Wah ha ha...
Esok mengundi. Nesiyat aku kepada yang boleh mengundi, dan tak terbeban dengan aral tak boleh balik kampung, ataupun kerana bertugas demi kepentingan negara dan bangsa... sila lah balik mengundi esok. Sila lah pangkah sesiapa yang anda rasa nak pangkah. Cuma jangan pangkah kalau tak suka. Pangkah yg mana anda suka.
AKu? Korg toksah la tanya. Aku mmg despise kecekapan SPR yg apabila selepas 2 kali mendaftar, nama aku masih lagi takde dlm database pengundi di malaysia. Bang[ang] btol... Org yg daftar sesama dgn aku dah dua penggal mengundi. Terima kasih SPR, anda telah membuatkan saya berjaya menjadi org yg hanya pandai cakap, tapi takde suara.. makasey.
Hahaha... smlm ada sorg ni dia cakap kat aku yg dia taknak mengundi.. atas alasan.. 'ala, mmg BN akan menang. mengundi ke, tak ke.. sama aje.' hehehe... dan penyudahnya, mmg si dia kena basuh dgn aku di tengah hujan malam, di bawah sinaran cahaya bulan, di dalam kereta. (tolonglan bayangkan aku yg tgh dating dlm keta, tetiba cakap pasal politik... tak ke haru namanya tu..?)
Okey lah.. alang2 tersentuh pasal politik ni... alkisahnya sepanjang demam pilihanraya ni, macam2 bunyi yg didengar... Ada yg kata.. kenapa nak tukar pucuk pimpinan lagi.. Kita kan dah berada di landasan yang betul. Ada yg kata manifesto pembangkang tak masuk akal. Ada jugak yg kata manifesto pembangkang yaaampun cool banget. Ada yang kata kalau pembangkang di beri kuasa, semuanya boleh berubah menjadi lebih baik. Tak kurang juga yg hu ha hu ha cakap anti kerajaan, last2 pangkah dacing jugak. keh keh keh. well... biasa lah kan.. being rebellious ni mmg cool. Ikut peraturan tu sgt skema dan membosankan... kan kan? So.. tak cool la kalau time demam ni sokong gamen... tapi bila undi tu, diam2 sudah laa..
hehehhe..Aku memang langsung tak pandai berdebat pasal politik nih. Sebab aku bukan seorang yang rajin membaca, dan bukan jugak seorang yang suka nak ambil tahu hal2 dlm kain ahli politik ni, yang ala2 thrill gitu. Cuma, aku percaya, kalau org tu bagus.. tunjukkan yg memang dia bagus. Kenapa mesti nak tunjukkan kebagusan, dengan cara memburukkan orang lain.? Hatta memburukkan org lain masa berkempen tu, dibolehkan dalam Islam.. so what? Harus ke?
Undi anda amat berharga. Kalau takde satu undi, takde la sepuluh ribu undi. kan? kalau... kalau lah aku boleh mengundi, aku akan memangkah calon parlimen Parit Sulong (johor) yang kerusinya ditandingi oleh calon baru BN, iaitu.. Akak presiden Puteri Umno; Datuk Noraini Ahmad. Yang juga merupakan seorang Scorpio dgn tarikh lahirnya masyaAllah.. sama macam tarikh lahir abah aku daaa.. (tahun je lain). So... kalau aku mengundi, sah2 la korg tau siapa yg aku undi kan...
Dan sesungguhnya aku mmg org johor yg masey lagi penyokong kerajaan.. kuat tak kuat tu.. blkg kira la.. tapi... heh heh heh.. Lagipun,sebagai seorang pompuan yg mmg ala2 feminist gitu, ai tak nampak perjuangan yg memberatkan aspek kewanitaan dlm parti politik lain... its as simple as that la kot. huhu. Ai takde roket dan ai jugak naik ke bulan pada masa2 tertentu nan privasi sahaja.. huhuhu..
Anyway, kepada mereka yang mmg langsung tak pro government, undi lah parti pembangkang. Kalau ada yg atas pagar, rasa macam... kerajaan di bawah pengaruh majoriti 2/3 BN ni byk sgt perkara takbest, pangkah lah calon pembangkang... Bagi diaorang peluang... Biar diaorang tunjuk apa yg boleh diaorg buat utk meningkatkan kualiti kehidupan org lain... Jangan nak sibuk2 bising2 kutuk sana, kutuk sini. Air liur boleh basi. Yang penting undi...
Well.... kalau tetiba kehidupan menjadi lebih huru-hara... pondok tol masih tercongok gak depan mata, kelab malam yg khas utk perempuan sahaja tak dibina jugak.. takpe.. penggal depan, kita undi la BN semula. Bukan ke life is all about changing and reverting back and forth to where we 'think' we belong? Dan kita sentiasa boleh jilat balik apa yg dah terkeluar dari mulut. so.... undi jgn tak undi.
Boo... esok bgn pepagi... Saya anto awk pegi mengundi.