je.

Tapi lepas tgk bebenda yg ala2 kejahatan ni, aku tetiba sedar diri bahawasanya aku bukan org baik. Masih ada terbuku ciri2 kegelapan dalam diri aku. Kalau aku tak jahat, watpe aku nak menyebelah Willow, baik aku sokong perbuatan Buffy dan yg lain2. Rasanya la, kalau ada benda yg giler2 menyakitkan hati aku, mmg aku akan lawan dan balas dendam. Pedulik apa kalau aku terkorban atau dapat balasan lain, janji aku puas hati!! Dah orang buat kita, takkan senang2 nak buat bodo je. Banyak chantek muka dia! Kiranya aku ni mmg langsung takde perangai Hang Tuah la kot, yg sokmo berkorban, berpegang dgn prinsip dan adat. Huh!
Hmmm.. mungkin sbb tu jugak la aku jadik senget.

Pastu aku terfikir plak pasal org cam Hang Tuah, cam Buffy, er.. macam Tru Davies, yang mmg baik. Apa agaknya perasaan diorg ni kan? Macamanalah cara otak diorg memproses istilah kejahatan, kebaikan dan tanggungjawab? Nak jugak tau. Cuma yang aku rasa la, diorg ni percaya pada prinsip buat baik di balas baik, buat jahat tetap akan dibalas jahat..
Bagi aku plak.. mmg buat jahat akan dibalas jahat. Tapi selalunya pembalasan tu lambat sangat nak menjadi. Kalau tak percaya, tgk je la cerita hindustan. Dah dua jam setengah hero+heroin terseksa, baruuuulah org jahat dapat pembalasan. Camtu boleh tahan ke??

July 8, 2005

Mari kita mengeluarkan peluh! yeahaakk!

Fuh, hari ni sakan betul aku berexercise. Sampai berpeluh2 lagik. Iye la, semenjak dua menjak nih, aku hanya akan berpeluh time makan mknn yg pedas+panas je. Tapi hari ni berpeluh2 mengangkat kotak naik tangga. Eh, takde la, bukannya aku pindah umah. Ntah bila2 laaaa aku ni nak pindah. Sayang beno gamaknya kat bandaraya Ampang tuh. Sebenarnya pagi tadi aku dok menolong adik aku yg dah nak masuk belajo semula kat tpt belajar dia. Maka sebagai seorang akak yang baikhati, berdisiplin dan berdedikasi (ini ayat adik aku yg aku cilok), hari ni aku berkorban la sket. Amik hari setengah, dan settlekan hal pindah memindah dan punggah memunggah.

Selesai je sesi mengeluarkan peluh, aku balik umah jap dan sama2 tido dgn kucing aku kat depan kipas. Punya la hanco stamina aku nih. Pastu sang partner aku plak call, ajak lunch sesama. Maka dengan kelangkalibutnya aku pun bersiap dan terus memecut ke kawasan Bukit Jalil. Nak makan dgn buahati punya pasal. Sanggup bangun tido tu. Dan biasa lah... bila time kita nak cepat mmg adaaaaaaa je hantu2 di jalanan yang sokmo nak tukar lane, tapi taknak bagi signal. Itu yg aku rasa cam nak kasik pecah je lampu signal diorg tu. Ada jugak tu lori tak sado diri. Dah tau berat cam.. er.. lori, nak jugak bawak kat lane laju. Dok tepi sket buleh tak??!!

Tapi aku pun mengata org, sendiri buat tak tahu. Sendiri bawak slow kat lane laju, nak mengata lori plak. Iye la, pasal aku mana la pernah nampak aku bawak keta cemana.Tapi, aku ada alasan. Alasan aku, aku bukannya kenderaan berat, yang berat dok ah tepi sket...
Hmmmm.. selagi hidup jenuh dgn alasan. Sampai bila2 pun masing2 taknak mengaku salah.. Mmg hidup ini penuh dgn unsur2 ironi... Yea.. mari kita main ironi lagi.

