Oh yeah... harini aku terasa nak let loose lah dari menulis pasal perkara2 yg mempermain-mainkan emosi.. huahaha.. yo yo la.
Karang musti terpesong jua.. huu
Anyway, aku nak mengucapkan tahniah kepada Ayu yang menjadi juara One in a Million 2 (OIAM 2). Sesungguhnya aku dah suka kat budak Ayu ni sejak dia masuk audition utk OIAM 1 lagi. Masa tu aku rasa macam.. yeah, ini org yang sepatutnya diiktiraf. Tapi sayangnya masa OIAM 1, ayu tak pergi jauh. MUngkin sbb masa tu style dia macam ala2 budak kampungs lagi la. Agaknya la.. ataupun, senang kata, masa tu bukan rezeki dia.
Skrg ni aku nak ceritakan debaran aku menonton cerita ini sabtu malam haritu dgn boo..
Memula masa dia nak umumkan satu peserta yg bakal terkeluar, aku dah tertonggeng2 atas bantal dah. Mateila mak takuts kan. Sbb ai ala2 sokong Ayu gitu.
Kalau mengikut gerak hati aku... ayu boleh menang. tapi at the same time aku rasa shila mmg konfem masuk final... dan Sarah? Aku rasa dia ni ramai peminat. So... dia pun macam ala2 konfem je masuk final... So? Last2 aku cam pasrah je.. ala... shila dgn sarah kot...
Tapi bila diumumkan Sarah yg keluar... ai macam dah ala2 80% konfem yg ayu akan menang. Tapi bila tgk Shila buat final performance, terkedu la pulok kan.. sbb mmg cambest gitu.
Yang lagi bestnya, aku sesama dok kipas2 boo suruh dia vote. almaklumla, ai dah takde kredit dah ujung2 bulan nih. haha.. Boo kata dia pun boleh undi dua je. satu utk dia, dan satu utk aku.
Pastu bila nak umumkan pemenang, mmg kitorg berdua dah ala2 stress, sampai boo bleh cakap.. kalau ayu tak menang aku kena bayor lima posen. ahaha.. motif? lepas geram la tu, kot2 ayu tak menang.
Last2 bila ayu menang jugak.. eyahuu.. ai boley buat mexican wave sensorg. hahaha... bestnya. telahanku benar belaka.. (walaupun diganggu oleh perasaan yang ala2 kurang konfiden di tengah2 hari)
mmg aku tak dapat sejuta, dan dia pun takkan beri aku barang satu sen pun daripada sejuta tu... tapi.. ah well, she deserves it lah..
Aku rasa, dah tiba masanya Malaysia mengiktiraf seorang yang memang boleh menyanyi.. rather than yang ada showmanships dan kechantekskan. Walaupun sebenarnya bila dah masuk industri, bebenda halwa mata itu still lebih boleh dijual, tapi.. at least, mentaliti pengundi kiranya dah berubah...