Oowww... ehehe... such an upsetting yet uplifting election. Aku mmg United Malay punya worang, tapi... aku pun suka nak kerajaan sedar silap2 diaorang. so.. its good la... kot? ehehe
Dan dgn poyonya, aku menetap di negeri yg bermenteri besarkan PKR, di kawasan yg ahli parlimennya DAP, dan ADUN BN yg menang dgn majoriti 45 undi je. heheheh... how cool is that?!
Oh yea, ayat disklemer aku, mmg aku tak ngundi tahun ni, tapi sukati aku la nak mengomen apa yg berlaku kan. haha.. pasni aku nak mendaftar lagi utk kesekian kalinya, harap2 kali ni nama aku lepas la, sbb kalaupun tetiba BN jadi pembangkang, aku tetap org BN.. bley gitu? wahaha..
Huhu... bak kata Pak Lah.. demokrasi masih berfungsi di negara ni. damn right it is! hehehe.. dan ini sebenarnya masa utk BN rasa panas2 sket kat kerusi tu. Fikirkan sket yg diaorang tu sebenarnya menjadi pemimpin atas pilihan rakyat, dan juga atas kuasa Tuhan.. bukan sbb hell yeah i'm good.. huhu.. takde makna. So, harap2nya.. depa tau nak buat apa utk meyakinkan rakyat bahawasanya motto aman, makmur, sejahtera tu bukan setakat cakap kosong. Prove it lah..
Dan.. utk jangkamasa penggal ini, ada byk benda yg aku nak tunggu. Pembangkang pun kena la buktikan yg diorg bukannya jenis ahli politik yg berjanji kosong. Selama ni sesuka hati kutuk kerajaan, sekarang masanya diorg buktikan. Org lain dah pepenat undi kan, kalau takde pape yg berlaku, mmg harus campak ke longkang je la... Dan kalau tetiba lapangan terbang ada kat Permatang Pauh?? tett tett tettt..!
So, sesungguhnya aku teruja nak tgk rega tol LDP tu turun.. dr RM1.60 jadi singgit balik. Lagi bagus, kalau di cempak aje pondok2 tol tu jadik tukun tiruan. Senang sket aku nak ke sunway pyramid mkn carl's jr, ataupun nak ke ikea mkn karipap. Bayangkan la.. satu karipap rega singgit. Kalau takde tol pegi balik, aku bley beli TIGA ketul karipap Ikea.. yahuuu!! Pastu tol kesas yg ke shah alam tu pun, mateila mahal kan? haha.. turun,turun!! ailaikk.. Kalau tetiba org2 keja tol tu takde keja.. takpe.. kat penang dgn singapore ada byk keja. ehehe..
Oh.. lagi satu yg aku teruja nak tunggu ialah pasal yuran IPTA.. Kasi bakar itu PTPTN!! so that boo aku pun takyah bayar utang dia, dan dia boleh belanja aku mkn carl's jr jugak.. ailaikk.. (mateila gila burger kan?) Pastu tolong lah keluarkan balik biasiswa atau pinjaman yg tak membebankan macam yg pernah di beri oleh JPA dulu. Ini kerja pun tak dapat lagi, tapi dah nak kena berutang.. camno?? heheh..
Eh... tapi bila baca2 manifesto, rupanya keadilan nak bagi FREE belajar dr tadika sampai universiti? ehehe.. bagusnya. Tapi jangan la pulak belajar free, tapi tetiba ada yuran tambahan, elaun guru, cukai petrol, bayaran utk beg berat, bayaran installment laptop... ehehe..
Dan bila katalah PKR berjaya memegang tampuk pemerintahan dalam masa lima tahun lagi ke.. kan, dan dah dibenarkan pelajar IPT bergiat dlm politik, tetiba ada org pro BN yg giler aktif yg lebih terer cakap drpd encik an-WAR dan enche k-HAIRY yg lebih bijak nak bercakap dan bantai dia pulak.. jgn la buruk siku ya. Takbleh la tarik2 balik hak yg dah diberi... mana aci...
Argh.. apa2pun, tak kira apa pun bendera yang dibawa oleh kerajaan. Semuanya harus untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Rakyat di sini, di sana, ataupun di siti... Semuanya nak hidup aman damai, dengan hak masing2 yang terjaga.
Tapi... ini ada satu senario yg aku nak korg pikir2kan...
kalau korg dah ada rumah, tetiba ada org dtg tumpang duduk kat umah korg, dan korg bagi duduk free je, takyah bayar sewa. Lepas tu, dia yg rajin kemas rumah, beli barang untuk rumah, dan cantikkan rumah..
Persoalannya:
Adakah layak untuk dia claim rumah itu adalah rumah dia?
Layakkah dia deny hak korg sebagai tuan rumah?
Atau sebenarnya ini adalah salah korg yg sendri tak sado diri dan takda inisiatif nak memperbaiki rumah sendiri, sehingga get carried away membenarkan dgn gembira dia membuat sesuka hati dlm rumah tu? So..padan la dgn muka korg... sapa suruh malas di rumah sendiri....!
So.. sebelum rumah kita diambil org lain di atas kelalaian kita sendiri. Jom.. bukak mata sikit.
Sekian dari Sekapal yg fefeeling cryptic...