Pada pendapat aku, ini adalah perkara ironi yg aku baru terpikir pagi tadi...
  • Sendiri tak bagi signal, tapi sanggup maki org bagi signal
  • Tak suka dgn org yang memaki kita, maka kita pun maki balik kat dia
  • Mengaku bahawa diri sendiri suka/cinta kat pompuan, tapi sanggup pukul bantai pompuan
  • Apabila kelab 'Zouk' letaknya bertentang dengan Tanah Perkuburan Ampang
  • Pandai nak tegur org nak semayang Qiblat tak tepat, tapi diri sendiri bentang sejadah pun tak pernah
  • Mengata kereta Malaysia tak bagus, tapi menderum2 jadik raja jalan bawak keta err.. berjenama Malaysia.
  • Sendiri malas nak call org, tapi bila org tak call kita.. mengamuk.
  • Mulut kata taknak, tapi hati terhentik2 nak
  • Tak suka pasangan dok jeles2, tapi sendiri jeles tak hengat.
  • Tgk hantu Ju-on meraung2 takut, tapi tgk hantu dalam siri Buffy kemain fanatik lagi.
  • Mengamuk2 bila budak AF yg disokong keluar, tapi nak mengundi...? Jgn hareppss!
  • Mengata bebudak AF low-quality, tapi tetiap minggu beli VCD diari dan konsert (tak pernah miss!!)
  • Beli barang mahal malu nak mengaku, tapi kalau beli barang murah lagi berkualiti, canang satu kampung!! (erkk, cam takde kaitan la plak benda nih..)
  • menulis blog guna PC kat opis kemain laju lagi, tapi suruh tulis report, dah tiga minggu tak siap2.

Apa2pun, kena selalu ingat, apa yg kita nampak sebenarnya adalah bayangan/ cermin diri sendiri. Dengan ini bolehlah dikatakan kes2 ironi kat atas tu.. adalah benda yg sebenarnya melibatkan diri aku. Dan takde kait mengait org lain dibumi maupun di planet Marikh. Sekian harap maklum, inilah Sekapal melaporkan dari bilik melabur.. huhu..

July 6, 2005

Warna-warna kehidupan. Masih bermakna w/pun pd org tak reti nak mewarna.

Hari ni mari kita bercakap mengenai warna dan ketidaksehaluannya aku dengan medium pewarnaan. Warna ataupun bahasa ompasar disebut sebagai kaler. Aku adalah seorang manusia yang sungguh kureng sense dgn kaler. Aku tak pernah berminat untuk memasuki pertandingan mewarna masa kekecik dulu. Sbb kalau aku masuk, aku akan melahu tak tau nak buat apa. Sbb tu jugak la mak abah aku tak pernah dibebankan dgn permintaan kaler sebanyak 50++ batang dr aku. Kalau masa kelas lukisan dulu, bila tiba part mewarnakan lukisan aku je, jawab... lukisan yg huduh menjadi huduh+hampeh. Tapi sbb aku anak murid yg skema dan baik budi pekerti, che'egu biasanya akan memberikan aku gred kesian, iaitu satu takuk lagi untuk dapat gred kaler merah. haha.. padan muka che'egu.

Ni bila dah bebesar nih aku tak jugak berminat untuk mengaler muka aku (atau dgn kata lainnya, bermekup). Gamaknya kalau aku kaler muka aku, jadik la macam hampeh jugak. Bukan setakat kaler biasa2, kalau aku diberi kerja sebagai badut sarkis pun kompom aku kureng reti mengaler.

Kalau ada sesapa yg kenal dan pernah jumpa aku, korang musti akan perasan dgn kaler2 yg aku pilih sebagai pakaian. Kebiasaannya kalau korang nampak aku, lebih kurang sama la macam tgk tv cerita p.Ramlee. Tak abih2 monokromatik. Cuma bezanya kulit aku ada lah warna seperti kulit dan bukannya macam warna kuda belang.

Tapi ok la, ada masanya aku tak lah jadik monokromatik, tapi aku akan jadik gradien. Gunakan semua warna yang sama, tapi pada tona yang berbeza. haha.. Maka buleh la jugak aku ni dikategorikan sebagai manusia monokromatik dan monotonous. Yes la.. Atau dgn kata lainnya, skema.. :P

Cuba je la korang tgk kaler blog aku nih. Apa kaler yg ada? Aku rasa kalau disebut bebetul, cuma ada kaler ijau, itam dan putih. (er, kecuali muka aku tu la, ada rambut kaler cekelat.. muahahha.. macam yo yo je).

OK la, walaupun aku ni monokromatik, tapi aku ada jugak la minat kaler yang lain drpd kaler itam, putih dan yang sekelabu dengannya. Aku suka kaler ijau keputihan. Org kata sapa suka kaler ijau ni kuat jeles. Tapi aku tak kuat jeles pun.. Mungkin diorg dah silap la.. Kena tukar sket pahaman tu, 'Sapa suka kaler ijau kuat makan dan tido'. Haaa.. itu baaru kena. Pasal tu jugak la apa sahaja kereta kaler ijau kat atas jalan tu semua aku nampak cam memberahikan. Dan punya la aku suka dgn kaler ijau sampai aku tak sanggup nak makan sayur2an hijau. huhu (alasan taknak makan sayur..).

Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur sbb aku tidak ditimpa masalah rabun/buta warna. At least aku masih boleh la bezakan warna2 pelangi yg ada kat bendera gay... heheheh

July 4, 2005

Phew..
haritu partner aku dok mengkomen yang blog aku ni tak macam blog yg lama. Iye la, blog yg lama tu kemain spesifik lagi. Bila dah bertuko blogspot, cemacam la plak benda yg diorg benarkan utk ditempel kat tetepi blog tu. Masa dgn blurty dulu, jangan lah harap. Maka sehari sesuntuk pepagi jumaat dan pagi ni ni selesailah sudah aku menghabiskan masa mengejas blog nih supaya kelihatan lebih kurang sama la dgn blog yg lama. Lagi satu cuba tgk kat belah kanan korang tu.. nampak tak? haaaaaaaaa.. itu la muka aku yg comei.. huhuhu (aku yg tak abih2 pasan)

OK la, hari ni aku sebenarnya menghabiskan masa kat opis yg lagi satu. Pasal tu la jugak ada internet dr pepagi tadi. Keja aku ialah jadik tukang set-up komputer utk bebudak yang datang interbiu. Bukannya aku yg interbiu diorg pun. Kalau aku yg interbiu, karang aku termenggatal plak. Maka oleh sebab itu, boss aku kurung aku kat dalam bilik komputer. Padan muka gue. Tapi bila time bebudak tu kena buat test la, hands-on la, dan tah pape lagi, masing2 tu dok la sebelah aku. Masa tu la mau cuci mata. Tapi sepandangan aku la, yg paling comei ada sorang budak lelaki la plakk.. Kuku siap manikurrrr lagik tu. Dasat mamat2 metroseksual skrg ni. Setakat pompuan lesbian cecomot cam aku nih, mmg kompom kalah la! Tapi rasanya lah, kalu aku buat manikurr musti bagus, cuma kena pastikan bahawa tiada sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan segala kulit kemulit diletakkan. Karang habis la jari aku, sapa plak nak ganti.. muahaha.

Hari ni aku nak menyatakan kebanggaan aku yang telah berjaya memperabih duit sebanyak mencicah seratus hengget. Kopak makcik.. (w/pun ada yg kata RM100 tu tak byk, tapi aku yg tak berapa kayo ni tetap kata banyakkk!). Ini semua gara2 aku dan partner berjenjalan ke Berjaya Times Square dan dengan rezekinya terrrjumpa lah DVD Buffy Season 6. Yess la. Season 6 merupakan musim yang pada pendapat aku paling best dan paling tak best dalam sejarah pembuatan siri 'Buffy si pencincang jembalang'. Paliing best sbb musim ni ada scene gerrgerrr post-coital Willow/Tara (tak tau maksud post-coital tu, email aku ataupun tanya kat doktor korang). Dan paling tak best ialah pasal Tara mati.. oh tidak.. TIDAK!!!! Kalau aku jadik Willow, mmg ku tumbuk org yg bunuh Tara tu dalam lesung batu!

OK, di penghujung Season 6, akan ada scene Xander memujuk Willow supaya tidak memusnahkan dunia. Dan dalam scene tu Xander tak putus2 mengucapkan 'I Love You' pada Willow supaya dia kembali ke pangkal jalan. Dulu ada sorang budak lelaki yg aku kenal. Dia ni tgk Buffy jugak. Komen dia pasal scene tu camni..
"Ala Willow, tgk je la. Last2 balik ke Xander jugak."
Cara dia cakap tu macam lah org pompuan, kalau dah jadik lesbian, tetap akan cair jugak bila dipujuk oleh lelaki. Masa tu keluar la jugak hangin kat telinga aku nih... Rasa cam nak cakap piiiiiiiiirahhh.. Tgk season 7 la kalu mau tau!! Dgn poyonya aku tetap mempertahankan yang Willow adalah tergolong dalam golongan 'those that never look back'.

Tapi biasala.. ada lelaki2 yang taknak kalah. Tetap berpegang teguh dgn teori bahawa diorg boleh sesenang menawan hati lesbian.. Lantak korang la... Yang aku tau, kengkadang teori tu menjadi, dan ada jugak masanya teori tu patut dibenam dalam tasik chini.
Pokok pangkalnya, duit aku habis beli DVD Buffy...