Makcik gilerbabs stress dgn kerojakan perkara di dalam opis, di dalam rumah dan juga di luar rumah. Sudahnya, aku nak pergi menghilangkan stress, dgn harapan semoga bermulanya minggu hadapan, aku dapat bukak satu lembaran baru dalam kehidupan aku yg selamat ini berkarat dgn gangguan air dan juga oksigen.. (air dan oksigen?? kenapa? Sbb karat kan disebabkan oleh terdedah kepada air dan oksigen.. apa? tak paham? haha.. nasib ler.. janji aku paham...)
So... apa aku buat? Aku buat reservation mendadak kat.. sini...
Mana aku pigi? Bukit Tinggi dey.. ayoo.. tingginyaaa
Plan yg asal2nya sesaja je nak pegi lepak2, last2 aku takbleh tahan, kena jugak tido sana dan breakaway dr kesesakan napas di KL. Dan thanks to boo sbb sudi membantu aku melepaskan tensen.. dan dalam masa yg sama ala2 gi berhanimuni gitu.. (org lo-bajet, hanimun naik keta je, tak mampu nak naik palterobang.. haha)
OH yeah.. alang2 cakap pasal hanimuni ni.. mmg aisehmen, itu tempat (bagi aku ni la) seswai la jugak utk berhanimuni... disebabkan keadaannya yg tak macam kat malaysia. Dan sekiranya tetiba anda terasa cam nak terrrlelebih dgn pasangan anda di hadapan public di sini, aku tak mampu la nak salahkan korg. Sbb keadaan kat situ dgn building yg ala2 kat luar negara, menambahkan kegatalan hidung utk sapu kat hidung org yg lagi satu. Nasib baik kehadiran muka2 org melayu yg berlambak2 kat situ mampu menyedarkan pikiran. hahaha..
Anyway... kalau ada yg nak ke sana, aku rasa... boleh la, tapi kalau nak aku komen dr segi keseluruhan... Kat sana tu, benda2nya semua mahal2 tetapi ala2 kureng berbaloi la. Sbb service yg not so good, dan keadaan tempat dan bilik yang tak begitu terjaga. Sofa yg dah kekoyak.
Masa kami sampai2 je... keadaan katil kami agak kureng menyenangkan, sampai aku terpaksa mintak tukar cadar lain yg elok sket. So, masa kitorg merewang2 tangkap gambar dan tangkap ikan... er.. gambar ikan...
eheh... ok.. sambung ayat. Masa kitorg tangkap2 gambar ikan tu la agaknya diaorg tuko cadar kat katil kami. Sbb dah lewat petang tu kitorg balik ke bilik semula, dah ada cadar baru. Yeay.. nasib baik. kalau tidak, mmg aku kutuk2 depa tu semua.
Oh yeah.. sblm balik ke bilik tgk cadar baru tu, kitorg pi makan.. huhu.. apa kami makan??
Aku makan ini... Dan seperti biasa, akibat internet research, makanan aku mmg sedap. huhu.. Mahal tapi berbaloi la..
Boo pulak makan ini...
Dan drpd gaya susunan sudu dan garpu tu, rasanya korg leh tau kot, yg mknn tu takde la sedap ke mana. Aku terpaksa tolong ejas sket rasanya dgn menggunakan sos tomato dan tabasco, kasi rasa tu kluar sket. Nasib baik sos2 tu semua disediakan jugak. So.. dapat la makan sedap.
Oh yeah.. ini aku nak share jugak... air 100plus termahal pernah aku minum kat malaysia, dgn rega RM7.. huhu. Adeh.. bisa...
Pastu kitorg order jugak sekeping kek blackforrest yg kalau pada kebiasaannya ada dihias dgn buah ceri.. kan? Tapi kek ini dihias dgn buah.. cermai.. kot. Yg org buat jeruk2 tu.. APa? tak percaya??? Meh tengok...
Betul tak aku cakap? Ke... aku tipu? hehe... kan kan? cermai kan? Patut ka?
Tapi.. sebagaimana aku kutuk pun makanan itu, semuanya tekak macam takde la nak kutuk lelebih, sbb sambil aku makan, ada awek cun yg dok kat depan aku. huhu... nak tgk gambo awek tu jugak?
Mana bley! Itu awek punya borang aku sudah isi la. Sapa mau kena lawan street fighter dgn aku dulu (insert theme song street fighter kat sini.. dung cey dung cey dung cey cey..).
Huhu... Time malam tu ada la plak show dr kumpulan Hollywood stars yg bila dipandang tiga kali, ada la jugak ghopenya macam ala2 drag show. Dgn tarian2 oleh lelaki2 chantek dan miming2 bagai. Huh.. aku dgn boo siap syiok lagi tgk sorg performer lelaki ni.. giler cantik!! Nasib baik mak senget taww... haha..
All in all... it was a great day for us la. At least dapat breakfree dari serabut2 dalam kepalaho ni. Dan aku sajes, sesapa yg nak pegi sana.. pi je la. Jenjalan... tenang2kan fikiran.. tapi toksah la expect too much dgn servis kat sini. Mmg takde sampai tahap 5 bintang pun. But kalu nak fefeeling lovey dovey tu.. konfem boley! haha..
Sekian sekapal melaporkan dari biliknya sendiri. heheh...