dalam hidup berpasangan ini... kita kadangkala terlalu banyak membuat tanggapan sesuka hati, ataupun assumption berdasarkan apa yang kita 'rasa' kita tahu. Walaupun pada hakikatnya, kita bukannya tau sangat pun...
Sebagai contoh, sekiranya anda tak suka mandi. Dan... mmg korg ni tak suka mandi lah. Dan selama ni, si pasangan anda pun tak pernah komplen. Maka adalah dengan mudah boleh assume..
"Ala.. dia tak kisah la kalau aku tak mandi pun..."
Tapi hakikatnya... sebenarnya dia mmg takleh terima korg tu malas mandi, tapi tak cakap atas alasan... menjaga keharmonian rumahtangga.
Satu lagi contoh, bagi muka2 pemalas macam aku yg tak suka kemas rumah. Kalau pasangan tak komplen, aku pun sewenang2nya la malas nak mengemas. Sampah biar tak berbuang, katil tak kemas, tingkap umah taknak bukak (dah tuu.. ada kucing, mana bleh bukak..), baju bersepah kat atas lantai.. huhuhu.. Tapi macamana kalau dia sebenarnya tak suka, tapi terpaksa memendam rasa? Harus tak satu hari nnt bila angin tak tahan dah tiba, di tiau sahaja aku ke luar rumah? Tak mustahil... hehehe..
Itu kalau kita assume dia tak kisah...
Kalau kita assume dia kisah pulak? Macamana??
COntohnya... kita tau dia akan marah kalau kita makan makanan berkolesterol tinggi. So... kita pun, kalau tetiba nafsu makan tu membuak2 datang... Kita pun makan je la. Tapi tak payah bagitau dia. Sbb kalau bagitau nnt dia marah. So, untuk menjaga keharmonian rumahtangga, haruslah didiamkan sahaja.. cuma persoalannya kat sini... harus ker nyorok2 kan?
Satu lagi contoh, kita tau partner kita tu mmg menyampah kalau kita layan awek kendu gilababas kat opis. Hatta kalau dia tau kita bercakap sepatah dgn si kendu tu pun, jelesnya masyaAllah.. ke langit biru!!
Tapi kata lah berlaku senario sebegini, kereta kita masuk bengkel. Datang pi keja di hantar oleh partner. Pastu time nak balik, partner nak ngambik, tapi disuruh tunggu barang satu dua jam sbb dia byk keja. Dalam masa yg sama si kendu plak mengajak tumpang. Korg
Jadi.. apakah reaksi anda? Sila la pilih di antara opsyen di bawah.. huhuhu...
Opsyen A:
Naik je dgn awek tu, tapi toksah bgtau partner. Tipu je partner anda. Dan doa bbnyk jgn smpi terserempak dgn dia kat rumah. Sbb kita 'assume' dia akan mengamuk kalau dia tau. dan jugak korg 'assume' dia akan rasa letih sbb asyik nak ngambik nganto korg. Kalau depa tanya., cakap je la naik teksi ke, jalan kaki ke, kereta kuda ke.. asalkan.. jgn bgtau yg korg tumpang awek kendu.
Opsyen B.
Tak mau tipu partner anda. So... lepas dah sampai rumah tu, kalau partner tanya balik macamana, baru la bagitau dia yg korg balik dgn si awek kendu. Sbb korg 'assume' bila benda tu dah jadi, dia nak marah bbnyk pun tak guna. Dan sambil2 tu doa la jangan sampai dia tanya soalan 'balik macamana?'
Opsyen C:
Jadi la awek yg mithali, langak la kat opis lagi dua tiga jam, tunggu je la partner korg amik. Sbb kita 'assume' dia takkan bagi permission punya lah!
Tapi..
macamana kalau sebenarnya assumption korg tentang kemarahannya itu meleset belaka?? Macamana kalau depa tak marah pun? Salah ke kalau bgtau dia elok2? Aku tak rasa manusia yg rational akan dgn senang2 hati mengabaikan segala solution yg ada...
Huhu.. mmg byk lagi kes2 yg assume2 nih.. assume dia ada affair dgn org lain, assume kita sebenarnya tak at par dengan dia, assume yg dia sebenarnya kuat jeles, assume yg dia mmg akan marah, marah, marah dgn apa aje yg kita nak cakap.. haha.. lagi lagi.. tak muat satu papan aku nak tulis kat sini.
So, aku assume kesimpulannya ialah... assume la sebanyak mana pun. Sebab sebenarnya, assumptionn kita yang menggerakkan tindakan kita. dan ramai org assume... kalau dah sayang, takkan la takleh maafkan kesilapan kot.
Semoga rumahtangga bahagia, dengan assumption yang berjela2... weeehuuu!